Wednesday, 23 November 2016

12 warga Yaman maut dalam serangan udara pakatan

RABU, 23 NOVEMBER 2016 @ 4:45 PM

PENDUDUK melintasi rumah yang musnah dibedil dalam serangan udara diketuai Arab Saudi di Sanaa. - Foto EPA   

SANAA: Sekurang-kurangnya 12 warga Yaman terbunuh dalam serangan udara diketuai Arab Saudi ketika menaiki sebuah pikap di barat laut negara itu awal pagi ini, kata penduduk. Penduduk berkata, mangsa dalam perjalanan ke pasar tempatan di daerah Hiran di negeri Hajja yang dikawal oleh puak Houthi. Tentera pakatan diketuai Arab Saudi memerangi puak Houthi Yaman sejak Mac tahun lalu bagi mengembalikan Presiden yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini tinggal dalam buangan di Arab Saudi. Jurucakap pakatan itu tindak mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi pakatan itu menyatakan ia tidak menyasarkan orang awam. Ribuan serangan udara gagal untuk mengusir puak Houthi dari ibu negara, Sanaa, sebaliknya memusnahkan sekolah, pasar, hospital dan rumah serta membunuh ramai orang awam. Kumpulan hak asasi manusia menyatakan serangan udara berkenaan boleh dianggap sebagai jenayah perang, namun tentera pakatan mempersoalkan bahawa pemberontak Houthi menyusup masuk dan membahayakan kawasan awam. Sekurang-kurangnya 10,000 orang terbunuh dalam konflik 20 bulan yang mengakibatkan krisis kemanusiaan di antara negara paling miskin di dunia Arab itu. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215964

No comments:

Post a Comment