Menteri Luar Negeri Iran, Manouchehr Mottaki mendesak agar kuasa-kuasa asing tidak masuk campur dalam menyelesaikan konflik dalam negeri Yaman.
Menurut beliau, “Yaman sedang berhadapan dengan konflik yang dianggotai oleh pemberontak, iaitu rakyatnya sendiri”
Peringatan Mottaki ini sebagai menegaskan bahawa konflik di Yaman tidak memerlukan campur tangan Arab Saudi setelah negara tersebut mengerahkan askarnya ke sempadan untuk menyekat asktiviti pemberontakan.
“Kami akan menghalang para pemberontak dengan penuh kekuatan bagi mereka mendesak mereka tidak menggunakan kawasan sempadan ” kata Putera Khalid bin Sultan, Wakil Menteri Pertahanan Arab Saudi.
Untuk meredakan konflik tersebut, Saudi mengarahkan tentera darat dan udara masuk berhampiran ke kawasan pemberontakan dan menurut Mottaki, “penyelesaian secara kekerasan bagi mengatasi konflik di Yaman akan menimbulkan kesan negatif,” ujar Mottaki.
http://ummatanwasatan.net/2009/11/tegah-campur-tangan-asing-di-yaman/