SABTU, 5 SEPTEMBER 2015 @ 11:28 AM

INSIDEN letupan gudang senjata di Yaman, semalam.
ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) sahkan 45 anggota tenteranya yang dalam misi menentang kumpulan pemberontak di Yaman terbunuh dalam satu insiden letupan gudang senjata, semalam.
Sementara lima pengawal sempadan dari Bahrain juga maut, menyifatkan insiden terbabit sebagai hari paling dahsyat menimpa gabungan tentera dipimpin Arab Saudi itu.
Tiga hari berkabung kebangsaan diisytiharkan UAE, dengan kerajaan Yaman dipersalahkan diatas insiden letupan tidak sengaja di sebuah pangkalan tentera di wilayah timur Marib itu.
Namun pemberontak gabungan Syiah Huthi mendakwa pejuang mereka yang melepaskan roket sehingga mengakibatkan letupan itu berlaku.
Sementara, agensi akhbar rasmi UAE pula melaporkan tentera telah bertindak balas dengan satu siri serbuan ke atas Marib, Sanaa, kubu kuat Saada di utara Huthi dan pusat bandar Ibb.
Bagaimanapun, satu sumber tentera Yaman kepada AFP mendakwa, siasatan awal mendapati letupan itu disebabkan oleh peluru berpandu yang dilepaskan kumpulan pemberontak.
Lebih daripada 4,500 orang terbunuh sejak konflik Yaman tercetus, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Amerika Syarikat menyokong usaha gabungan tentera Arab itu, namun berulang kali memberi ingatan mengenai kesan pertempuran terhadap orang awam. -AFP.
No comments:
Post a Comment