![]() |
TIMBALAN Komander Briged ke-8 di Jazan, Brig Jen Ibrahim Hamzi |
RIYADH: Seorang Jeneral Arab Saudi terbunuh di selatan negara itu berhampiran sempadan Yaman ketika "mempertahankan negara", menurut pasukan tentera hari ini.
Timbalan Komander Briged ke-8 di Jazan, Brig Jen Ibrahim Hamzi, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas dibawa ke hospital, lapor agensi berita rasmi Arab Saudi tanpa mendedahkan tarikh atau butiran kejadian.
Ibrahim adalah pegawai berpangkat tinggi kedua dalam tentera Arab Saudi yang diumumkan terkorban di sempadan Yaman hujung minggu ini.
Seorang kolonel dan pengawal sempadan turut terbunuh lewat kelmarin dalam pertempuran selepas letupan periuk api di sepanjang sempadan dengan Yaman, menurut Kementerian Dalam Negeri. - AFP
No comments:
Post a Comment