Monday, 16 November 2015

Houthi upah warga Afrika

Sanaa: Pemberontak Houthi dan sekutu mereka dilapor melatih warga Afrika untuk menyertai mereka dalam peperangan di Yaman.
Rangkaian berita negara itu melaporkan semalam, perkara itu terbongkar selepas dua warga Afrika ditahan kumpulan penentang kebangsaan yang menyokong kerajaan sah Yaman.
Agensi berita Marib Press memetik kenyataan kumpulan itu sebagai berkata, ia menangkap tujuh pemberontak dalam pertempuran ketika mereka cuba menyusup bandar Aldale di barat daya Yaman.
“Dua daripada yang ditahan itu rakyat Habsyah. Houthi dan sekutu mereka kini mengharapkan tentera upahan dari negara Afrika dengan melatih mereka di kem latihan pemberontak di Alhudeiday dan Albaydah,” kata sumber penentang kepada Marib Press.
Dalam perkembangan lain, unit penerangan penentang berkata, Houthi melakukan dua pembunuhan, 12 penculikan serta menjarah dan mengebom kediaman di kawasan yang mereka kuasai sepanjang minggu lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 7:09 AM


SEORANG militan yang setia kepada kerajaan Yaman meronda di Taiz, bandar raya di barat negara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93351#sthash.ITjcOd2T.dpuf

No comments:

Post a Comment