Sunday, 27 March 2016

Serangan militan IS 
di Yemen, 26 maut

seorang kanak-kanak Yemen berlari berhampiran sebuah bangunan

seorang kanak-kanak Yemen berlari berhampiran sebuah bangunan yang musnah dalam serangan udara oleh tentera pakatan diketuai Arab Saudi ke atas bandar lama Sanaa pada 23 Mac lalu. AFP
ADEN 26 Mac – Sebanyak 26 orang maut dalam tiga serangan yang dilancarkan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di pos pemeriksaan pasukan keselamatan Yemen di Aden, semalam.
Dua bom diletupkan serentak di pos pemeriksaan berbeza di daerah Shaab, pinggir bandar Aden, sebelum lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas sebuah pangkalan tentera bersekutu yang terletak berdekatan.
Bom ketiga yang ditempatkan dalam sebuah ambulans diletupkan di pos pemeriksaan berdekatan Mansura, pusat Aden.
Tentera perikatan Arab dike­tuai Arab Saudi yang melancarkan serangan udara ke atas kumpulan pemberontak Houthi, kembali menyerang kumpulan militan itu buat pertama kali pada minggu lepas di Aden.
Kumpulan militan IS dan al-Qaeda mengeksploitasi keadaan huru-hara di Yemen dan mengukuh­kan kedudukan mereka di selatan negara ini, selain melancarkan serang­an ke atas pasukan tentera yang menyokong Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi.
Serangan udara Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu lepas ke atas kem militan al-Qaeda di Hadramawt menyaksikan lebih 70 anggota militan maut.
Rangkaian al-Qaeda di Yemen dianggap sebagai paling berbahaya oleh Washington.
Tentera bersekutu melancarkan serangan udara ke atas pemberontak Houthi pada Mac tahun lepas ketika kumpulan pemberontak itu dibantu Iran mara ke atas Aden hingga menyebabkan Hadi terpaksa melarikan diri ke Riyadh.  AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/serangan-militan-is-8232-di-yemen-26-maut-1.205095#sthash.z5Irqd0J.dpuf

Saturday, 26 March 2016

Gencatan senjata berkuatkuasa di Yaman10 April ini

Gencatan senjata berkuatkuasa di Yaman10 April ini

25 MAC 2016 Pelaksanaan gencatan senjata itu bertujuan untuk meredakan konflik di Yaman. - Foto AFP NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Gencatan senjata akan berkuatkuasa di seluruh Yaman pada 10 April depan dan disusuli pusingan baharu rundingan damai kira-kira seminggu kemudian.
Wakil Khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed dalam satu sidang media di New York memaklumkan pihak bertelagah di di negara bergolak itu telah sebulat suara untuk melaksanakan gencatan senjata pada tarikh ditetapkan sebelum rundingan damai berlangsung di Kuwait pada 18 April depan.
Sebelum ini, rundingan damai tajaan PBB yang disertai wakil kerajaan dan pemberontak gagal mencapai kata putus manakala gencatan senjata yang berkuatkuasa pada 15 Disember berakhir 2 Januari lalu selepas gabungan Arab diketuai Riyadh didakwa melakukan perlanggaran beberapa kali sepanjang tempoh itu.
Lebih 6,000 dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan Mac tahun lalu sebagai usaha untuk membebaskan Sanaa yang berada di bawah cengkaman pemberontak Houthi selepas negara itu terjerumus dalam konflik perang saudara pada September 2014.- Press TV

Friday, 25 March 2016

Gencatan senjata di Yemen bermula 10 April – PBB

Seorang kanak-kanak lelaki melalui kawasan bangunan yang musnah

Seorang kanak-kanak lelaki melalui kawasan bangunan yang musnah akibat serangan udara oleh tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi di ibu negara Yemen di Sanaa kelmarin. -AFP.
NEW YORK 24 Mac – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan gencatan senjata di seluruh Yemen bermula 10 April ini diikuti dengan cadangan rundingan damai baharu dalam usaha menamatkan perang saudara di negara itu yang telah membawa banyak kemusnahan dan kematian di negara itu.
Utusan Khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Yemen dan kumpulan pemberontak Syiah Houthi bagi melaksanakan gencatan senjata tersebut.
“Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik di negara itu bersetuju untuk menghentikan pertempuran bermula tengah malam 10 April ini, manakala rundingan damai akan berlangsung pada 18 April ini di Kuwait.
“Tujuannya adalah untuk mencapai satu perjanjian yang akan menamatkan konflik di Yemen dan menyambung semula dialog politik yang lebih inklusif,” kata Ismail dalam sidang media di New York, semalam.
Menurut Ismail, rundingan secara bersemuka itu adalah selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai Yemen yang menyatakan bahawa pemberontak Houthi perlu berundur dari wilayah yang mereka rampas serta melucutkan senjata.
Beliau berkata, PBB turut berharap usaha tersebut akan membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada berjuta-juta rakyat Yemen yang terjejas.
Lebih 6,300 nyawa terkorban di Yemen dalam serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan dike­tuai Arab Saudi dan Kuwait untuk menghalang kemaraan pemberontak Houthi yang menguasai bandar Sanaa, ibu negara Yemen.
Rundingan damai yang ditaja PBB antara pemberontak Syiah Houthi dengan pegawai kerajaan sebelum ini gagal mencapai kejayaan menyebabkan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 15 Disember lalu dicabul beberapa kali menyebabkannya tamat pada 2 Januari lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gencatan-senjata-di-yemen-bermula-10-april-8211-pbb-1.204165#sthash.3AUgImrv.dpuf

Saturday, 19 March 2016

Konflik Yaman akan berakhir

Konflik Yaman akan berakhir

19 MAC 2016 RIYADH - ARAB SAUDI. Pertempuran sengit di Yaman bakal menuju ke penghujungnya, setahun selepas kempen ketenteraan bermula, menurut jurucakap gabungan pimpinan Arab.
Konflik antara gabungan Arab dengan kumpulan pemberontak Houthi di sepanjang sempadan negara Arab Saudi dan bandar Taiz didakwa beransur tenang bulan ini berikutan puak tempatan yang bertindak sebagai pengantara.
Selain itu, terdapat laporan mengatakan ada rundingan rahsia dijalankan di Saudi bagi mencari jalan penyelesaian.
"Pertempuran utama di Yaman hampir berakhir dan fasa seterusnya adalah peringkat untuk mengembalikan kestabilan dan membina semula negara," menurut laporan saluran televisyen Al-Arabiya memetik Brigadier Jeneral Ahmed al-Asseri sebagai berkata.
Beberapa hari lalu, Asseri dan Menteri Luar Arab Adel al-Jubeir turut memberitahu, sebarang rundingan damai hanya boleh berlaku antara pihak Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi dengan Houthi melalui duta khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed.
Gabungan dipimpin Arab memulakan kempen ketenteraan tahun lalu dengan tujuan menentang Houthi dan pasukan yang setia kepada bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, daripada mengambil alih negara. - Press 

Pertempuran di Yaman bakal berakhir - Arab Saudi

SABTU, 19 MAC 2016 @ 12:18 AM



RIYADH: Arab Saudi bakal menamatkan kempen ketenteraan menentang pemberontak Houthi disokong Iran di Yaman, setahun selepas ia dilancarkan. Jurucakap tentera pakatan diketuai Arab Saudi, Brig Jeneral Ahmed al-Asseri, dipetik saluran televisyen al-Arabiya sebagai berkata, pertempuran besar-besaran di negara itu hampir menemui penamatnya sejak kempen ketenteraan bermula setahun sebelumnya.


 BRIG Jeneral Ahmed al-Asseri. - Sumber aawsat.com

"Pertempuran besar-besaran di Yaman hampir tamat dan fasa seterusnya adalah peringkat memulihkan kestabilan dan membina semula negara itu," katanya kepada saluran berkenaan semalam. Al-Arabiya bagaimanapun tidak memberi perincian lanjut dan Asseri gagal dihubungi untuk mengulas.


Pertempuran di dua barisan hadapan di Yaman, di sepanjang sempadan dengan Arab Saudi dan bandar Taiz, semakin tenang minggu ini susulan perbincangan puak tempatan dan rundingan sulit bagi mencari perdamaian. Tentera pakatan memulakan kempen ketenteraan setahun lalu dengan misi utama menghentikan kemaraan Houthi dan tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh daripada menguasai negara itu.

Ia bagi mengembalikan kuasa Presiden Abed Rabbu Mansour Hadi. Asseri dan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir sebelum ini berkata, sebarang rundingan damai hanya boleh dilakukan antara Hadi dan Houthi serta wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ismail Ould Cheikh Ahmed. April tahun lalu Asseri mengumumkan operasi awal pakatan tamat, mengatakan ia sudah "membersihkan kebanyakan keupayaan tentera militia Houthi dan sekutunya yang memberi ancaman kepada Yaman dan negara jiran." - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134984

Thursday, 17 March 2016

Malaysia tidak terbabit perangi militan di Yaman - Hishammuddin

SEMASA RABU, 16 MAC 2016 @ 3:45 PM


MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media di lobi Dewan Rakyat Bangunan Parlimen. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah terlibat dalam kerjasama ketenteraan untuk memerangi kumpulan ekstremis di Yaman dan Syria yang dipimpin Arab Saudi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam eksesais North Thunder (Raad al Shamal) baru-baru ini adalah atas jemputan julung kali pihak Arab Saudi berdasarkan hubungan bilateral kedua-dua negara yang berada pada tahap tertinggi. "Latihan ini diadakan di utara Arab Saudi, sementara Yaman pula terletak di selatan sempadan Arab Saudi.

 Jelas sekali latihan ini tidak ada kaitan langsung dengan kempen ketenteraan di Yaman ketika ini. "Malaysia menyokong usaha membanteras kegiatan militan, namun ATM tak sanggup terlibat secara langsung dengan operasi ketenteraan di Yaman. Ia berbeza antara eksesais North Thunder ," katanya ketika menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

 Hishammuddin berkata, untuk menjadi sebuah pasukan tentera yang kredibel di rantau ini, ATM sentiasa mengambil kesempatan dan peluang melatih anggotanya dalam pelbagai situasi dan suasana yang membolehkan angkatan itu beroperasi dalam pelbagai keadaan. Beliau berkata, matlamat penyertaan ATM dalam operasi North Thunder merangkumi empat laluan yang telah dibentang oleh pihak Arab Saudi iaitu bagi memastikan punca kewangan kumpulan pengganas Daesh dapat ditangani; membuat naratif balas kepada ideologi IS.

 "Yang seterusnya membetulkan hubung kait komunikasi bagaimana media barat yang tidak  wajah sebenar Islam dan terakhir ialah berdasarkan perkara ketenteraan," katanya. Hishammumenggambarkanddin berkata, sehingga Februari lepas seramai 398 rakyat Malaysia masih berada di Yaman dengan 31 pegawai dan 56 anggota lain-lain pangkat berada di Riyadh, Arab Saudi.

Sementara itu, dalam sidang media di Lobi Parlimen, Hishammuddin berkata penyertaan Malaysia dalam eksesais itu tidak dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan kerana ia adalah eksesais biasa di mana ATM merancang untuk mengadakan 41 lagi eksesais tahun ini termasuk bersama negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). "Ia bukan perkara baharu, pendirian kita konsisten daripada dahulu bahawa ia tidak melibatkan operasi ketenteraan kita," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134261

33 pemberontak Houthi terbunuh

Aden: Seorang ketua kabilah di Yaman berkata semalam, 33 daripada 41 yang terbunuh dalam serangan udara yang diketuai Arab Saudi di sebuah pasar di wilayah utara negara itu ialah pemberontak, bukan orang awam seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Sumber perubatan dan kabilah berkata, serangan di Hajja, wilayah yang dikuasai pemberontak kelmarin, menyebabkan 41 orang mati dan 35 cedera.
Seorang pegawai perubatan di situ berkata, mereka yang mati ialah orang awam.
Bagaimanapun, seorang ketua kabilah yang rapat dengan pemberontak Houthi berkata, 33 daripada yang terbunuh ialah anggota pemberontak itu.
“Mereka berada dalam tiga kenderaan apabila menjadi sasaran tiga serangan udara,” kata ketua kabilah yang enggan namanya disiarkan itu.
Seorang pegawai di hospital yang dikendalikan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata, mereka menerima 41 mayat mangsa serangan berkenaan.
Bagaimanapun, badan kebajikan berkenaan menyangkal dakwaan pegawai itu.
Penyelaras projek Yaman MSF, Juan Prieto berkata, hospital itu hanya menerima 44 mangsa yang cedera, dua daripadanya kemudian mati. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 10:45 AM


SEORANG lelaki berjalan melintasi bangunan yang musnah akibat pertempuran di Taiz, bandar di barat daya Yaman, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/123352#sthash.DViTRMqE.dpuf