Wednesday, 25 February 2015

Wanita Perancis diculik di Sanaa

SANAA: Sekumpulan lelaki bersenjata menculik seorang wanita Perancis dan pemandu warga Yaman di tengah Sanaa ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, menurut sumber keselamatan.
Kumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali itu memintas kenderaan mangsa di 45th Street di ibu negara Yaman itu lalu membawa wanita dan pemandu berkenaan ke lokasi yang tidak diketahui.
Identiti wanita dan tempat beliau bertugas masih belum dikenal pasti.
Polis masih mencari kedua-dua mangsa.
Kementerian Luar Perancis juga tidak memberikan sebarang kenyataan.
Tindakan culik adalah perkara biasa di Yaman dan puak penentang sering menculik warga asing untuk memaksa kerajaan memenuhi permintaan mereka atau membebaskan saudara mara mereka yang dipenjarakan. - Reuters

No comments:

Post a Comment