Thursday, 28 January 2016

Semakin dingin

Bangkok: Jabatan Meteorologi Thailand semalam memberi amaran beberapa wilayah di utara negara itu bakal berdepan dengan cuaca yang lebih sejuk.
Zon udara bertekanan tinggi yang kuat dari China masih meliputi keseluruhan bahagian utara Thailand dengan menyebabkan ribut petir dan angin kuat di setengah kawasan.
Faktor itu menyebabkan cuaca sejuk sementara di bahagian berkenaan dijangka semakin buruk dengan suhu menurun 2 hingga 4 darjah Celsius semalam dan hari ini.
Suhu minimum di utara Thailand dijangka mencecah 8 hingga 14 darjah Celsius manakala bahagian tengah dan timur mencecah 16 hingga 18 darjah Celsius.
Di Bangkok dan kawasan berhampiran, suhu dijangka jatuh mencecah 16 hingga 18 darjah Celsius.
Daerah Sakon Nakhon di timur laut Thailand, suhu jatuh hingga 8 darjah Celsius kelmarin.
Penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan Phu Phan terpaksa membuat unggun api untuk memanaskan badan mereka dan haiwan ternakan.
Banyak haiwan ternakan dilaporkan mati akibat cuaca sejuk berkenaan.
Seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui mati di rumahnya di Kok Somhong di Sakon Nakhon pada pagi kelmarin.
Dia ditemui terbaring berhampiran sebuah dapur api.
Di wilayah Surin pula, suhu pada waktu malam mencecah 12 hingga 14 darjah Celsius, yang terendah dalam tempoh satu dekad.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 10:33 AM


SEKUMPULAN murid di sebuah sekolah rendah di Korat yang memakai baju sejuk memanaskan badan sebelum masuk ke kelas, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110148#sthash.aTkTYYXN.dpuf

Menteri Indonesia mahu LGBT dihalang masuk universiti

Jakarta: Seorang menteri Indonesia mahu komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dihalang memasuki universiti di negara itu kerana bimbang ia boleh merosakkan moral pelajar.
“Ketinggian nilai dan moral perlu dipertahankan. Universiti adalah pelindung moral negara,” kata Menteri Teknologi, Kajian dan Pendidikan Tinggi Indonesia, Muhammad Nasir.
Katanya, komuniti LGBT boleh merosakkan moral negara dan universiti pula mampu mempertahankan nilai moral dan nilai nenek moyang masyarakat Indonesia.
Muhammad mengulas mengenai sebuah organisasi di Universiti Indonesia (UI) yang dikenali Kumpulan Sokongan dan Pusat Sumber untuk Kajian Seksualiti (SGRC) yang menawarkan kaunseling kepada pelajar LGBT.
Katanya, dia menghubungi reaktor UI dan diberitahu SGRC tidak mendapat kebenaran untuk ditubuhkan di universiti berkenaan.
Baru-baru ini, beberapa risalah yang diedarkan kumpulan LGBT mencetuskan bantahan pelajar yang menuduh pihak universiti membiarkan LGBT menular di kampus.
Situasi itu turut menerima kritikan dalam kerajaan dengan ahli Parlimen, Nasir Djamil menyatakan LGBT adalah ancaman serius kepada negara.
“Komuniti LGBT tidak harus dibenarkan berkembang atau diberi ruang menjalankan aktiviti.
“Lebih serius lagi anggota LGBT pergi ke universiti untuk menjalankan kajian saintifik dan membuat kumpulan perbincangan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 10:51 AM


ANGGOTA komuniti LGBT Indonesia memegang sepanduk yang menyatakan homoseksualiti bukan satu penyakit mental.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110420#sthash.jJ76eQ97.dpuf

Hakim sekeluarga mati disasar bom

Kaherah: Serangan udara pakatan diketuai Arab Saudi membunuh seorang hakim Yaman dan tujuh ahli keluarganya di ibu negara Sanaa kelmarin, dalam pada konvoi bantuan menghantar makanan ke kawasan yang dikepung buat pertama kali dalam beberapa bulan.
Serangan bom itu memusnahkan sebahagian kediaman Yahya Rubaid, hakim yang dilantik Houthi untuk menjalankan kes pendakwaan terhadap kumpulan militan seperti al-Qaeda dan juga mengetuai kes khianat terhadap Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi serta musuh Houthi yang lain.
“Yehia, anak lelakinya, tiga wanita dan tiga kanak-kanak maut dalam kejadian yang memusnahkan rumah dua tingkat itu,” kata anak saudaranya
Abed Rabbo yang diusir dari Sanaa tahun lalu oleh pemberontak Houthi, kembali memimpin kerajaan dari pelabuhan di selatan Aden, yang berjaya ditawan semula pakatan tentera diketuai Arab Saudi pada Julai lalu.
Sementara itu, semalam, Perdana Menteri Khaled Bahah dan barisan Kabinetnya turut pulang ke Aden beberapa bulan selepas pemimpin itu disasarkan pengebom berani mati yang memaksanya melarikan diri dari negara itu.
Pada masa sama, Program Makanan Sedunia PBB berkata, ia berjaya menghantar 12 trak sarat dengan makanan ke beberapa daerah paling teruk terjejas di Tai kelmarin, seterusnya menyediakan bantuan makanan mencukupi bagi 3,000 keluarga untuk sebulan.
Penghantaran itu sekali gus mengurangkan beban penduduk bandar berkenaan, salah satu zon perang paling teruk di negara itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 10:26 AM


ORANG ramai memeriksa rumah hakim berkenaan yang musnah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110143#sthash.bAaLurdh.dpuf

Sunday, 24 January 2016

Tahanan pilih untuk kekal di Guantanamo Bay

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 10:30 AM


SEORANG banduan Yaman yang sudah dibebaskan dari Guantanamo Bay selepas hampir 14 tahun dipenjara memilih untuk tinggal di penjara tentera itu buat masa ini.


WASHINGTON: Seorang banduan Yaman yang sudah dibebaskan dari Guantanamo Bay selepas hampir 14 tahun dipenjara memilih untuk tinggal di penjara tentera itu buat masa ini. Jurucakap Pentagon, Leftenan Komander Gary Ross, berkata Mohammad Ali Abdullah Bwazir yang dijadual berpindah pada Rabu, menukar fikiran di saat akhir. "Kami tidak boleh membincangkan butir keputusan tahanan itu untuk tidak menerima penempatan semula di negara ketiga. "Kami akan cuba sekali lagi untuk berunding dengan negara lain untuk menerima beliau," katanya. Pentagon tidak mendedahkan negara mana yang ditolak Bawazir. Berdasarkan laporan, Bawazir didakwa berjuang dengan Briged Arab ke-55 pimpinan Osama Bin Laden. Khamis lalu, Pentagon mengumumkan pemindahan dua lagi tahanan dari Guantanamo Bay, menjadikan baki terkini penghuni pusat tahan berkenaan seramai 91 orang. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117518

Thursday, 21 January 2016

20 terbunuh, 15 cedera

Sanaa: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pakatan yang diketuai Arab Saudi ke atas bangunan ibu pejabat polis Yaman di sini, semalam.
Pegawai yang setia kepada pemberontak Houthi berkata, lebih 30 orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan di tengah Sanaa itu.
Sehingga malam tadi, nasib mereka yang terperangkap itu tidak diketahui.
Kenderaan polis berada di luar bangunan itu musnah sementara rumah di kawasan sekitarnya rosak.
Menurut pegawai berkenaan, mereka yang terbunuh dan cedera adalah polis dan juga pemberontak Houthi.
Anggota Houthi dan tentera yang bersekutu dengannya mengepung kawasan berkenaan apabila jentera tiba untuk membantu mencari mayat dan mangsa yang tertimbus.
Bangunan berkenaan digunakan oleh polis yang setia kepada Houthi dan anggota kumpulan berkenaan untuk berkumpul sebelum mereka dikerah ke medan tempur.
Serangan itu dilancarkan awal pagi semalam. Wartawan dilarang mendekati kawasan itu, kata pegawai yang enggan namanya disiarkan.
Serangan udara yang diketuai Arab Saudi terhadap Houthi dan sekutu mereka mula dilancarkan 30 Mac lalu bagi membantu kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa.
Sementara itu, seorang wartawan Kenya yang membuat liputan mengenai peperangan di Sanaa terbunuh dalam satu serangan lain.
Almigdad Mohammed Ali terbunuh kelmarin di luar Sanaa.
Dia juga menyumbang berita untuk media Barat, termasuk Voice of America dan akhbar Britain, Daily Telegraph.
Peperangan di Yaman sejak Mac lalu meragut lebih 5,800 nyawa.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 9:22 AM


ANGGOTA polis Yaman mengusung mayat seorang rakan mereka yang terbunuh dalam serangan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108443#sthash.eOonJmq3.dpuf

Wednesday, 20 January 2016

Ibu Pejabat Polis Yaman Dibedil, 20 Maut


Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 12:32 PM
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat anggota polis yang tertimbus dalam runtuhan bangunan ibu pejabat polis Yaman di Sanaa.

SANAA: Anggota polis dan pemberontak Houthi dikenal pasti antara 20 mangsa yang terkorban dalam serangan yang dilancarkan pakatan yang diketuai Arab Saudi di bangunan ibu pejabat polis Yaman di sini.
Selain itu, lebih 30 lagi dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan di tengah bandar ini akibat serangan yang bermula awal pagi Isnin itu.
Menurut pegawai polis yang enggan dikenali itu, kejadian sama turut memusnahkan dan merosakkan kenderaan polis dan rumah di kawasan sekitarnya.
Bangunan berkenaan digunakan polis yang setia kepada Houthi dan anggota kumpulan berkenaan untuk berkumpul sebelum dikerah ke medan pertempuran.
Susulan kejadian itu, anggota Houthi dan tentera yang bersekutu dengannya mengepung kawasan itu, manakala pasukan khas pula tiba untuk membantu mencari mayat dan mangsa yang tertimbus.
Peperangan di Yaman sejak Mac lalu meragut lebih 5,800 nyawa.

Tuesday, 19 January 2016

20 terbunuh, 15 cedera

Sanaa: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pakatan yang diketuai Arab Saudi ke atas bangunan ibu pejabat polis Yaman di sini, semalam.
Pegawai yang setia kepada pemberontak Houthi berkata, lebih 30 orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan di tengah Sanaa itu.
Sehingga malam tadi, nasib mereka yang terperangkap itu tidak diketahui.
Kenderaan polis berada di luar bangunan itu musnah sementara rumah di kawasan sekitarnya rosak.
Menurut pegawai berkenaan, mereka yang terbunuh dan cedera adalah polis dan juga pemberontak Houthi.
Anggota Houthi dan tentera yang bersekutu dengannya mengepung kawasan berkenaan apabila jentera tiba untuk membantu mencari mayat dan mangsa yang tertimbus.
Bangunan berkenaan digunakan oleh polis yang setia kepada Houthi dan anggota kumpulan berkenaan untuk berkumpul sebelum mereka dikerah ke medan tempur.
Serangan itu dilancarkan awal pagi semalam. Wartawan dilarang mendekati kawasan itu, kata pegawai yang enggan namanya disiarkan.
Serangan udara yang diketuai Arab Saudi terhadap Houthi dan sekutu mereka mula dilancarkan 30 Mac lalu bagi membantu kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa.
Sementara itu, seorang wartawan Kenya yang membuat liputan mengenai peperangan di Sanaa terbunuh dalam satu serangan lain.
Almigdad Mohammed Ali terbunuh kelmarin di luar Sanaa.
Dia juga menyumbang berita untuk media Barat, termasuk Voice of America dan akhbar Britain, Daily Telegraph.
Peperangan di Yaman sejak Mac lalu meragut lebih 5,800 nyawa.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 9:22 AM


ANGGOTA polis Yaman mengusung mayat seorang rakan mereka yang terbunuh dalam serangan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108443#sthash.r006rSKm.dpuf

Wednesday, 13 January 2016

Rundingan tertangguh

Geneva: Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, rundingan damai Yaman yang dijangka disambung semula minggu ini ditunda ekoran tercetusnya pertempuran baru dan serangan udara oleh tentera pakatan Arab.
Ahmad Fawzi memberitahu wartawan, wakil Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed mahu rundingan disambung semula di rantau itu, tetapi usahanya tertangguh kerana tiada persetujuan mengenai lokasi perjumpaan.
Pusingan pertama rundingan damai diadakan di Switzerland bulan lalu.
Kata Ahmad, tarikh 14 Januari yang dicadangkan untuk rundingan berkenaan disambung semula sukar dicapai dan Ismail kini mencari tarikh baru selepas 20 Januari ini.
Konflik di Yaman tercetus selepas kumpulan pemberontak Houthi menawan sebahagian besar negara itu.
Perang di negara itu semakin buruk selepas tentera pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara untuk menyokong kerajaan Yaman sejak 30 Mac tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 10:21 AM


GAMBAR pejuang kabilah yang setia kepada kerajaan Yaman dan beberapa kanak-kanak dirakam di Kampung Al-Khurais di daerah Nihm, timur Sanaa, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106927#sthash.qOrx48ax.dpuf

Tuesday, 12 January 2016

5 maut hospital MSF di Yaman dibedil

ISNIN, 11 JANUARI 2016 @ 10:08 AM

SANAA: Sekurang-kurangnya lima maut dan 10 cedera dalam serangan peluru berpandu ke atas kemudahan perubatan Doctors Without Borders (MSF) di Yaman. Pertubuhan berkenaan mengutuk keras kejadian itu. MSF mengesahkan lima terbunuh dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital lain di Sanaa, sebahagian daripada mereka dalam keadaan kritikal. "Hospital ini tidak berfungsi lagi. Ia mengurangkan perkhidmatan kepada penduduk awam sejak beberapa bulan lalu, cuma memberi rawatan menyelamatkan nyawa dan perkhidmatan penting lain. "Kini, hospital ini tidak mampu lagi menyediakan bantuan perubatan," kata pengarah operasi MSF, Raquel Ayora. Bangunan berkenaan, yang dibedil semalam, terletak di Razeh di utara negara itu. Dalam kenyataan di Twitter, MSF berkata mereka mengutuk keras serangan itu dan mengulangi kenyataan kepada semua pihak yang terbabit dalam konflik supaya menghormati pesakit dan kemudahan perubatan. - Agensi


KEADAAN bangunan kemudahan perubatan Doctors Without Borders (MSF) dan kenderaan yang musnah dibedil peluru berpandu, di Sannaa, Yaman. - Foto AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113122

Al-Qaeda ikrar balas dendam terhadap Saudi

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 1:33 PM

RIYADH: Al-Qaeda berikrar akan membalas dendam terhadap Arab Saudi berikutan pelaksanaan hukuman mati ke atas berpuluh anggota kumpulan militan itu dan berjanji untuk 'berurusan' dengan negara berkenaan. Cabang al-Qaeda di Yaman dan sekutunya di Afrika Utara menyifatkan hukuman mati beramai-ramai itu, yang dilaksana Arab Saudi pada 2 Januari lalu sebagai tindakan bodoh. Ia menambah, Riyadh tidak menghiraukan amaran terdahulu pergerakan itu dan berikrar 'membalas dendam' atas 'darah saudara mereka'. Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) dan al-Qaeda di Maghreb berkata, hukuman itu sebagai 'hadiah' Tahun Baharu kepada 'tentera salib', merujuk kepada sekutu Barat Arab Saudi dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial. Kumpulan militan itu juga menuduh kerajaan 'zalim' dan 'menentang jihad', menambah Arab Saudi sepatutnya takut pada hari saudara mereka yang dihukum bunuh 'meraikan' pembalasan dendam terhadap pemerintah negara itu. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113567

Klinik MSF jadi sasaran bom

12 JANUARI 2016
Klinik MSF jadi sasaran bom

Serangan ketiga dalam tempoh empat bulan di Yaman itu sekali lagi menyasarkan klinik MSF.


DUBAI - Sekurang-kurangnya empat terkorban dalam insiden serangan terbaharu yang sekali lagi menyasarkan klinik Doctors Without Borders (MSF) di daerah Razeh di wilayah Saada.
Serangan ketiga dalam tempoh empat bulan di Yaman itu turut menerima kritikan banyak pihak.
Mengikut laporan AFP, jurucakap MSF tidak dapat mengesahkan sama ada kemudahan perubatan tersebut menjadi sasaran serangan udara gabungan Arab atau bedilan roket.
"Tiga kakitangan MSF adalah antara 10 mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Dua daripada mereka kini berada dalam keadaan kritikal
"Jumlah kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut," katanya lagi.
Menurutnya, kesemua kakitangan dan pesakit telah dipindahkan ke hospital lain di Saada sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku serangan susulan.
Dalam satu kenyataan lain, Pengarah Operasi MSF, Raquel Ayora mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan pihak tidak bertanggungjawab itu.
"Mereka tidak patut membedil sewenang-wenangnya dan perlu lebih peka dengan fungsi pusat kemudahan kesihatan ini. Orang awam sekali lagi menjadi mangsa peperangan ini," jelasnya.

Nafi guna bom berangkai

Riyadh: Pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi menyangkal tuduhan ia menggunakan bom berangkai dalam serangan ke atas Yaman.
Penafian itu dibuat selepas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon mengingatkan penggunaan senjata itu adalah satu jenayah perang.
Jurucakap pakatan itu Brigadier Jeneral Ahmed al-Assiri memberitahu AFP, pihaknya tidak menggunakan bom berangkai dalam serangan di Sanaa, ibu negara Yaman.
Dia mengulas laporan Human Rights Watch (HRW), kumpulan hak asasi manusia yang berpejabat di Amerika Syarikat.
HRW dalam laporannya memetik kenyataan penduduk Sanaa mengenai kesan serangan 6 Januari lalu yang menurutnya mempunyai persamaan dengan bom berangkai.
Ahmed berkata, pakatan itu sebelum ini mengaku menggunakan bom berangkai CBU-105 dalam serangan yang menyasarkan kenderaan pemberontak Houthi.
“Kini, mereka tidak mempunyai kenderaan dan kami tidak menggunakannya lagi,” katanya.
Dia juga menyifatkan laporan HRW sebagai lemah.
“Mereka tidak mengemukakan sebarang bukti,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan operasi mengebom Sanaa menyasarkan pelancar misil Scud.
“Anda tidak boleh menggunakan bom berangkai untuk mengebom pelancar Scud,” kata jurucakap itu.
Arab Saudi mengetuai pakatan Arab dalam melakukan serangan terhadap pemberontak Houthi sejak Mac lalu selepas kumpulan yang disokong Iran itu menawan kawasan daripada kerajaan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 6:56 AM


Seorang penduduk Yaman memeriksa kenderaan yang musnah akibat serangan udara yang diketuai Arab Saudi di Sanaa, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106289#sthash.7XIwaaq7.dpuf

Friday, 8 January 2016

Iran dakwa Arab Saudi bom kedutaannya di Yemen


BEBERAPA jentera bomba dikerahkan untuk memadamkan api di bangunan kedutaan Iran di Yemen semalam.


TEHERAN – Beberapa pesawat pejuang milik Arab Saudi sengaja mengebom Kedutaan Iran di Yemen dalam satu serangan udara yang menyebabkan sebilangan kakitangan di kedutaan itu cedera, kata Teheran semalam.
“Perbuatan ini yang disengajakan oleh Arab Saudi melanggar semua undang-undang antarabangsa yang melindungi misi diplomatik.
“Kerajaan Arab Saudi bertanggungjawab ke atas kerosakan dan kecederaan yang dialami kakitangan kedutaan kami. Iran berhak untuk melindungi kepentingannya dalam perkara ini,” kata jurucakap kementerian luar, Jaber Ansari menurut laporan stesen televisyen Iran.
Iran yang mengikuti ajaran Syiah bertelagah dengan Arab Saudi yang berfahaman Sunnah berhubung isu serantau di Asia Barat.
Namun, ketegangan antara dua negara itu memuncak pada hujung minggu lalu susulan pelaksanaan hukuman mati oleh Riyadh terhadap ulama Syiah berpengaruh, Nimr Al-Nimr dan 46 individu lain.
Kematian Nimr mencetuskan demonstrasi di banyak negara termasuk Iran. Sekumpulan penunjuk perasaan menyerbu dan membakar Kedutaan Arab Saudi di Teheran.
Tindakan itu mendorong Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dengan langkah serupa dilakukan oleh sekutunya termasuk Bahrain dan Sudan.
Emiriyiah Arab Bersatu pula mengurangkan hubungannya dengan Iran, manakala Kuwait dan Qatar memanggil pulang duta masing-masing di Teheran.
Satu pakatan diketuai Arab Saudi melancarkan perang udara terhadap kumpulan pemberontak Syiah Houthi di Yemen sejak Mac lalu.
Dalam pada itu, Iran mengharamkan semua produk dari Arab Saudi semalam, manakala larangan rakyat Iran mengerjakan umrah di kota suci Mekah masih berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.
“Kabinet Iran mengharamkan kemasukan semua produk milik Arab Saudi dan dari Arab Saudi,” kata kerajaan dalam satu kenyataan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3wbAmUnVS 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 6 January 2016

81 maut di Yaman walaupun gencatan senjata

SELASA, 5 JANUARI 2016 @ 11:25 PM


SEKURANG-KURANGNYA 81 orang awam terbunuh di Yaman bulan lalu. - Foto AP


GENEVA: Sekurang-kurangnya 81 orang awam terbunuh di Yaman bulan lalu, sebahagian besarnya akibat serangan udara diketuai Arab Saudi, walaupun adanya gencatan senjata singkat yang berulang kali dicabuli, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini. "Sepanjang bulan Disember, sekurang-kurangnya 62 orang awam dilaporkan terkorban akibat serangan udara oleh tentera bersekutu," kata jurucakap kepada agensi hak asasi manusia PBB, Rupert Colville kepada wartawan. Berdasarkan angka itu, Colville berkata ia lebih sekali ganda berbanding 29 orang awam yang dilaporkan terbunuh dalam serangan pada bulan sebelumnya. Katanya, bagaimanapun, angka korban orang awam akibat serangan pemberontak Houthi dan sekutu mereka berkurangan dua pertiga kepada sekurang-kurangnya 11 orang berbanding 32 orang pada bulan sebelumnya. Namun, katanya, baki lapan kematian orang awam bulan lalu masih tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana pihak. Peningkatan dramatik dalam angka orang awam terkorban dalam serangan udara berlaku walaupun satu gencatan senjata diisytiharkan 15 Disember lalu dan pada masa sama rundingan damai yang disokong PBB antara pihak bermusuhan bermula di Switzerland. - AFP   DISYORKAN Penahanan 'Sultan Melaka' hanya spekulasi - Polis Hala tuju perlombongan bauksit di Pahang diumum esok Kuwait panggil pulang duta di Iran Bersalin selepas tiga hari disahkan mengandung DARI SELURUH LAMAN WEB Four Students Reveal their Secret for Making Millions Biznews24/7 How These Women Stick To Their 2016 Resolutions GlamAsia Top 3 Billionaires Infowat 50 sen Nasi Lemak at Warong Kaklong, Cheras - HungryGoWhere Malaysia HungryGoWhere Recommended by Cari

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111411

Tuesday, 5 January 2016

Aden di bawah perintah berkurung

Aden: Kerajaan Yaman semalam menguatkuasakan perintah berkurung dari jam 8 malam hingga 5 pagi di Aden selepas serangan sepanjang malam oleh kumpulan militan ke atas tentera kerajaan di bandar itu.
Lapan anggota tentera, termasuk seorang pegawai berpangkat kolonel dan empat militan yang tidak dikenal pasti terbunuh dalam pertempuran yang meletus.
Sehingga semalam, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
Kerajaan Yaman berusaha memperkukuh kedudukannya selepas merampas semula Aden daripada pemberontak Houthi Syiah, Julai lalu.
Ketegangan semakin memuncak di negara itu selepas puak Houthi yang mendapat sokongan Iran turut mengkritik keputusan Arab Saudi memancung seorang ulama Syiah, Sabtu lalu.
Kata jurucakap pihak berkuasa tempatan, Nizar Anwar, keadaan di Aden dan kawasan sekitarnya kini stabil dan pelaksanaan perintah berkurung dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga.
Arab Saudi mengetuai pakatan Arab dalam kempen ketenteraan sejak Mac tahun lalu untuk menghalang Houthi menguasai Yaman selepas mereka menawan ibu negaranya, Sanaa pada 2014.
Pakatan itu Sabtu lalu mengumumkan penamatan gencatan senjata yang dilaksanakan pada 15 Disember lalu, tetapi sering dicabul kedua-dua pihak.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 8:22 AM


SEORANG lelaki berjalan berhampiran stesen minyak yang musnah dalam serangan udara Arab Saudi di Sanaa, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104947#sthash.DIEQjbnY.dpuf

Saudi-Iran putus hubungan diplomatik

Penduduk Iran mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Arab

Penduduk Iran mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Arab Saudi di Teheran bagi membantah tindakan Arab Saudi menjatuhkan hukuman pancung ke atas seorang ulama terkenal Syiah, kelmarin. AFP
RIYADH 4 Jan. - Arab Saudi, hari ini bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran selepas penduduk Iran menyerang Kedutaan Arab Saudi di Teheran dalam demonstrasi bantahan terhadap tindakan Arab Saudi menjatuhi hukuman pancung ke atas seorang ulama terkenal Syiah, semalam.
Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di sini dan mengarahkan diplomat Iran meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.
“Sejarah Iran penuh dengan campur tangan negatif dan permusuhan dalam isu Arab dan sering diiringi kemusnahan,’’ katanya dan menuduh Teheran cuba menggugat kestabilan rantau ini.
Teheran dalam reaksi balas menyatakan bahawa Arab Saudi sengaja menjadikan serangan itu sebagai alasan untuk mencetuskan ketegangan.
Kementerian Luar Iran berkata, Riyadh tidak boleh mengalih perhatian terhadap ‘kesilapan besar’ mengenakan hukuman pancung ke atas ulama itu, Sheikh Nimr al-Nimr.
Iran turut menuduh Riyadh cuba meningkatkan ketegangan serantau.
“Dengan tindakan memutuskan hubungan diplomatik, Arab Saudi meneruskan polisi meningkatkan ketegangan dan pertembungan di rantau ini,’’ kata Jurucakap kementerian itu, Hossein Jaber Ansari.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, Riyadh akan menerima ‘balasan cepat’ kerana mengenakan hukuman mati ke atas Nimr ketika Washington menggesa pemimpin-pemimpin rantau berkenaan supaya mengurangkan ketegangan antara puak Sunnah dan Syiah.
Penduduk Iran, semalam bertindak menyerang Kedutaan Arab Saudi di Teheran dan konsulat negara ini di bandar Mashhad ketika mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah pelaksanaan hukuman pancung ke atas Nimr.
Sementara itu, Bahrain dan Sudan mengikuti jejak Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Teheran dan menggesa diplomat Iran supaya meninggalkan negara mereka dalam tempoh 48 jam.
Portal al-Jazeera melaporkan, Menteri Hal Hubungan Media Bahrain, Isa al-Hamadi membuat pengumuman tersebut, hari ini ketika ketegangan antara Arab Saudi dan Iran meningkat selepas serangan kumpulan perusuh ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Sudan berkata, kerajaan negara itu turut memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Iran serta-merta.
“Keputusan itu dibuat ekoran serangan teruk ke atas Kedutaan Arab Saudi di Teheran dan konsulat negara itu di Mashhad yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa,’’ kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) turut menurunkan status hubungan negara itu dengan Iran. – AFP/Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/saudi-iran-putus-hubungan-diplomatik-1.176504#sthash.yrkRv5Dr.dpuf

Monday, 4 January 2016

Gencatan senjata Yaman berakhir

SANAA (Yaman): Gencatan senjata antara pemberontak Syiah dan tentera pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi berakhir secara rasmi semalam, lapor agensi berita Arab Saudi.
Secara teknikal, gencatan senjata itu bermula 15 Disember lalu, serentak dengan rundingan damai yang berlangsung di Switzerland.
Bagaimanapun, gencatan senjata itu tidak dihormati seperti yang dirancang dengan kedua-dua pihak tidak mengendahkannya. Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada 20 Disember, berlaku beberapa ‘pencabulan’ termasuk berbalas tembakan sejak ia dimulakan.
Menurut PBB, peperangan di Yaman meragut sekurang-kurangnya 5,884 nyawa sejak Mac apabila pertempuran meningkat selepas pakatan Arab yang diketuai Saudi mula melancarkan serangan udara dengan menyasarkan pemberontak Houthi.
Di Taiz, bandar ketiga terbesar di Yaman, pegawai keselamatan bebas berkata, 14 orang awam termasuk empat kanak-kanak terbunuh sejak Jumaat apabila bandar itu dibedil pemberontak.
Kumpulan berkenaan dilapor membedil bandar berkenaan secara rambang dan menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan sejak beberapa bulan lalu, lapor penduduk dan kumpulan bantuan.
Sementara itu, 11 pejuang antipemberontak terbunuh di barat dan selatan wilayah Taiz, sejak Jumaat lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, pegawai berkata, lebih 22 pemberontak Houthi dan sekutu mereka terbunuh dalam serangan udara oleh tentera pakatan Arab pada Jumaat hingga Sabtu di wilayah Marib dan Jwaf. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 8:38 AM




ANGGOTA Bulan Sabit Merah Yaman memeriksa mayat yang dipercayai pemberontak Houthi selepas pertempuran di Sanaa, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104682#sthash.jQnnnshH.dpuf

Gencatan senjata Yaman tamat

4 JANUARI 2016
Gencatan senjata Yaman tamat

Beberapa lelaki memeriksa kerosakan di sebuah kilang Coca-Cola selepas ia dilaporkan musnah akibat serangan udara gabungan Arab di Sanaa, 30 Disember lalu. - Foto AFP
RIYADH - ARAB SAUDI. Gabungan pimpinan Arab yang menentang kumpulan militan disokong Iran di Yaman mengumumkan gencatan senjata telah tamat setelah ia dicabuli setiap hari sejak diisytiharkan berkuat kuasa bulan lalu.
Perikatan dalam satu kenyataan berkata, kepimpinan gabungan mengumumkan gencatan senjata berakhir di Yaman bermula dari pukul 2 petang (waktu tempatan) kelmarin.
Gencatan senjata yang diumumkan 15 Disember lalu tamat berikutan serangan berterusan militan ke atas wilayah Arab dengan menembak peluru berpandu balistik ke arah bandar Saudi dan menyasarkan kedudukan sempadan serta menghalang operasi bantuan.
"Semua ini menunjukkan bahawa kumpulan militan dan sekutunya tidak serius dan mereka juga tidak peduli tentang kehidupan orang awam.," menurut kenyataan itu.
Difahamkan, kenyataan berkenaan dibuat selepas gabungan mengumumkan bahawa pasukan pertahanan udara Arab telah memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Yaman ke arah Abha pada Jumaat lalu. - Arab News

Gabenor Aden terbunuh serangan bom kereta

 AHAD, 6 DISEMBER 2015 @ 5:03 PM

 Jaafar Saad
ADEN, Yaman: Gabenor wilayah Aden dilaporkan terbunuh hari ini dalam siri serangan bom kereta yang mensasarkan kawasan perumahan, menurut seorang pegawai tempatan dan saksi. Serangan itu menyebabkan Jaafar Saad serta beberapa pengawal peribadinya maut dalam kejadian di daerah Tawahi. Wilayah Tawahi kini menjadi antara kubu kuat kumpulan militan termasuk Al-Qaeda. Saad baru-baru ini dilantik sebagai gabenor dan dikenali sebagai seorang yang rapat dengan Presiden, Abedrabbo Mansour Hadi, kembali ke Aden bulan lalu selepas beberapa bulan dalam buangan di Riyadh. Tentera pro-Hadi, disokong oleh gabungan tentera pimpinan Arab telah melancarkan serangan terhadap kumpulan pemberontak yang mendapat sokongan Iran di Yaman sejak Mac. Pemberontak berjaya menakluki Wilayah Sanaa dan mara ke bahagian selatan, memaksa kerajaan Hadi melarikan diri. Kematian Saad hadir sehari selepas utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan perbincangan dengan Hadi di Aden yang antara lain membincangkan mengenai rundingan damai antara dua pihak yang bertelagah. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/102670

Gencatan senjata 
di Yemen berakhir

Soldiers loyal to Yemen's government search for landmines left

ANGGOTA tentera yang setia dengan kerajaan Yemen mengesan periuk api yang ditinggalkan pemberontak Houthi di bandar Mas selepas tentera kerajaan berjaya menawan bandar itu di wilayah Marib, tengah Yemen pada 26 Disember lalu. – REUTERS
RIYADH 3 Jan. – Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi dalam kempen memerangi kumpulan pemberontak Houthi di Yemen, meng­umumkan penamatan gencatan senjata antara kedua-dua pihak berkuatkuasa semalam.
Pengumuman itu dibuat oleh tentera bersekutu menerusi satu kenyataan, susulan pencabulan perjanjian yang berlaku hampir setiap hari sejak gencatan senjata dikuatkuasakan pada bulan lalu.
“Kepemimpinan tentera bersekutu menamatkan gencatan senjata dengan kumpulan pemberontak di Yemen berkuatkuasa pada pukul 2 petang waktu tempatan,” kata kenyataan itu.
Gencatan senjata tersebut dikuatkuasakan pada 15 Disember lalu tetapi pemberontak Houthi secara berterusan menyerang wilayah Arab Saudi menggunakan peluru berpandu balistik de­ngan menjadikan pos keselamatan sempadan sebagai sasaran.
Puak pemberontak turut mem­­bedil kawasan penempatan, selain membunuh dan menahan penduduk awam di kawasan yang dikuasai pemberontak.
“Perkembangan semasa ini menunjukkan kumpulan pembe­rontak tidak serius dan tidak mempedulikan nyawa orang awam, selain mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata itu,” tambah kenyataan itu.
Pemberontak Houthi dan sekutunya meningkatkan serangan di sempadan Arab Saudi sejak beberapa hari lalu, sekali gus me­ngundang tentera bersekutu untuk bertindak balas.
Kerajaan Arab Saudi me­laporkan, pertahanan udara berjaya memintas serangan peluru berpandu pemberontak Houthi yang dilancarkan dari Yemen ke arah bandar Abha, kelmarin dan pihaknya berjaya mengesan kedudukan pelancar itu, sebelum memusnahkannya.
Lebih 80 orang, kebanyakannya askar dan pengawal sempadan terbunuh dalam serangan meriam dan pertempuran di sempadan Arab Saudi sejak Riyadh mengetuai kempen mengebom kedudukan pemberontak Houthi di Yemen. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gencatan-senjata-8232-di-yemen-berakhir-1.176025#sthash.vZiP6rjq.dpuf