KHAMIS, 31 DISEMBER 2015 @ 4:10 PM
ADEN: Beberapa lelaki bersenjata menembak dan membunuh seorang pemimpin kanan militia Yaman dan empat lagi yang menyertai konvoi beliau, di selatan bandar Aden, lapor sumber militia hari ini. Penyerang yang menaiki kereta dan motosikal itu menembak kenderaan pengiring Ahmed Al- Idrisi, komander kumpulan militan prokerajaan ketika melalui jalan utama di daerah Mansoura, semalam. Serangan berlaku beberapa hari selepas pembunuhan hakim terkemuka Aden, Jalal Abdullah di laluan sama dan pengeboman sebuah markas parti di ibu negara sementara kerajaan Yaman yang huru-hara itu. Militia Idrisi adalah sekutu utama gabungan negara Arab teluk, yang sering menyasarkan pangkalan pergerakan Houthi, sekutu Iran di ibu negara Sanaa di Utara Yaman. Arab Saudi dan sekutunya percaya, Houthi adalah proksi kepada musuh tradisi mereka, Iran, dakwaan yang dinafikan Republik Islam itu dan Houthi. - REUTERS
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/109890
![]() |
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/109890
No comments:
Post a Comment