Saturday, 19 May 2012

Rakyat Saudi digesa berontak


WASHINGTON: Ketua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri menggesa rakyat Arab Saudi mencontohi pendududuk Tunisia, Mesir dan Libya, bangkit menentang kerajaan negara itu, kata pemerhati yang berpangkalan di Amerika Syarikat, semalam.

“Kenapa tidak kamu bangkit sedangkan kamu adalah dari bangsa bermaruah dan kuat yang tidak hiraukan kematian untuk menghapuskan keaiban dan penindasan,” kata Ayman dalam video yang diterjemahkan oleh Kumpulan Perisikan SITE.


“Mengapa kamu tidak mencontohi saudara kamu di Tunisia, Libya, Mesir, Yaman dan Maghribi? Beliau merujuk kepada Kebangkitan Arab yang melanda Afrika Utara dan Asia Barat sejak Disember 2010.



Video enam minit 19 saat itu dirakam pada Februari atau Mac dan disiarkan di laman web kumpulan ekstrimis Khamis lalu, menurut SITE.


Ia bermula dengan rakaman menunjukkan Raja Arab Saudi, Abdullah, bertemu dengan Pope Benedict XVI, bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan presiden ketika ini, Barack Obama.


“Kini, sudah hampir setahun sejak penduduk Arab bangkit menentang pemerintah mereka. Mereka bangkit di barat dan utara tetapi kamu masih berdiam diri.

“Saudara ku, mengapa kamu masih bersabar dengan keluarga Saud walaupun mereka adalah rejim paling buruk dari segi rasuah,” kata Ayman.


Beliau menyelar pemimpin Saudi kerana membenarkan tentera Amerika berpangkalan di negara itu, memenjarakan penentang dan menyebarkan maksiat menerusi media.

Dalam video sebelum ini, beliau juga menggesa rakyat Yaman menentang presiden baru mereka, Abdrabuh Mansur Hadi, yang disifatkannya sebagai ejen Amerika Syarikat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/18

No comments:

Post a Comment