14 JUN 2016
![]() |
Protes bantah Saudi, PBB Penunjuk perasaan mengadakan bantahan di Kota Lama Sanaa sempena ulang tahun pertama bedilan Saudi dalam sejarah Yaman, kelmarin.
SANAA - ARAB SAUDI. Puluhan penduduk Yaman berkumpul di sekitar ibu negara bagi membantah pencerobohan Arab Saudi di negara mereka dan tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyingkirkan Saudi dari senarai hitam pesalah hak kanak-kanak.
Peserta protes berhimpun kelmarin, berhampiran Kota Lama Sanaa, sebuah tapak warisan dunia Unesco pada ulang tahun pertama serangan udara Saudi di Yaman.
"Kami mengutuk keras PBB dan masyarakat antarabangsa kerana berdiam diri ke arah kemusnahan. Ini adalah mesej dari Kota Lama Sanaa kepada seluruh dunia, pada ulang tahun pertama serangan kejam Saudi dalam sejarah Yaman," menurut penunjuk perasaan, Ali Heidarah.
Dalam perhimpunan berasingan, sekumpulan kanak-kanak berkumpul di luar pejabat PBB untuk membantah tindakan pertubuhan tersebut yang mengeluarkan Saudi dari senarai hitam pesalah hak kanak-kanak.
Difahamkan, bantahan terhadap PBB dimulakan selepas pertubuhan terbabit didakwa menutup mata kepada sekatan Saudi yang telah meragut banyak nyawa rakyat Yaman.
Penunjuk perasaan turut melakukan satu langkah simbolik di mana, mereka menyumbangkan wang ke pejabat PBB dan menggesa badan dunia berkenaan untuk melepaskan diri daripada pengaruh dunia yang membiayainya. - Press TV
No comments:
Post a Comment