ISNIN, 28 NOVEMBER 2016 @ 9:45 AM
SANAA: Bekas Presiden Yaman yang berpengaruh, Ali Abdullah Saleh, meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan beliau berkunjung ke Cuba untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas presiden negara itu, Fidel Castro, yang meninggal dunia Jumaat lalu.
Saleh yang juga bekas sekutu memerangi keganasan anjuran Amerika Syarikat, memiliki tentera berjuang bersama-sama kumpulan pemberontak Houthi menentang pasukan pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman yang sudah mengorbankan 10,000 setakat ini.
Majlis Keselamatan PBB pada 2014 mengenakan sekatan terhadap Saleh kerana mengancam keamanan dan menghalang proses politik Yaman yang menyebabkan beliau dilarang ke luar negara dan asetnya dibekukan.
Permohonan dibuat Saleh yang ditumbangkan dalam bantahan besar-besaran pada 2011, perlu diterima 15 negara anggota jawatankuasa sekatan Yaman di PBB yang membuat keputusan menerusi undian sebulat suara.
"Presiden Ali Abdullah Saleh memohon Majlis Keselamatan memberikan keizinan kepadanya untuk berkunjung ke Republik Cuba dan menziarah keluarga Fidel Castro bagi menghormati ikon revolusi negara itu, wira terakhir abad ke-20 dan pengasas pergerakan kebebasan yang menentang imperialisme dan feudalisme songsang," menurut kenyataan di laman Facebook parti Kongres Rakyat pimpinan Saleh.
Saleh, bekas pegawai tentera yang memerintah selama 33 tahun, bertemu Castro yang mentadbir Cuba selama 47 tahun, ketika melakukan lawatan ke Havana pada 2000.
Kali terakhir Saleh meninggalkan Yaman adalah pada 2011 apabila berkunjung ke Amerika Syarikat untuk menerima rawatan perubatan bagi kecederaan yang dialami ketika cubaan membunuhnya. - Reuters
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217625
![]() |