Saturday, 25 January 2014

Lelaki 6 tahun hilang ditemui dalam Youtube


Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi yang cacat mental dan hilang hampir enam tahun lalu berjaya dijejaki oleh keluarganya apabila dia muncul dalam YouTube.

Keluarganya yang menonton rakaman yang menunjukkan dia menari berjaya menjejakinya di Yaman.


Nafei Al Daabali, 46, meninggalkan kediamannya di Al Lith enam tahun lalu dan sejak itu tidak pernah pulang.



Kehilangannya mendorong polis dan ahli keluarga melancarkan operasi mencari secara besar-besaran di seluruh negara tetapi gagal mengesannya. Pihak berkuasa Saudi kini berusaha untuk membawanya pulang dengan bantuan polis Yaman dan menyiasat bagaimana dia boleh menyeberang sempadan ke negara itu tanpa pasport.


Seorang ahli keluarganya berkata, Nafei nampak tidak sihat kerana menghadapi masalah fizikal dan psikologi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24

Wednesday, 8 January 2014

Pertempuran Terbaru Syiah & Salafi Di Yaman

Ysman KiniSANAA, Yaman – Pegawai keselamatan Yaman melaporkan tentang pertempuran terbaru yang tercetus di utara melibatkan pemberontak Syiah dan Salafi yang bersama sekumpulan yang lain menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh.

Pertempuran yang berlaku di wilayah Amran, salah satu daripada tiga tempat yang menjadi tumpuan tercetusnya serangan antara pemberontak Hawthi dan Salafi. Dua lagi kawasan lain yang kerap berlakunya pertempuran adalah di wilayah Saada dan Al-Jawf, merupakan sempadan antara Yaman dan Arab Saudi.

Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi dijangka akan menghantar bantuan yang sepatutnya. Pergolakan yang berlaku di wilayah utara telah menyebabkan pandangan buruk terhadap mazhab Salafi yang dituduh cuba untuk menyebarkan sekolah pemikiran bertujuan menjadi pusat bagi golongan Hawthis, Zaydi.





SUMBER :
Arab News
We Care 4 Islam
map2care.blogspot.com