
Sebahagian anggota pemberontak Huthi menaiki kenderaan untuk berkawal di kawasan sekitar stadium selepas berlakunya bantahan di Sanaa, Yemen, baru-baru ini. - AP
SANAA 15 Feb. – Pertempuran di antara kumpulan pemberontak Huthi dengan pengikut Sunnah yang dibantu kumpulan militan al-Qaeda mengakibatkan 26 orang terkorban, semalam ketika Amerika Syarikat (AS) mengikut jejak langkah Arab Saudi dan beberapa negara Barat menutup kedutaan mereka di negara ini.
Pegawai keselamatan dan sumber berkata, pertempuran hebat yang masih lagi berlaku di wilayah al-Bayda telah mengakibatkan 16 pemberontak Huthi dan 10 pengikut Sunnah terkorban.
Yemen kini diambang kehancuran dua minggu selepas pemberontak Huthi secara rasmi menguasai negara ini dan meneruskan serangan mereka ke bahagian selatan.
Atas faktor keselamatan, Perancis, AS, Britain, Jerman, Itali dan Arab Saudi mengambil keputusan untuk menutup dan memindahkan kakitangan kedutaan mereka di Sanna.
Kerajaan Emeriah Arab Bersatu dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya turut akan menutup kedutaan mereka di sini ekoran keadaan keselamatan yang semakin meruncing di Yemen. – REUTERS
No comments:
Post a Comment