Friday, 12 February 2016

Arab Saudi minta PBB pindahkan pekerja bantuan

JUMAAT, 12 FEBRUARI 2016 @ 9:06 AM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Arab Saudi meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memindahkan pekerja bantuan jauh dari kawasan dikuasai pemberontak ketika tentera pakatan diketuai Riyadh terus melancarkan serangan udara.

 PBB menolak bulat-bulat permintaan itu dan mengingatkan Arab Saudi terhadap tanggungjawabnya membenarkan akses kemanusiaan di Syria, di mana pesawat tentera pakatan melancarkan serangan di kubu Syiah Huthi selama hampir setahun.

Ketua Bantuan PBB, Stephen O'Brien, dalam sepucuk surat kepada Duta Arab Saudi, Abdallah Al-Mouallimi, menjelaskan pertubuhan itu menghulurkan bantuan menyelamatkan nyawa seperti dasar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan usaha itu akan diteruskan.

 Sebagai maklum balas kepada O'Brien, duta itu memperbaharui permintaan tentera pakatan iaitu untuk memindahkan pekerja bantuan kemanusiaan dari kawasan yang dekat dengan operasi tentera Huthis dan penyokong bekas presiden, Ali Abdullah Saleh.

 PBB sudah beberapa kali berbalah dengan Arab Saudi berkaitan akses bantuan di Yaman, di mana 80 peratus penduduk berdepan masalah kekurangan makanan. - AFP


 Ketua Bantuan PBB, Stephen O'Brien  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123618

No comments:

Post a Comment