05 September 2016 12:17 AM
![]() |
ADEN 4 Sept. - Sekurang-kurangnya 15 tentera pro kerajaan Yemen terbunuh dalam serangan pemberontak di utara dan pengeboman bunuh diri di bandar ini hari ini.
Sumber ketenteraan yang enggan didedahkan namanya, pemberontak Houthi dan sekutunya melancarkan serangan berkembar untuk cuba menawan semula pelabuhan Midi di utara wilayah Hajja.
“11 askar terbunuh manakala 28 lagi cedera dalam serangan itu,” kata sumber tersebut.
Sementara itu, menurut pegawai keselamatan tempatan, sebuah bom meletup di pos pemeriksaan di daerah Sheikh Othman, menyebabkan empat askar terbunuh dan mencederakan seorang hari ini. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-serangan-berasingan-15-tentera-yemen-terkorban-1.378694#sthash.za7sxSZU.dpuf
No comments:
Post a Comment