Saturday, 28 December 2013

Bakar diri selepas lamaran ditolak


Aden: Seorang lelaki Yaman berusia 24 tahun menyimbah tubuhnya dengan petrol sebelum membakar dirinya selepas bapa saudaranya menolak lamarannya untuk berkahwin dengan sepupu sendiri.

Polis berkata, lelaki itu dikejarkan ke hospital di Al Mahwit, barat Yaman tetapi meninggal dunia keesokan harinya ketika dirawat.



“Dia mati selepas membakar dirinya.

“Dia bertindak demikian kerana kecewa dan malu selepas bapa saudaranya menolak lamaran untuk berkahwin dengan sepupunya,” kata pegawai penyiasat Kolonel Mohammed Al Nazili. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Tuesday, 24 December 2013

Al-Qaeda mohon maaf


Kaherah: Pemimpin al-Qaeda di Yaman meminta maaf selepas seorang anggotanya mengingkari arahan dan menyerang sebuah hospital yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan dalam serangan pada 5 Disember, menyebabkan 52 orang terbunuh.

Komander al-Qaeda di Semenanjung Arab, Qassim al-Rimi berkata dalam rakaman video yang dimuat naik di laman web kumpulan itu, anggotanya itu sudah diberi amaran agar tidak memasuki kompleks hospital atau bersolat di situ.

Tetapi seorang daripada mereka mengingkari arahan itu.

“Kini, kami mengaku bersalah,” katanya dalam video yang dikeluarkan kelmarin oleh pengantara media kumpulannya, al-Mallahem.



“Kami meminta maaf dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Kami mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian di hospital itu dan akan membayar wang darah kepada keluarga mangsa,” katanya.


Permohonan maaf itu disiarkan stesen televisyen kerajaan Yaman selepas mereka memaparkan video menunjukkan seorang lelaki bersenjata menyerang kumpulan doktor dan kakitangan hospital.


Beberapa pejuang al-Qaeda cuba menafikan serangan itu dengan mendakwa ia palsu.

“Kami malu dengan apa yang dilakukan saudara kami.

Kami tidak mengarahkannya untuk berbuat demikian dan tidak senang dengan apa yang berlaku,” kata Qassim.

Dia juga berkata, walaupun melakukan kesilapan, ia tidak akan menghentikan matlamat mereka untuk meneruskan jihad.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Thursday, 19 December 2013

1 juta Like ganti mas kahwin


19 Disember 2013


SANA’A - YAMAN. Seorang bapa meminta pengguna laman Facebook menekan simbol Like atau suka sebagai menggantikan mas kahwin.

Salem Ayash dari bandar Taiz, Yaman, meminta pengguna Facebook berbuat demikian bagi membantu bakal menantunya melangsungkan perkahwinan.  

“Perkara itu mungkin sukar dilakukan sungguh pun terdapat 25 juta penduduk di Yaman kerana pengguna internet adalah sangat terhad,” katanya.

Tindakannya itu bagaimanapun mewujudkan gelombang luar biasa di media sosial apabila ratusan penulis blog turut membantu dengan menggesa pengguna lain berbuat demikian.

Sejak laman itu diwujudkan Ahad lalu, sehingga kini terdapat 30,000 orang menandakan Like.

“Mas kahwin terlalu mahal di Yaman. Perkara ini menyukarkan pasangan untuk berkahwin. Saya tidak terkilan menggantikan mas kahwin berbentuk wang ringgit atau barang kemas kepada kaedah digital asalkan mereka dapat berkahwin," katanya kepada BBC.

Tuesday, 17 December 2013

Yaman larang serangan pesawat tanpa pemandu


  • Undang-undang melarang serangan pesawat tanpa pemandu di Yaman diluluskan Parlimen, kelmarin.Undang-undang melarang serangan pesawat tanpa pemandu di Yaman diluluskan Parlimen, kelmarin.

SANAA - YAMAN. Parlimen Yaman meluluskan undang-undang melarang serangan pesawat tanpa pemandu di negara itu.

Agensi berita Saba melaporkan keputusan tersebut dibuat sebagai langkah untuk melindungi penduduk di negara terbabit dari sebarang pencerobohan asing.

Sebelum ini, tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan pesawat tanpa pemandu itu kononnya untuk menyokong kempen menentang kumpulan Al-Qaeda yang beroperasi di Yaman.

Bagaimanapun, serangan yang telah meragut 17 nyawa orang awam di Rada pada minggu lalu telah mencetuskan kemarahan banyak pihak dan penggunaan pesawat tanpa pemandu tersebut turut dikecam kumpulan aktivis.

Dalam satu kenyataan, laporan dipetik dari AFP, Amnesty International mendakwa insiden itu jelas menunjukkan dalang di sebalik serangan tersebut seperti mahu melepas tangan walaupun ia melibatkan kematian orang tidak berdosa.

Susulan daripada itu, Pengarah Amnesty di Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther bertindak menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya tampil memberi penjelasan berhubung 'kesilapan' tersebut. 

Sunday, 8 December 2013

Pengebom serang hospital


Kumpulan itu berkata, bangunan berkenaan disasarkan kerana mempunyai pegawai tentera AS yang bertanggungjawab mengendalikan serangan dron terhadap pejuangnya.

Serangan dron terhadap militan al-Qaeda semakin dipertingkatkan tahun ini dengan menyasarkan anggota kumpulan itu di Yaman.
Bagaimanapun, tiada bukti kukuh menunjukkan ada tentera AS atau sesiapapun dalam bangunan itu yang memainkan peranan secara langsung dalam serangan dron.

Sebaliknya agensi berita rasmi Saba melaporkan, mangsa yang maut kebanyakannya ditemui di kawasan hospital kompleks berkenaan termasuk masing-masing dua doktor Jerman dan Vietnam serta seorang dari Yaman.

Turut terbunuh, tiga jururawat Filipina dan India.
Foto
AHLI keluarga mangsa pengeboman tidak dapat menahan sebak, semalam.
Menurut jawatankuasa keselamatan Yaman, serangan itu turut mengorbankan ramai pesakit termasuk seorang hakim terkemuka dan isterinya yang kebetulan mendapat rawatan di situ.

Seramai 167 juga dilaporkan cedera dengan sembilan daripadanya parah.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Filipina mendakwa tujuh rakyatnya mati dalam serangan itu termasuk kakitangan perubatan dan seorang doktor.

Serangan dilakukan pengebom berani mati yang memandu kereta dipenuhi bahan letupan merempuh pintu pagar utama.

Kenyataan al-Qaeda melalui Twitter mendakwa, kompleks itu diserang selepas terbukti ia mempunyai bilik kawalan dron dan pakar dari AS.

“Ibu pejabat keselamatan seperti itu yang bersekongkol dengan AS dalam peperangan mereka terhadap Islam sentiasa menjadi sasaran kami,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/07

Saturday, 7 December 2013

Doktor, jururawat maut serangan di Yaman


7 Disember 2013

SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya 52 doktor dan jururawat maut manakala 167 lagi cedera dalam insiden pengeboman berani mati dan kumpulan lelaki bersenjata menyasarkan kompleks Kementerian Pertahanan di sini, kelmarin.

Jurucakap kementerian memaklumkan sebahagian daripada mangsa yang terkorban adalah warga Jerman.

"Insiden letupan itu telah menyebabkan hospital di kawasan kejiranan Baba al-Yaman musnah teruk," katanya dalam laporan AFP.

Sementara itu, kerajaan Filipina mengutuk serangan tersebut yang turut menyebabkan tujuh warganya terbunuh.

Susulan daripada itu, jurucakap kementerian Raul Hernandez menggesa Yaman mengheret dalang bertanggungjawab dalam serangan itu.

"Saya menuntut Sanaa supaya mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga keselamatan warga kami dan warga asing lain yang bekerja di negara itu," katanya lagi.

20 maut Kementerian Pertahanan Yemen diserang


Beberapa anggota tentera berkawal di sebatang jalan yang menuju Kementerian Pertahanan Yemen selepas kompleks itu diserang di Sanaa, semalam. - REUTERS
SANAA 5 Dis. - Sekurang-kurangya 20 orang terbunuh apabila seorang pengebom berani mati memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan, merempuh masuk ke dalam kompleks Kementerian Pertahanan Yemen di sini hari ini.
Seorang pegawai keselamatan negara ini memberitahu, rangkaian kumpulan jihad al-Qaeda dari Semenanjung Arab (AQAP) didakwa bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.
"Selepas kereta berkenaan memasuki kawasan kementerian, sebuah lagi kereta yang dinaiki beberapa individu tidak dikenali yang juga anggota kumpulan itu melepaskan tembakan ke arah pegawai dan anggota keselamatan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, selepas letupan berlaku kumpulan lelaki bersenjata berkenaan dipercayai cuba menawan Hospital Kementerian Pertahanan yang terletak di dalam kompleks sama, tetapi gagal.
Satu sumber keselamatan memberitahu, satu kejadian berbalas tembakan turut berlaku di luar kompleks tersebut.
Menurut saksi pula, kepulan asap boleh dilihat di sekitar kompleks Kementerian Pertahanan tersebut yang terletak berhampiran kawasan perumahan Baba al-Yaman dan bunyi tembakan turut kedengaran.
Yemen berdepan kemelut politik sejak Presiden, Ali Abdullah Saleh digulingkan pada Februari tahun lalu selepas protes berdarah membantah pemerintahan 33 tahun beliau dilancarkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131206/lu_04/20-maut-Kementerian-Pertahanan-Yemen-diserang#ixzz33DAfC2rc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 6 December 2013

Kementerian pertahanan Yaman dibom


  • Perkarangan kementerian kecoh selepas insiden letupan berlaku di Sanna.Perkarangan kementerian kecoh selepas insiden letupan berlaku di Sanna.
 1 / 1 
SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya 15 maut dan 30 yang lain cedera dalam insiden letupan bom kereta di pintu masuk Kementerian Pertahanan Yaman, semalam.

Jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, serangan berlaku tidak lama selepas waktu kerja bermula ketika pengebom nekad itu memandu kereta menuju ke pintu masuk kementerian.

"Beberapa das tembakan kedengaran selepas letupan. Ambulans dan beberapa kenderaan tentera bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam laporan Reuters.

Menurutnya, gegaran kuat turut dirasai di sekitar kawasan berhampiran selain menyebabkan kepulan asap tebal di udara.

Keganasan merupakan perkara biasa di Yaman di mana pergelutan berlaku antara kerajaan sementara dan pemberontak di samping masalah ekonomi yang semakin meruncing.