Friday, 25 January 2013

7 suspek Al-Qaeda diserang peluru berpandu


  • Tentera Yaman meningkatkan kawalan keselamatan selepas serangan peluru berpandu di Sanna, Yaman.Tentera Yaman meningkatkan kawalan keselamatan selepas serangan peluru berpandu di Sanna, Yaman.
SANAA - Tujuh individu disyaki anggota Al-Qaeda, termasuk dua warga Arab Saudi terbunuh dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat di timur ibu negara Yaman.

Menurut sumber keselamatan, peluru berpandu itu disasarkan ke arah sebuah kenderaan menyebabkan tujuh orang yang berada di dalamnya terbunuh di Jahana, wilayah puak Khawlan, kira-kira 30 kilometer dari Sanaa.

“Kenderaan itu menuju ke Sanaa dengan dua rakyat Saudi antara suspek Al-Qaeda,” katanya.

Kementerian Dalaman Yaman berkata, sembilan suspek turut terbunuh Isnin lalu ketika tentera AS membedil Utara Sanna.

“Selasa lalu, lima lagi anggota Al Qaeda terbunuh selepas AS melakukan serangan berhampiran sempadan Yaman,” katanya.

Menurutnya, jumlah kematian tertinggi dicatatkan adalah pada Rabu lalu dengan 38 orang terbunuh.

Kekerapan serangan itu berlaku dipercayai sejak Presiden Ali Abdullah Saleh, meningkatkan kawalan ketenteraan di wilayah selatan negara

Berikutan itu, kebanyakan tentera Al- Qaeda didakwa berpindah ke kawasan timur negara terbabit. - AP

Saturday, 12 January 2013

Pemimpin puak Yaman dibunuh militan


  • Militan menyerang kenderaan dinaiki Abdul-Salam dalam wilayah Abyan.Militan menyerang kenderaan dinaiki Abdul-Salam dalam wilayah Abyan.
KAHERAH - Seorang pemimpin puak terkemuka Yaman terbunuh dalam satu serangan hendap dilakukan oleh kumpulan Al-Qaeda melibatkan hubungan keselamatan, semalam.

Menurut pegawai, penyerang daripada militan Al-Qaeda dilapor menembak Ali Abdul-Salam serta mencederakan dua pengawal keselamatannya sewaktu dalam perjalanan dengan sebuah kereta di selatan wilayah Abyan.

Sementara itu, pegawai keselamatan puak berkata, militan menuduh Abdul-Salam yang juga ahli majlis tempatan wilayah Shabwa, sebagai pemberi maklumat kepada agensi keselamatan dan perisikan asing mengenai kegiatan Al-Qaeda.

Kerajaan Yaman yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS), memburu militan yang dipercayai menjadikan kawasan selatan negara sebagai kubu mereka. - AP