Wednesday, 12 June 2013

Ribuan pelarian Yaman pulang


  • Sebahagian daripada pelarian kembali ke wilayah selatan Abyan.Sebahagian daripada pelarian kembali ke wilayah selatan Abyan.

NEW YORK - Agensi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, ribuan rakyat Yaman kembali ke kediaman masing-masing selepas terpaksa melarikan diri dari wilayah selatan Abyan sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Martin Nesirky berkata pada Global Times, keganasan semakin berkurangan dan dengan adanya perkhidmatan asas ianya telah menggalakkan mereka untuk kembali ke wilayah itu.
“Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan, lebih 90 peratus daripada pelarian sudah pulang. Tetapi mereka memerlukan tempat tinggal dan peralatan pertanian untuk memulakan kehidupan baru,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, Yaman menghadapi pelbagai konflik antaranya krisis senjata dalaman, kebangkitan pemisah dan kegiatan militan yang aktif di seluruh negara.

Lebih 200,000 orang terpaksa melarikan diri apabila militan merampas kuasa di wilayah hingga memaksa tentera kerajaan melancarkan serang-balas di antara tahun 2011 dan 2012. 

Friday, 7 June 2013

Rakyat Yaman protes AS, Israel


  • Puluhan ribu rakyat Yaman berhimpun sewaktu upacara pengebumian Houthi.Puluhan ribu rakyat Yaman berhimpun sewaktu upacara pengebumian Houthi.

SANA'A - Lebih 10,000 penduduk Yaman mengadakan perhimpunan di utara negara bagi memprotes keganasan rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS) ketika upacara pengebumian pengasas pertubuhan pembangkang Houthi, kelmarin.

Dipetik Al-Jazeera, menurut aktivis, peserta melaungkan kematian untuk AS dan Israel, sewaktu mengebumikan jenazah Hussein Badr al-Din al-Houthi.

Sebelum ini, jenazah Houthi disemadikan di penjara pusat dalam Sana'a di bawah pemerintahan rejim diktator yang digulingkan Ali Abdullah Saleh.

Kemudian, kerajaan baru Yaman yang dibangunkan semula selepas kebangkitan rakyat menyerahkan kembali mayat Houthi kepada keluarganya.

Terdahulu, Houthi terbunuh sewaktu bertempur dengan tentera kerajaan Yaman dalam perang Sa'dah pada 2004.