Saturday, 21 September 2013

Serangan di Yaman, puluhan askar maut


  • Gambar fail menunjukkan tentera meraikan kemenangan selepas berjaya menguasai semula kawasan Abyan yang pernah ditawan Al-Qaeda.Gambar fail menunjukkan tentera meraikan kemenangan selepas berjaya menguasai semula kawasan Abyan yang pernah ditawan Al-Qaeda.
SANAA - YAMAN. Serangan terbaru yang didakwa didalangi kumpulan militan Al-Qaeda meragut lebih 50 nyawa anggota keselamatan di selatan Yaman, menurut media tempatan, semalam.

Puluhan maut dalam insiden pengeboman kereta berkembar yang menyasarkan kem tentera di al-Nashama manakala 10 lagi ditembak mati kumpulan lelaki bersenjata di bandar Mayfaa.

Pihak berkuasa percaya Pergerakan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (Aqap) sebagai dalang bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.

Dalam satu kenyataan, pembantu kepada perdana menteri, Ali al-Sarary berkata, insiden itu bertujuan untuk menggagalkan usaha perdamaian selepas negara itu kebangkitan rakyat pada 2011.

"Matlamat mereka adalah untuk menjejaskan penyelesaian politik, sekali gus menghalang dialog kebangsaan yang mahu menyelesaikan beberapa isu berbangkit terutamanya di selatan," katanya.

Difahamkan, Washington dan negara Teluk berusaha untuk mengekalkan kestabilan di Yaman kerana lokasi negara itu yang terletak bersebelahan laluan perkapalan utama bagi minyak mentah di rantau tersebut.

Selain itu, laporan dipetik dari Al-Arabiya negara Barat sering melabelkan Aqap sebagai rangkaian Al-Qaeda paling berbahaya kerana dituduh  cuba untuk meletupkan pesawat penerbangan dan kargo milik Amerika Syarikat (AS).

Pengantin gelojoh mati makan 5 viagra


Ibb (Yaman) Eden: Seorang pemuda berusia 25 tahun mati pada hari pertama perkahwinannya selepas menelan lima pil viagra ketika bersama isterinya.

Lelaki itu yang namanya tidak disiarkan menanti semua tetamu meninggalkan dewan majlis sebelum bergegas ke rumah baru bersama-sama pengantin perempuan.


“Dia begitu ghairah untuk tidur pada malam pertama dengan isterinya. “Dia menelan lima biji Viagra sekali gus,” lapor akhbar berbahasa Arab Okaz Al Youm dalam laporan dari Ibb, bandar di barat daya Yaman.



Lelaki itu tiba-tiba berpeluh dan merasakan jantungnya berdegup laju sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, usaha doktor menyelamatkannya gagal. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/20

Friday, 13 September 2013

Isteri cilik maut pada malam pertama


  • Mangsa yang dikenali sebagai Rawan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk. - Gambar hiasanMangsa yang dikenali sebagai Rawan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk. - Gambar hiasan
SANAA - YEMEN.Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.

"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

"Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik  itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi.

Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.

Thursday, 12 September 2013

Pemandu upahan warga Yaman ditahan polis


  • Lelaki warga Yaman terbabit ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut, Ahad lalu.Lelaki warga Yaman terbabit ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut, Ahad lalu.
 1 / 1 
TAPAH - Polis Tapah berjaya mengesan pemandu warga Yaman yang dilaporkan hilang selepas insiden kemalangan maut membabitkan keluarga warga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Kilometer 335.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Ahad lalu.

Lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pemandu upahan keluarga mangsa itu berjaya ditemui di Kedutaan Yaman di Kuala Lumpur selepas tindakan proaktif dijalankan polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya meminta pihak Kedutaan Yaman mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan berhubung kemalangan mengorbankan dua nyawa termasuk seorang ibu hamil enam bulan itu.

Menurutnya, pada Selasa lalu, pihaknya menerima panggilan dari IPD Cheras mengatakan Kedutaan Yaman  mengesan lelaki tersebut dan berada di balai polis itu.

“Berdasarkan maklumat itu, kita berjaya membawa pulang lelaki terbabit dan dia ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang Ahad lalu, seorang ibu bersama anak perempuannya maut selepas kereta dinaiki mereka bersama empat ahli keluarga lain yang dalam percutian dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang hilang kawalan sebelum terbabas.

Wednesday, 11 September 2013

Kanak-kanak perempuan mati pada malam pertama


11 September 2013


SANAA, YAMAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada malam pertama perkahwinannya, dengan seorang lelaki lima kali umurnya.

Arwa Othman, ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi terkemuka berkata, kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Rawan , telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.

"Pada malam perkahwinan dan selepas melakukan hubungan seks, dia mengalami pendarahan dan pecah rahim yang menyebabkan punca kematiannya ," katanya kepada Reuters.

"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya,” katanya lagi pada laporan Reuters.

Arwa berkata, pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya.

Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan kejadian tersebut. Dia tidak mahu dikenali kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan akhbar.

Tetapi dua penduduk Meedi dihubungi oleh Reuters mengesahkan kejadian itu dan berkata, ketua-ketua puak tempatan telah cuba untuk menutup kejadian itu apabila berita itu tersebar.

Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil untuk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak dan bagi mendapat wang tambahan dari mas kahwin yang diberikan kepada gadis itu.

Satu laporan PBB yang dikeluarkan Januari lalu  mendedahkan tahap kemiskinan di negara itu , menyatakan bahawa 10.5 juta daripada 24 juta orang Yaman kekurangan bekalan makanan yang mencukupi, dan 13 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih dan kebersihan asas.

Human Rights Watch (HRW) pada Disember 2011 menggesa kerajaan Yaman mengharamkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.

Memetik Bangsa-Bangsa Bersatu dan data kerajaan, HRW berkata, hampir 14 peratus daripada kanak-kanak perempuan Yaman telah berkahwin sebelum umur 15 dan 52 peratus sebelum umur 18 tahun.

Sunday, 8 September 2013

Bapa bunuh diri selepas campak 2 anak perempuan


Sana’a: Seorang lelaki mati selepas terjun dari bangunan lima tingkat sejurus selepas mencampakkan dua anak perempuannya menerusi tingkap.

Agensi berita Yaman melaporkan semalam, Abdul Raouf Al Gabati mengambil kedua-dua anaknya dan mencampakkan mereka bergilir-gilir keluar dari kediamannya di daerah Maen di Sana’a.


Anak bongsunya, Sara, 10, mati di tempat kejadian sementara seorang lagi, Shima, kini koma.



Sebaik mencampakkan anaknya, Abdul Raouf terjun dari rumahnya dan mati di tempat kejadian. Seorang pegawai tempatan berkata, siasatan terhadap kejadian itu sudah dimulakan.


Bagaimanapun, siasatan awal menunjukkan lelaki itu menghidap sakit jiwa dan keadaannya bertambah teruk apabila dia berdepan dengan masalah hutang, ditambah pula dengan masalah keluarga.


Sumber media tempatan berkata, Abdul Raouf diberhentikan kerja di sebuah bank dan tinggal bersama-sama kedua-dua anaknya selepas bercerai dengan ibu mereka.

Rekod Kementerian Dalam Negeri Yaman menunjukkan ratusan penduduk negara itu membunuh diri sepanjang tiga tahun lalu - 253 pada 2012, 235, termasuk 24 kanak-kanak pada 2011 dan 292 pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/07

Saturday, 7 September 2013

Pemangku Mursyidul Am IM di Yaman


  • Mahmoud ezzatMahmoud ezzat
SANA’A - YEMEN.Pemangku Mursyidul Am gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) Mahmoud Ezzat yang menjadi buruan tentera Mesir didakwa kini tinggal di Yaman dan berada di bawah perlindungan negara rantau Teluk.

Akhbar Al Arab berpangkalan di London melaporkan, Mahmoud Ezzat dikatakan menginap di kediaman mewah di kawasan barat daya Haddah di Sana’a.

Akhbar itu juga mendakwa, Mohmoud Ezzat yang sedang dikenakan waran tangkap di Mesir sering dilihat bersama dengan pemimpin IM dalam kereta dengan nombor pendaftaran kenderaan diplomatik.

Beliau juga dilaporkan sentiasa berhubung dengan ahli IM di Mesir melalui telefon satelit.

Mahmoud Ezzat dilantik menggantikan Mohamed Badie yang ditahan dalam satu serbuan di pinggir Kaherah 20 Ogos lalu ketika protes penggulingan Presiden Mohammed Mursi.

Beliau adalah timbalan kedua kepada Mohamed Badie dan memiliki sijil kelahiran Yaman sekali gus muncul sebagai pemimpin penting dalam pembentukan IM di negara itu.

Monday, 2 September 2013

PM Yaman terselamat cubaan bunuh


  • BASINDAWABASINDAWA

SANAA - YAMAN. Perdana Menteri Yaman, Mohamed Basindawa terselamat dalam cubaan untuk membunuh beliau.

Kelmarin, pihak berkuasa memberitahu empat lelaki bersenjata itu didakwa melepaskan tembakan ke arah konvoi pemimpin tersebut yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Kesemua mereka melarikan diri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda," kata jurucakap tersebut dalam laporan AFP.

Difahamkan, ia adalah insiden serangan pertama menyasarkan perdana menteri itu yang kini menerajui kerajaan perpaduan selepas bekas Presiden Ali Abdullah Saleh digulingkan pada 2011.