• Lelaki warga Yaman terbabit ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut, Ahad lalu.Lelaki warga Yaman terbabit ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut, Ahad lalu.
 1 / 1 
TAPAH - Polis Tapah berjaya mengesan pemandu warga Yaman yang dilaporkan hilang selepas insiden kemalangan maut membabitkan keluarga warga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Kilometer 335.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Ahad lalu.

Lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pemandu upahan keluarga mangsa itu berjaya ditemui di Kedutaan Yaman di Kuala Lumpur selepas tindakan proaktif dijalankan polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya meminta pihak Kedutaan Yaman mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan berhubung kemalangan mengorbankan dua nyawa termasuk seorang ibu hamil enam bulan itu.

Menurutnya, pada Selasa lalu, pihaknya menerima panggilan dari IPD Cheras mengatakan Kedutaan Yaman  mengesan lelaki tersebut dan berada di balai polis itu.

“Berdasarkan maklumat itu, kita berjaya membawa pulang lelaki terbabit dan dia ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang Ahad lalu, seorang ibu bersama anak perempuannya maut selepas kereta dinaiki mereka bersama empat ahli keluarga lain yang dalam percutian dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang hilang kawalan sebelum terbabas.