Saturday, 19 March 2016

Konflik Yaman akan berakhir

Konflik Yaman akan berakhir

19 MAC 2016 RIYADH - ARAB SAUDI. Pertempuran sengit di Yaman bakal menuju ke penghujungnya, setahun selepas kempen ketenteraan bermula, menurut jurucakap gabungan pimpinan Arab.
Konflik antara gabungan Arab dengan kumpulan pemberontak Houthi di sepanjang sempadan negara Arab Saudi dan bandar Taiz didakwa beransur tenang bulan ini berikutan puak tempatan yang bertindak sebagai pengantara.
Selain itu, terdapat laporan mengatakan ada rundingan rahsia dijalankan di Saudi bagi mencari jalan penyelesaian.
"Pertempuran utama di Yaman hampir berakhir dan fasa seterusnya adalah peringkat untuk mengembalikan kestabilan dan membina semula negara," menurut laporan saluran televisyen Al-Arabiya memetik Brigadier Jeneral Ahmed al-Asseri sebagai berkata.
Beberapa hari lalu, Asseri dan Menteri Luar Arab Adel al-Jubeir turut memberitahu, sebarang rundingan damai hanya boleh berlaku antara pihak Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi dengan Houthi melalui duta khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed.
Gabungan dipimpin Arab memulakan kempen ketenteraan tahun lalu dengan tujuan menentang Houthi dan pasukan yang setia kepada bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, daripada mengambil alih negara. - Press 

No comments:

Post a Comment