Wednesday, 30 September 2015

40 maut bedilan tentera sekutu di Yaman

Bagaimanapun, pihak yang menyerang itu mengakui tersilap membedil majlis berkenaan di al-Wahga ketika sasaran mereka adalah ke arah markas pemberontak Houthi.
"Mayat 38 mangsa, termasuk kanak-kanak sudah dibawa ke sebuah hospital di bandar Al-Mokha," kata sumber perubatan terbabit sambil menambah berpuluh-puluh mangsa lain cedera dalam insiden pengeboman itu di bandar Laut Merah itu.
Seorang penduduk tempatan berkata, 12 wanita, lapan kanak-kanak dan tujuh lelaki maut dalam serangan yang mensasarkan dua khemah di kampung al-Wahijah, dekat pelabuhan Al-Mokha, di Laut Merah.
Majlis itu adalah untuk meraikan perkahwinan seorang lelaki tempatan yang dikaitkan dengan kumpulan majoriti Houthi.
Penduduk berkata, mayat hancur bertaburan di tempat kejadian dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.
Seorang jurucakap sekutu diterajui Arab Saudi gagal dihubungi untuk ulasan. Serangan semalam berlaku sehari selepas sekutu sama menyerang sebuah rumah di sebuah kampung di utara Yaman kelmarin. Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang, kebanyakannya orang awam.
Pakatan diterajui Arab Saudi itu sudah melakukan serangan udara ke atas kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran selama enam bulan dalam percubaan untuk menghalau mereka daripada ibu negara yang tumpas, setahun lalu dan mengembalikan kuasa presiden buangan Abd-Rabbu Mansour Hadi.
Bagaimanapun, jurucakap pakatan diterajui Arab Saudi menafikan sebarang serangan itu.
Brigadier Jeneral Ahmed al-Asseri berkata: "Tiada operasi udara pakatan berkenaan di kawasan terbabit selama tiga hari. Ini adalah berita palsu." - AFP/Reuters
KELIHATAN asap berkepul selepas serangan udara tentera sekutu diterajui Arab Saudi, di Sanaa. - Foto Reuters

Monday, 28 September 2015

Jeneral Arab Saudi terbunuh di sempadan Yaman

TIMBALAN Komander Briged ke-8 di Jazan, Brig Jen Ibrahim Hamzi
AHAD, 27 SEPTEMBER 2015 @ 2:53 PM

RIYADH: Seorang Jeneral Arab Saudi terbunuh di selatan negara itu berhampiran sempadan Yaman ketika "mempertahankan negara", menurut pasukan tentera hari ini.
Timbalan Komander Briged ke-8 di Jazan, Brig Jen Ibrahim Hamzi, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas dibawa ke hospital, lapor agensi berita rasmi Arab Saudi tanpa mendedahkan tarikh atau butiran kejadian.
Ibrahim adalah pegawai berpangkat tinggi kedua dalam tentera Arab Saudi yang diumumkan terkorban di sempadan Yaman hujung minggu ini.
Seorang kolonel dan pengawal sempadan turut terbunuh lewat kelmarin dalam pertempuran selepas letupan periuk api di sepanjang sempadan dengan Yaman, menurut Kementerian Dalam Negeri. - AFP

Friday, 25 September 2015

Abed Rabbo kembali ke Aden

Agensi
Aden: Presiden Yaman Abed Rabbo Mansour Hadi semalam kembali ke bandar ini selepas enam bulan hidup dalam buangan di Arab Saudi.

Dia tiba di Aden, bandar kedua terbesar Yaman, beberapa jam selepas pesawat pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan besar-besaran di Sanaa, menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh.


Abed Rabbo yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa tiba di Aden dengan pesawat tentera Saudi berjanji untuk kembali ke Sanaa, ibu negara Yaman yang ditawan pemberontak Houthi pada September tahun lalu, secepat mungkin.

“Kami akan kembali semula ke Sanaa sedikit masa lagi selepas semua bandar dan wilayah dibebaskan daripada pemberontak,” katanya.

Abed Rabbo dijangka berada di Aden selama beberapa hari sebelum berlepas ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Aden menjadi tempat perlindungan terakhir selepas dia melarikan diri dari Sanaa setelah militan Houthi menawan bandar raya itu.

Sebahagian besar Sanaa musnah ekoran pertempuran sengit dan serangan udara pakatan Arab sejak 26 Mac lalu.

Perdana Menteri Khaled Bahah dan beberapa anggota Kabinet Abed Rabbo pulang ke Aden dua minggu lalu, dua bulan selepas bandar itu dikuasai semula tentera kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:16 AM

ABED Rabbo disambut oleh pegawai Yaman ketika tiba di Lapangan Terbang Aden, awal semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79860#sthash.ozIrcb2u.dpuf

Letupan di masjid, 25 maut

orang ramai mengangkat seorang jemaah yang cedera dalam letupan

ORANG ramai mengangkat seorang jemaah yang cedera dalam letupan bom di Masjid Balili, Sana, Yemen ketika jemaah sedang menunaikan solat sunat Aidiladha, semalam. - AGENSI
SANAA 24 Sept. – Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas berlakunya serangan bom di sebuah masjid pengikut Syiah, di sini hari ini ketika mereka sedang mengerjakan solat sunat Aidiladha.
Menurut saksi, sebanyak dua letupan berlaku di Masjid Balili, kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak Houthi, hari ini.
Kata saksi, letupan pertama berlaku di dalam masjid sebelum seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di pintu keluar masjid berkenaan ketika orang ramai berpusu-pusu lari menyelamatkan diri.
Namun, tidak dapat disahkan sama ada letupan pertama dilakukan oleh pengebom berani mati berkenaan atau pun tidak.
Sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung insiden letupan itu.
Pengikut Syiah mendakwa serangan berkenaan mungkin dilakukan anggota kumpulan militan Negara Islam (IS).
Kumpulan militan IS yang ketika ini menguasai sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria menyifatkan pengikut Syiah sebagai golongan yang ‘menyeleweng’ daripada ajaran Islam.
Pada 21 Mac lalu, IS bertindak melancarkan serangan bom yang mensasarkan sebuah masjid Syiah di Sanaa mengakibatkan 142 orang maut.
Kumpulan berkenaan turut mengaku bertanggungjawab dalam beberapa siri serangan bom yang menjadikan masjid sebagai sasaran utama di Kuwait dan Arab Saudi. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/letupan-di-masjid-25-maut-1.139739#sthash.THIFKVey.dpuf

Thursday, 24 September 2015

25 Maut Akibat Serangan Ketika Solat Aidiladha


Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 2:57 PM
Serangan bom di masjid Al-Balili mengakibatkan 25 jemaah terkorban di pagi Aidiladha.

SANAA: Pengebom berani mati menyerang masjid di sini ketika umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha mengakibatkan 25 terkorban.
Dua letupan berlaku di Masjid Al-Balili yang terletak berdekatan akademi latihan polis yang dikuasai kumpulan pemberontak Huthi ketika sambutan perayaan itu.
Serangan itu berlaku dua hari selepas Presiden Yaman, Abdrabbuh Mansour Hadi kembali daripada hidup dalam buangan di Arab Saudi ke selatan Aden.
Pasukan perubatan berkata, setakat ini jumlah mangsa yang maut dan cedera mungkin akan bertambah kerana jumlah sebenar belum diketahui. - AFP

Monday, 21 September 2015

Putera Raja Bahrain sertai perang di Yaman


Putera Raja Bahrain sertai perang di Yaman
Putera Raja Bahrain sertai perang di Yaman Putera Raja Bahrain sertai perang di Yaman. - Foto Reuters
20 SEPTEMBER 2015

MANAMA - BAHRAIN. Raja Bahrain, Hamad Isa al-Khalifa mengumumkan putera-puteranya, Sheikh Nasser Hamad dan Sheikh Khalid Hamad akan menyertai operasi gabungan Arab yang dipimpin di Yaman, menurut laporan, Asharq Al-Awsat.

Pengumuman gabungan tenaga di Yaman timbul selepas lima rakyat Bahrain, 10 tentera Arab dan 45 tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) dibunuh oleh tentera Houthi semasa operasi di Yaman minggu lepas.

Menteri Penerangan Bahrain dan jurucakap rasmi Bahrain memberitahu bahawa ini adalah pertama kali keputusan seumpama itu diambil kerajaan.

Raja Hamad pertama kali mengeluarkan kenyataan tentang penyertaan putera-puteranya itu dalam mesyuarat Pasukan Pertahanan Bahrain di ibu pejabat.

“Kami kongsi sentimen persaudaraan dengan masyarakat dalam saat sukar ini. Putera beta, Sheikh Nasser dan Sheikh Khaled, kedua-duanya akan bersama-sama tentera lain dalam operasi gabungan untuk mempertahankan Yaman,” katanya.

Yaman mula bergolak selepas tentera Arab Saudi yang mengetuai tentera pakatan Teluk melancarkan operasi ketenteraan untuk menyelamatkan kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi daripada konflik perang saudara.

Houthi bebaskan enam tebusan


Sanaa: Pemberontak Syiah di Yaman membebaskan tiga warga Amerika, dua Arab Saudi dan seorang Britain yang menjadi tahanan mereka sejak enam bulan lalu.

Enam tebusan itu dijangka menaiki pesawat dari Oman bersama wakil pemberontak Houthi ke Muscat untuk rundingan dengan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman, kata sumber.

Identiti mereka dan punca ditahan tidak didedahkan.

Jurucakap Houthi Mohammed Abdulsalam yang ditemui di lapangan terbang Sanaa tidak mengesahkan pembebasan enam warga asing itu tetapi berkata: “Ada kemungkinan mereka akan diserahkan (di Muscat) hari ini.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 5:35 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79008#sthash.j6fzXY9H.dpuf

Sunday, 6 September 2015

45 askar UAE maut di Yaman

Abu Dhabi: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata, 45 askarnya yang memerangi pemberontak di Yaman terbunuh dalam letupan di sebuah depoh senjata kelmarin.
Pada masa sama, lima pengawal sempadan Bahrain juga maut pada hari yang sama yang disifatkan sebagai hari terburuk menimpa pasukan dari negara Teluk dalam peperangan dengan pemberontak Houthi.
UAE mengisytiharkan tiga hari berkabung berikutan peristiwa itu.
Kerajaan dalam buangan Yaman berkata, kejadian berlaku akibat letupan yang tidak disengajakan di pangkalan tentera di Marib, wilayah di timur negara berkenaan.
Bagaimanapun, pemberontak Houthi berkata, anggotanya melepaskan tembakan roket yang menyebabkan letupan itu.
Pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan ke atas pemberontak itu sejak Mac lalu bagi menghalang kumpulan yang disokong Iran itu daripada menguasai Yaman sepenuhnya dan mengembalikan kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang kini hidup dalam buangan di Riyadh.
UAE sebelum ini berkata, 22 askarnya terbunuh di Yaman kelmarin, tetapi tidak menyebut puncanya.
Sementara itu, pihak berkuasa Bahrain pula berkata, lima tenteranya maut di selatan Arab Saudi, tempat mereka ditempatkan bagi membantu mengukuhkan sempadan Saudi dengan Yaman.
Bagaimanapun, Houthi berkata, mereka mati dalam kejadian sama dengan tentera UAE.
Dalam perkembangan terbaru, pesawat pengebom yang diketuai Saudi melancarkan serangan terbaru semalam, menyasarkan bangunan kerajaan yang dikuasai kumpulan Houthi di Yaman dan unit tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
Antara sasaran serangan ialah bangunan Kementerian Pertahanan yang menurut saksi, rosak teruk.
Serangan juga disasarkan terhadap pusat pemerintah pasukan keselamatan khas dan kem Ali Abdullah serta kompleks presiden.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:03 AM


GAMBAR meunjukkan tentera UAE mengusung keranda rakan mereka yang terbunuh dalam serangan di Yaman, dalam upacara rasmi di Abu Dhabi, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75541#sthash.zRjt8dBp.dpuf

Saturday, 5 September 2015

45 askar UAE terbunuh letupan gudang senjata di Yaman


INSIDEN letupan gudang senjata di Yaman, semalam.
ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) sahkan 45 anggota tenteranya yang dalam misi menentang kumpulan pemberontak di Yaman terbunuh dalam satu insiden letupan gudang senjata, semalam.
Sementara lima pengawal sempadan dari Bahrain juga maut, menyifatkan insiden terbabit sebagai hari paling dahsyat menimpa gabungan tentera dipimpin Arab Saudi itu.
Tiga hari berkabung kebangsaan diisytiharkan UAE, dengan kerajaan Yaman dipersalahkan diatas insiden letupan tidak sengaja di sebuah pangkalan tentera di wilayah timur Marib itu.
Namun pemberontak gabungan Syiah Huthi mendakwa pejuang mereka yang melepaskan roket sehingga mengakibatkan letupan itu berlaku.
Sementara, agensi akhbar rasmi UAE pula melaporkan tentera telah bertindak balas dengan satu siri serbuan ke atas Marib, Sanaa, kubu kuat Saada di utara Huthi dan pusat bandar Ibb.
Bagaimanapun, satu sumber tentera Yaman kepada AFP mendakwa, siasatan awal mendapati letupan itu disebabkan oleh peluru berpandu yang dilepaskan kumpulan pemberontak.
Lebih daripada 4,500 orang terbunuh sejak konflik Yaman tercetus, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Amerika Syarikat menyokong usaha gabungan tentera Arab itu, namun berulang kali memberi ingatan mengenai kesan pertempuran terhadap orang awam. -AFP.

Thursday, 3 September 2015

20 Maut Serangan Bom Di Masjid Yaman


Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 9:15 AM
Pasukan keselamatan dan kecemasan sedang membuat pemeriksaan di dalam bangunan masjid di Yaman, lokasi serangan bom pada malam Rabu.

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab terhadap dua serangan bom di masjid Yaman pada malam Rabu, mengakibatkan 20 orang maut dan ramai lagi cedera.
Berdasarkan serangan awal, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya sendiri di dalam bangunan masjid sehingga mengorbankan sejumlah jemaah yang mahu menunaikan solat.
Sejurus selepas itu, sebuah kereta yang dipasang bom dan diletakkan di luar masjid pula meletup.
Kanak-kanak merupakan antara mangsa serangan bom di masjid di Yaman, malam Rabu.
Menerusi mesej yang tersebar di media sosial, anggota gabungan Negara Islam di Yaman mendakwa bertanggungjawab terhadap dua serangan bom itu dengan mendedahkan identiti penyerang iaitu Quay al-Sanaani.
Pegawai perubatan berkata, angka kematian dijangka meningkat berikutan ramai mangsa sedang berada di bilik pembedahan di beberapa hospital.
Beberapa saksi berkata, sebuah kereta meletup ketika orang ramai yang cedera keluar dari masjid, sehingga menyebabkan kematian sejumlah mangsa.
Anggota gabungan IS di Yaman telah melakukan beberapa serangan yang sama dengan menjadikan masjid sebagai sasaran, termasuk satu siri pengeboman berani mati pada 20 Mac lalu di Sanaa yang mengorbankan 137 orang dan mencederakan 345 yang lain. - Mail Online

20 maut dalam dua serangan bunuh diri di Jarraf, Sanaa

KHAMIS, 3 SEPTEMBER 2015 @ 1:21 AM

 SANAA: Seramai 20 orang terbunuh selepas dua pengebom bunuh diri menyerang sebuah masjid Syiah di ibu negara Sanaa, semalam, menurut sumber perubatan dikendalikan pemberontak Syiah Huthi, Penduduk memberitahu, seorang lelaki memakai bom tali pinggang mensasarkan jemaah yang sedang meninggalkan masjid di daerah utara Jarraf, sebaik selesai solat Maghrib. Ketika orang ramai berkumpul untuk membantu mangsa yang cedera, seorang lagi penyerang tiba dengan kenderaan sarat dengan bom dan meletup. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79122

20 terbunuh dalam serangan udara di Aden


ADEN 2 Sept. - Seramai 20 pemberontak dan anggota kumpulan pro-kerajaan terkorban dalam serangan udara diketuai tentera pakatan dikuasai Arab Saudi di selatan Yemen, semalam.
Serangan tersebut berlaku di pusat pemeriksaan di Baihan, wilayah antara Shabwa dan Marib yang kedua-dua wilayah berkenaan ditawan oleh kumpulan pemberontak.
“Dalam tempoh 24 jam, seramai 17 pemberontak dan tiga tentera kerajaan terkorban dalam serangan,” kata satu sumber. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/20-terbunuh-dalam-serangan-udara-di-aden-1.130806#sthash.BIDHA4yH.dpuf

Wednesday, 2 September 2015

Dua ketua kumpulan pejuang Yaman ditembak mati

Aden: Beberapa penyerang bermotosikal menembak mati dua ketua kumpulan pejuang yang setia kepada kerajaan dalam dua kejadian berasingan di sini kelmarin, kata pegawai.
Rasheed Khaled Saif dan Hamdi al-Shutairi adalah pemimpin tentera kumpulan Penentang Selatan, satu gabungan yang berjaya membebaskan Aden dari penguasaan pemberontak Houthi.
Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu yang berlaku sehari selepas seorang pegawai keselamatan kanan di Aden ditembak mati, Ahad lalu.
Pejuang yang setiap pada Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi yang kini berlindung di Arab Saudi, berjaya menawan semula Aden pada Julai lalu.
Sejak itu berlaku keompangan kuasa di Aden dengan pejuang al-Qaeda mula masuk ke kejiranan utama dan penyerang tidak dikenali meletupkan pejabat perisikan.
Penduduk di Aden mengadu tiada anggota polis berkawal di jalan raya dan kerajaan Abed Rabbo masih belum kembali ke kawasan itu.
Rancangan untuk menubuhkan satu pentadbiran sementara sehingga kini tergendala akibat kekacauan yang masih berlaku.
“Peperangan dengan Houthi sudah berakhir tetapi kami bimbang dengan kejadian pembunuhan ini.
“Terdapat masalah keselamatan dan penduduk berharap pentadbiran dapat dibentuk bagi membolehkan polis dihantar untuk mengawal keadaan,” kata penduduk Mohammed Ahmed Salem.
Pemberontak Houthi menawan Sanaa pada September 2014 sebelum menguasai sebahagian besar negara itu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 11:06 AM


SEORANG militan Houthi melintas di depan lukisan mural dilukiskan aktivis propemberontak di kedutaan Arab Saudi, Sanaa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74688#sthash.yhSKsQTn.dpuf