Monday, 30 May 2016

39 terbunuh pertempuran di selatan Yemen


ADEN 30 Mei - Peperangan antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak Syiah nampaknya tidak berkesudahan apabila kali ini kedua-duanya bertempur lagi di selatan Yemen semalam.
Dalam pertempuran berkenaan, 25 orang pemberontak dan 14 anggota tentera dilaporkan mati, menurut pegawai tentera yang enggan dikenali.
Pertempuran tercetus apabila kumpulan pemberontak Syiah Houthi dan tentera bersekutu yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh menyerang kedudukan tentera kerajaan di daerah Bayhan di sempadan antara Shabwa dan wilayah Marib. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/39-terbunuh-pertempuran-di-selatan-yemen-1.336499#sthash.gC13OwV9.dpuf

Sunday, 29 May 2016

Arab Saudi lancar serangan terhadap Yemen

28 Mei 2016 9:00 PM
yemen wars

PENDUDUK Yaman mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan rumah yang musnah selepas serangan udara oleh Arab Saudi di Sanaa pada 26 Mac lalu. – EPA /YAHYA ARHAB
ADEN 28 Mei - Tentera Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap Yemen walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih dalam perbincangan untuk menamatkan konflik di negara tersebut.
Memetik laporan Press TV, jet pejuang Arab Saudi hari ini menjalankan bedilan di daerah Masloob, utara wilayah Jawf, namun belum ada sebarang laporan rasmi berkenaan mangsa yang terkorban.
Sementara itu, serangan turut dilancarkan di wilayah Amran semalam, dilaporkan sebanyak 50 siri bedilan dilancarkan di kawasan kejiranan utara wilayah berkenaan. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/arab-saudi-lancar-serangan-terhadap-yemen-1.335809#sthash.blB6zOQ5.dpuf

Tuesday, 24 May 2016

Bom berangkai terlarang ditemui

Bom berangkai terlarang ditemui

24 MEI 2016
Britain dipercayai menjual bom tersebut kepada Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu yang merupakan sekutu Riyadh dalam perang ke atas Yaman.
LONDON - BRITAIN. Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International menemui bom berangkai buatan Britain yang didakwa telah digunakan Arab Saudi dalam operasi ketenteraan di Yaman.
Ketua Kawalan Senjata Britain di bawah agensi itu, Oliver Sprague berkata, bom berangkai BL-755 tersebut ditemui penggembala warga tempatan di perkampungan terpencil di utara Sanaa.
“Bom berangkai adalah salah satu daripada senjata paling berbahaya dalam sejarah peperangan dan ia telah diharamkan di lebih 100 negara sejak 1980-an,” katanya. - Press TV

Friday, 13 May 2016

Al-Qaeda lancar serangan bom kereta di Yemen


ADEN, Yemen 12 Mei - Kumpulan militan al-Qaeda didakwa melancarkan serangan bom kereta di pangkalan tentera Yemen di Hadramout hari, menyebabkan 16 anggota tentera maut.
Serangan itu menyasarkan pangkalan utama tentera yang berpusat di timur pinggir bandar Mukalla, ibu kota wilayah Hadramout, menurut satu sumber keselamatan tempatan yang enggan identiti didedahkan.
“Serangan berani mati menyasarkan pangkalan tentera yang dikawal oleh tentera baharu Yemen dan tentera UAE di kawasan Khalaf di bahagian timur Mukalla,” kata sumber tersebut.
Angka kematian dijangka meningkat berikutan pihak polis dan ambulans sedang melakukan kerja-kerja menyelamat serta menghantar mangsa ke hospital berdekatan. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/al-qaeda-lancar-serangan-bom-kereta-di-yemen-1.325256#sthash.VL7QteBR.dpuf

Tuesday, 10 May 2016

11 terbunuh dalam serangan kubu tentera di Sanaa


11 terbunuh dalam serangan kubu tentera di Sanaa

Askar kumpulan pakatan diketuai Arab Saudi bersorak selepas berjaya menyerang kubu tentera yang ditawan pemberontak Huthi di utara Sanaa, Yemen. - AFP
ADEN 10 Mei - Sebelas orang dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat perang milik kumpulan pakatan diketuai Arab Saudi melancarkan serangan ke atas kubu tentera yang ditawan pemberontak Huthi di utara Sanaa, Yemen.
Menurut pihak berkuasa, serangan udara itu sememangnya menyasarkan kem Al-Amaliqa.
Katanya, ini kali pertama serangan tersebut dilakukan sejak kem berkenaan ditawan oleh kumpulan pemberontak itu. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/11-terbunuh-dalam-serangan-kubu-tentera-di-sanaa-1.321651#sthash.Y1ifQqwV.dpuf

Saturday, 7 May 2016

Yemen: 6 terkorban dalam serangan bom

bom generic

07 Mei 2016 12:21 AM MARIB, YEMEN 7 Mei - Enam orang terkorban dan lebih 15 yang lain cedera dalam kejadian letupan bom di sebuah pasar menjual bahan narkotik di bandar Marib di timur ibu negara Sanaa, hari ini.
Mereka yang terbunuh terdiri daripada tiga orang awam dan tiga anggota tentera.
Menurut seorang pegawai tempatan, bom itu ditanam oleh orang yang tidak dikenali di pintu masuk pasar berkenaan dan dipercayai menyasarkan anggota tentera yang setia kepada kerajaan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yemen-6-terkorban-dalam-serangan-bom-1.319124#sthash.D0FTmhRr.dpuf

Tuesday, 3 May 2016

Rundingan damai konflik Yemen digantung


KAHERAH 2 Mei – Kerajaan Yemen menggantung rundingan damai yang sedang berlangsung di Kuwait bagi menamatkan perang saudara di negara itu, berikutan tindakan kumpulan pemberontak Syiah Houthi dan sekutunya menawan pangkalan tentera di utara ibu negara Sanaa, semalam.
Serangan itu mengakibatkan sejumlah besar tentera Yemen yang berkawal di Pangkalan Tentera Umaliqa itu terkorban.
Tidak seperti tentera kerajaan yang lain, tentera yang berkawal di pangkalan tersebut enggan campur tangan dalam pertempuran antara pemberontak Houthi dan tentera Yemen yang disokong Arab Saudi.
Pemberontak Houthi sebelum ini turut mengambil sikap berkecuali sehinggalah mereka melancarkan serangan mengejut ke atas pangkalan itu di wilayah Amran dan merampas sejumlah besar senjata pada waktu subuh.
Menteri Luar Yemen, Abdel-Malek al-Mekhlafi yang mengetuai delegasi kerajaan pada rundingan itu berkata, serangan pemberontak itu merencatkan rundingan damai yang sedang berjalan.
“Kami telah menggantung run­dingan serta-merta sebagai membantah tindakan ketenteraan oleh kumpulan pemberontak dan pencabulan ke atas gencatan senjata,” kata seorang anggota perwakilan kerajaan dalam rundingan damai itu kepada Reuters.
“Kami akan membuat keputusan yang sesuai sebagai tindak balas kepada jenayah yang dilakukan pemberontak Houthi di Pangkalan Tentera Umaliqa demi kepentingan penduduk dan negara kami (Yemen),” katanya dalam tulisannya di akaun Twitternya.
Dalam pada itu, jurucakap kumpulan pemberontak, Mohammed Abdul-Salam menolak bantahan daripada delegasi kerajaan Yemen. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rundingan-damai-konflik-yemen-digantung-1.307530#sthash.nqruJxSg.dpuf

Monday, 2 May 2016

Houthi tawan kem tentera



ANGGOTA tentera memadamkan kebakaran sebuah trak di tengah bandar raya Aden, semalam. Serangan bom trak itu menyasarkan ketua keselamatan Aden, kali kedua dalam seminggu.

Kaherah: Pemberontak Houthi dan sekutu bersenjatanya menawan sebuah pangkalan tentera di utara Sanaa, semalam, memberi tamparan kepada gencatan senjata serta menjejaskan rundingan damai di Kuwait yang bertujuan menamatkan peperangan di negara itu.

Tidak seperti kebanyakan tentera Yaman, askar di pangkalan Umaliqa selama ini enggan memihak kepada sesiapa dalam perang saudara antara Houthi yang bersekutu dengan Iran dan tentera kerajaan.

Perang saudara itu memuncak apabila pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi campur tangan Mac tahun lalu.


Houthi yang berfahaman Syiah akur dengan sikap berkecuali tentera di pangkalan di wilayah Amran itu. Bagaimanapun, ia melancarkan serangan mengejut awal pagi tadi.

Beberapa askar yang mempertahankan pangkalan itu terbunuh dalam serangan berkenaan yang turut menyaksikan pemberontak terbabit merampas beberapa senjata berat.

Menteri Luar, Abdel Malek al-Mekhlafi yang juga perunding kanan kerajaan Yaman ke rundingan damai di Kuwait berkata, tindakan itu sudah pasti menjejaskan perbincangan berkenaan.

Dia berikrar kerajaan akan bertindak terhadap jenayah Houthi itu.

Rundingan damai berkenaan dikatakan mencatatkan kemajuan sejak beberapa hari lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2016 @ 11:11 AM