Wednesday, 26 August 2015

40 maut dalam 24 jam

Aden: Sekurang-kurangnya 40 maut dalam serangan udara selama 24 jam di wilayah Baida.
Pertempuran dan serangan udara di Mukayris - bandar yang sering dijadikan laluan ke wilayah selatan yang baru ditawan semula pejuang prokerajaan - mengakibatkan kematian 19 pemberontak, 15 pejuang prokerajaan dan enam orang awam.
Serangan tentera diketuai Arab Saudi di Baida berterusan sehingga semalam.
Pertempuran turut berlaku di tempat lain apabila serangan udara menyasarkan pemberontak Houthi di wilayah Marib yang kaya dengan minyak di timur Yaman.
Saksi berkata, seorang ketua tentera Houthi antara pemberontak yang terbunuh di sebuah kubu mereka di Marib.
Selain itu, pertempuran antara Houthi dan puak tempatan di sempadan Sanaa dengan Marib mengakibatkan 13 maut. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 7:42 AM


SEORANG lelaki duduk di depan bangunan yang rosak dibedil pemberontak Houthi di Taiz.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72975#sthash.ZHWJf5PI.dpuf

Monday, 24 August 2015

Lagi pengawal Saudi terbunuh dalam serangan Houthi


Riyadh: Seorang pengawal sempadan Arab Saudi terbunuh dalam serangan roket pemberontak Houthi yang menyerang dari utara Yaman.

Agensi berita rasmi Saudi (SPA) melaporkan semalam, pos sempadan di wilayah Jazan diserang lewat kelmarin, menyebabkan pengawal melancarkan serangan balas.

“Seorang pengawal terbunuh dalam kejadian itu,” lapor agensi berkenaan.

Lebih 50 rakyat Saudi terbunuh di sepanjang sempadan negara itu sejak Riyadh mengetuai pakatan Arab untuk melancarkan serangan udara terhadap kedudukan Houthi di Yaman pada 26 Mac lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 7:13 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72524#sthash.XyajHvgu.dpuf

Presiden Yaman cadang gencatan senjata

Riyadh: Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi mencadangkan gencatan senjata selama 15 hari bagi membolehkan pemberontak berundur dari semua bandar, bangunan kerajaan dan kemudahan tentera yang ditawan mereka.
Cadangan Abed Rabbo diberikan kepada wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed di Arab Saudi, Khamis lalu.
Ismail Ould dijadualkan ke Oman kelmarin untuk berjumpa wakil pemberontak Houthi bagi membincangkan cadangan berkenaan.
Kerajaan Yaman melahirkan sokongan terhadap gencatan senjata sebelum ini tetapi ini adalah gencatan senjata secara rasmi yang pertama dicadangkan Abed Rabbo.
Cadangan itu menggesa pemberontak Houthi dan askar yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh segera melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mahu keganasan ditamatkan dan kembali ke meja rundingan.
Ketika ini askar kerajaan yang dibantu serangan udara pakatan Arab berjaya menawan kembali beberapa lokasi strategik daripada pemberontak termasuk bandar Aden.
Tentera kerajaan yang dibantu pejuang tempatan kini mara menuju ke ibu kota Yaman, Sanaa.
Sementara itu, kumpulan bantuan antarabangsa, Doctors Without Borders kelmarin merayu kedua-dua pihak bertelagah menghentikan serangan terhadap sasaran awam.
Gesaan itu dibuat sehari selepas satu serangan udara di Taiz menyebabkan 65 orang terbunuh manakala 23 lagi cedera.
“Pasukan bantuan kami gagal sampai ke hospital di Taiz kerana pertempuran sengit masih berlaku,” kata kumpulan itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2015 @ 5:03 AM


SEORANG lelaki berjalan di satu sisa runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan udara di Taiz.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72412#sthash.QjxUZEMC.dpuf

50 mayat ditemukan di bawah runtuhan

ATTENTION EDITORS - VISUAL COVERAGE OF SCENES OF INJURY OR DEATHA

Pasukan penyelamat mengeluarkan seorang kanak-kanak perempuan yang terselamat daripada runtuhan selepas serangan udara tentera Syria di Douma, berhampiran Damsyik, kelmarin. – REUTERS
AMMAN 23 Ogos – Sekurang-kurangnya 50 mayat ditemukan di bawah runtuhan bangunan akibat terkena bedilan peluru berpandu yang dilancarkan tentera Syria ke atas kawasan kediaman di sebuah kawasan yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan, di timur laut Damsyik, semalam.
Pasukan penyelamat berkata, kesemua mayat dipercayai berada di bawah runtuhan bangunan yang menjadi kediaman bagi berpuluh-puluh keluarga di bandar Douma, kira-kira 15 kilometer ke timur laut Damsyik, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan, dengan kebanyakan mereka berada dalam keadaan kritikal.
Pasukan penyelamat berkata, sebanyak 20 mayat telah dikenal pasti, dan jumlah korban dijangka bertambah ketika pekerja-pekerja pertahanan awam meningkatkan operasi pencarian di bawah runtuhan bangunan empat tingkat itu.
“Terdapat beberapa keluarga lagi terperangkap di bawah runtuhan itu. Kami tidak dapat menemukan mereka kerana proses untuk mengeluarkan runtuhan perlu dilakukan dengan berhati-hati,” kata seorang pegawai pertahanan awam, yang hanya dikenali sebagai Majd.
Ahad lalu, satu serangan udara mengenai sebuah pasar yang sibuk mengakibatkan 100 orang maut.
Serangan di Douma itu adalah satu daripada serangan paling tragis dalam krisis di Syria selama empat tahun yang setakat ini telah mengorbankan kira-kira 250,000 penduduk dan menyebabkan hampir 10 juta penduduk menjadi pelarian.
Sebuah suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu (PBB) yang ditubuhkan untuk menyiasat perang saudara di Syria, sebelum ini menuduh kerajaan menembak secara sembarangan termasuk menggunakan bom berisi bahan peledak yang dilemparkan di kawasan sesak.
Tentera Syria, bagaimanapun menafikan menyasarkan kawasan orang awam dan berkata, serangan itu disasarkan ke tempat persembunyian kumpulan penentang kerajaan. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/50-mayat-ditemukan-di-bawah-runtuhan-1.127824#sthash.lIX1JgDw.dpuf

Thursday, 20 August 2015

4 maut serangan bom di pejabat gabenor Aden

KHAMIS, 20 OGOS 2015 @ 5:52 PM

 SEKURANG-KURANGNYA empat orang terbunuh dan 10 orang tercedera dalam serangan bom ke atas pejabat sementara gabenor di Aden.. - Foto AFP

 ADEN, Yaman: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 10 orang tercedera dalam serangan bom ke atas pejabat sementara gabenor di Aden. Sumber berkata, Gabenor Nayef al-Bakri bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam serangan itu. Ia adalah serangan yang pertama seumpamanya di Aden sejak tentera pro-kerajaan menawan semula bandar itu daripada pemberontak Syiah-Iran pada pertengahan Julai lalu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/76102

Hampir 400 budak terkorban di Yaman


20 OGOS 2015

Hampir 400 budak terkorban di Yaman

Hampir 400  terkorban di Yaman Hampir 10 juta budak di Yaman kini memerlukan bantuan kemanusiaan segera daripada masyarakat antarabangsa.

SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya 398 budak terbunuh manakala kira-kira 605 lagi cedera sejak konflik tercetus di Yaman, menurut laporan terbaharu Tabung Kanak-Kanak PBB, semalam.

Laporan 'Yaman: Kanak-kanak berada di bawah Ancaman' tersebut mendedahkan hampir tiga budak maut pada setiap hari selepas situasi negara itu semakin tegang pada 25 Mac lalu.

Wakil Unicef, Julien Harneis memberitahu Sanaa juga digambarkan sebagai tempat paling menakutkan di dunia bagi kanak-kanak dan konflik tersebut telah menjadi tragedi menyayat hati bagi golongan tersebut.

Difahamkan, sebanyak 95 sekolah juga telah musnah manakala 305 lagi separa musnah akibat dibedil atau menjadi sasaran serangan udara gabungan negara Arab. - Press TV

Tuesday, 18 August 2015

Dua pengawal sempadan Saudi maut


Riyadh: Dua lagi pengawal sempadan Saudi terbunuh dalam serangan terbaru pemberontak Houthi dari Yaman.

Agensi berita rasmi Saudi (SPA) melaporkan, kejadian berlaku di daerah Jazan.

Arab Saudi mengetuai serangan udara pakatan Arab terhadap pemberontak Houthi dan sekutu mereka di Yaman sejak 26 Mac lalu.

Di Sanaa, laman web Sabanews.net yang propemberontak melaporkan, kumpulan Houthi menyerang kedudukan pengawal sempadan Saudi Ahad lalu di Aseer dan Jazan, memusnahkan kenderaan tentera dengan serangan roket
Katyusha di samping membunuh beberapa anggota keselamatan Saudi.

Kejadian kelmarin meningkatkan jumlah kematian dalam kalangan rakyat Saudi di sempadan dengan Yaman kepada 51 sejak 26 Mac lalu.

Kebanyakan yang terbunuh ialah tentera.

Di Yaman, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, peperangan itu meragut lebih 4,300 nyawa, separuh daripada mereka orang awam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 10:10 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71180#sthash.Q9nzFP7t.dpuf

Militia prokerajaan mara di Taiz



Sanaa: Kumpulan militia yang setia kepada kerajaan dalam buangan Yaman mara lebih jauh di Taiz, bandar raya ketiga terbesar negara itu, semalam.

Pejuang kabilah yang mengetuai tentangan terhadap pemberontak Houthi dan unit tentera Yaman yang bersekutu dengannya berjaya menawan kubu atas puncak sebuah gunung dan markas perisikan dalam pertempuran semalam.

Pertempuran yang turut membabitkan kereta kebal dan serangan udara yang dilancarkan pakatan Arab terhadap Taiz berlarutan sejak April lalu, menyebabkan sebahagian besar bandar raya itu musnah.

Sementara itu, penduduk di Sanaa melaporkan, bandar itu semalam diserang buat kali pertama selepas serangan terhenti sejak sebulan lalu.

Serangan yang dilancarkan pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi itu menyasarkan sebuah pangkalan tentera dan depoh senjata yang dikuasai pemberontak. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 1:05 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70967#sthash.pWaQBocD.dpuf

Sunday, 9 August 2015

17 terbunuh terpijak periuk api


Pesawat awam pertama  yang membawa pulang penduduk Yemen yang

PESAWAT awam pertama yang membawa pulang penduduk Yemen yang menyelamatkan diri dari konflik di negara itu, mendarat di Aden dari Djibouti, tiga hari lalu. AFP
ADEN 8 Ogos – Sebanyak 17 orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh orang lagi cedera apabila terpijak periuk api yang ditanam kumpulan pemberontak Houthi sebelum berundur dari wilayah Lahj, selatan Yemen.
Menurut sumber tentera, insiden itu berlaku semalam ketika kebanyakan orang awam pulang ke rumah termasuk di wilayah Huta.
Pemberontak yang disokong oleh Iran itu berundur selepas tentera Yemen yang setia kepada Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi merampas kembali sebahagian besar selatan negara ini daripada kawalan Houthi selepas pertempuran sengit beberapa hari lepas.
Penawanan semula Pangkalan Udara al-Anad itu merupakan perkembangan baharu buat penyokong Abdrabbuh selepas berjaya mengusir Houthi daripada bandar Aden pada bulan lalu.
Sementara itu, sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan nasional telah mendarat di Aden dari Djibouti dengan membawa 180 warga Yemen pulang ke kampung halaman masing-masing.
Menurut Pengarah Lapangan Terbang, Tareq Abdu, selain itu, sebuah pesawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang tiba kelmarin turut membawa peralatan navigasi untuk memulihkan lapangan terbang yang sebahagiannya musnah dalam pertempuran.  AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/17-terbunuh-terpijak-periuk-api-1.122160#sthash.nvFUSFGd.dpuf

Friday, 7 August 2015

Askar Arab Saudi maut kena bedilan di sempadan Yaman

KHAMIS, 6 OGOS 2015 @ 3:01 PM



RIYADH: Seorang anggota tentera Arab Saudi terbunuh terkena bedilan di sempadan Yaman, menurut pihak tentera. "Beliau terkena bedilan di dalam sektor Jazan (daerah sempadan Arab Saudi)," menurut kenyataan pakatan yang diketuai Arab Saudi yang melancarkan serangan ke atas pemberontak Yaman lebih empat bulan lalu bagi menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang kini hidup dalam buangan. Jumaat lalu, tembakan roket dari Yaman membunuh empat anggota keselamatan di sempadan kedua-dua negara. - AFP


TENTERA pro-kerajaan, yang setia kepada Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, berdiri di sebelah kenderaan berperisai di pangkalan udara Al-Anad di wilayah Lahj, Aden, kelmarin. - Foto AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72776

Masjid Saudi dibom

17 maut dalam serangan berani mati di Abha
07 Ogos 2015 1:09 AM




RIYADH 6 Ogos - Sekurang-kurangnya 17 orang maut apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di dalam sebuah masjid yang terletak di dalam ibu pejabat unit antikeganasan di bandar Abha, barat daya Arab Saudi hari ini.
Agensi berita tempatan yang memetik jurucakap Kementerian Dalam Negeri melaporkan, letupan berlaku di dalam masjid yang sering digunakan oleh Pasukan Kecemasan Khas Arab Saudi, sebuah unit antikeganasan.
Serangan turut mengakibatkan sembilan yang lain cedera.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri itu berkata, sebanyak 10 daripada mangsa yang maut merupakan anggota pasukan berkenaan.
“Letupan berlaku ketika mangsa menunaikan solat,” jelasnya.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, namun berkemungkinan besar didalangi kumpulan militan Negara Islam (IS).
Mei lalu, IS mengaku melancarkan dua serangan bom nekad di masjid Syiah berasingan di Arab Saudi dengan insiden pertama di Qatif, timur negara ini mengorbankan 21 orang, sementara empat yang lain terbunuh dalam serangan kedua seminggu kemudian di Dammam.
Pihak berkuasa Arab Saudi pada Julai lalu mengumumkan penahanan lebih 400 orang suspek antikeganasan dalam operasi besar-besaran, sekali gus menggagalkan komplot serangan di negara ini termasuk yang menyasarkan sebuah masjid utama, misi-misi diplomatik, dan agensi pasukan keselamatan.
Arab Saudi turut mengetuai pakatan memerangi pemberontak Houthi di Yemen yang terletak tidak jauh dari Abha.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masjid-saudi-dibom-1.121439#sthash.jsXMEZuu.dpuf

Wednesday, 5 August 2015

Pejuang Anti-Hautsi Capai Kemajuan di Yaman Selatan


Milisi-milisi pendukung Presiden Hadi, yang melarikan diri ke Saudi dipersenjatai negara-negara Arab di Teluk membuat kemajuan melawan pemberontak Houthi dukungan Iran
Pejuang Anti-Hautsi Capai Kemajuan di Yaman Selatan
DW DE
Milisi pemberontak Syiah al Hautsi (Al Houthi)

Terkait

Hidayatullah.com–Para pejuang yang setia kepada Presiden Abd-Rabbu Mansyur Hadi akhirnya menguasai sekitar 10 desa di bagian selatan dari milisi pemberontak Syiah al Hautsi (Syiah al-Houthi) pada Selasa, memanfaatkan momentum dalam ofensif mereka sehari setelah merebut pangkalan udara terbesar di negara itu, kata sumber-sumber.
Bentrokan-bentrokan terjadi di Provinsi Lahj, di bagian selatan Yaman, yang sebagian besar sekarang kembali di bawah kekuasaan pasukan loyalis dukungan Arab Saudi, lapor Reutersdikutip Antara.
Milisi-milisi pendukung Presiden Hadi, yang melarikan diri ke Arab Saudi pada Maret, dan satuan-satuan tentara yang dilatih dan dipersenjatai oleh negara-negara Arab di Teluk telah membuat kemajuan melawan pemberontak Houthi dukungan Iran dalam beberapa pekan.
Didukung oleh serangan-serangan udara Saudi, mereka mengusir para pemberontak Houthi dari kota pelabuhan Aden bulan lalu kemudian bergerak ke arah utara dan menguasai pangkalan udara Al-Anad dari pasukan Houthi pada Senin setelah mengepungnya selama berhari-hari.
“Langkah selanjutnya bagi perlawanan rakyat dan pasukan tentara setelah membebaskan Aden ialah membersihkan Provinsi Abyan dan Lahj,” kata seorang komandan anti pasukan Houthi kepada kantor berita Reuters.
Sumber-sumber milisi mengatakan 1.000 pejuang Yaman yang berlatih di Saudi dan Uni Emirat Arab tiba di Aden pada Senin.
Negara-negara Arab yang menjadi tetangga Yaman turut campur tangan di dalam negeri itu pada Maret untuk menghentikan gerak maju pasukan Houthi — yang merupakan pengikut aliran Syiah dari bagian utara Yaman. Pasukan Houthi menguasai Sanaa, ibu kota Yaman, pada September dan menguasai sebagian besar negara itu.
Negara-negara Arab di Teluk mengatakan pasukan Houthi merupakan antek Iran, musuh bebuyutan mereka. Negara-negara itu bertujuan mendudukkan Hadi ke kursi kekuasaan di Sanaa.
Pasukan Houthi telah digempur dengan ratusan serangan udara selama lebih empat bulan dan serangan-serangan telah merenggut lebih 4.000 jiwa. Penyakit, kelaparan dan kekurangan air juga telah menyumbang bagi krisis kemanusiaan.
Utusan PBB untuk Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed, memperbarui seruannya pada Selasa bagi gencatan senjata segera dalam konflik itu, atas dasar suatu rencana yang melibatkan penarikan para anggota Houthi dari kota-kota besar untuk memuluskan jalan bagi kembalinya pemerintahan dari pengasingan.
“Harus ada penarikan, gencatan senjata dan persetujuan antara dua pihak,” kata Ould Cheikh Ahmed kepada saluran TV CBC Mesir.
“Pemerintah (harus) kembali secara bertahap melaksanakan tugas-tugasnya dalam infrastruktur dan jasa…harus kembali ke Sanaa dan kota-kota besar, ini penting,” kata dia.

Yemen kembali kuasai al-Anad



ADEN 4 Ogos – Tentera Yemen yang setia kepada Presiden, Abdrabbuh Mansour Hadi (gambar) hari ini merampas kembali pangkalan tentera terbesar negara ini daripada kawalan Houthi selepas satu pertempuran sengit yang mengakibatkan kematian berpuluh-puluh orang pemberontak tersebut.
Penawanan semula Pangkalan Udara al-Anad itu merupakan perkembangan baharu buat penyokong Abdrabbuh selepas berjaya mengusir Houthi daripada bandar Aden pada bulan lalu.
Tindakan tersebut juga bakal membuka laluan ke bandar Taez, lokasi pertempuran sering berlaku antara pemberontak Houthi dengan penduduk tempatan yang menyokong Presiden.
Penguasaan semula pangkalan tentera itu disahkan oleh komander operasi, Brigedier Jeneral Fadel Hassan.
“Berpuluh-puluh anggota pemberontak turut terbunuh, malah ada antaranya ditangkap.
“Kami juga telah memeriksa seluruh pangkalan bagi memastikan tiada saki baki anggota pemberontak berlindung,” katanya.
Tiada sebarang ulasan dibuat oleh pihak Houthi berhubung perkara tersebut. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yemen-kembali-kuasai-al-anad-1.120566#sthash.DograPsb.dpuf

Tuesday, 4 August 2015

Presiden Yemen didakwa mengkhianat


Sebahagian penyokong setia Abdrabbuh Mansour Hadi berkawal di

Sebahagian penyokong setia Abdrabbuh Mansour Hadi berkawal di bandar Dar Saad di utara Aden, selatan Yemen, baru-baru ini. AFP
DUBAI 3 Ogos - Bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh mahu Presiden Yemen yang kini hidup dalam buangan, Abdrabbuh Mansour Hadi didakwa kerana mengkhianat dengan meminta bantuan Arab Saudi untuk menyerang kumpulan pemberontak Houthi.
Ali berkata, serangan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi dan disokong Abdrabbuh merupakan satu kesilapan kerana Riyadh yang pernah menjadi sekutu rapat Yemen kini dianggap sebagai musuh negara ini.
“Abdrabbuh meninggalkan tanggungjawab yang diberikan kepadanya dengan melarikan diri ke luar negara dan meminta tindakan keras dikenakan terhadap rakyatnya dan dia kini merupakan musuh kepada semua penduduk Yemen,’’ katanya kepada Huffington Post edisi Bahasa Arab dalam satu temu bual.
Beliau berkata, Abdrabbuh perlu perlu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) atas jenayah yang telah dilakukannya.
Jurucakap Abdrabbuh tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan berhubung kenyataan Ali itu.
Abdrabbuh sebelum ini berkata, beliau meminta bantuan tentera Arab Saudi untuk menentang kumpulan yang cuba merampas kuasa daripada kerajaan pimpinannya yang diiktiraf oleh antarabangsa.
Pemberontak Houthi pada September lalu menawan ibu negara Yemen, Sanaa dan menyebabkan Hadi yang merupakan sekutu Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi, melarikan diri ke Riyadh.
Pemberontak Houthi kemudian mara ke selatan dan menawan Aden, tetapi tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi berkaya menawan semula bandar itu pada pertengahan Julai lalu. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/presiden-yemen-didakwa-mengkhianat-1.120137#sthash.QVr2RJVF.dpuf

Saturday, 1 August 2015

Tiga tentera Arab Saudi maut akibat serangan Yaman

RIYADH: Seramai tiga tentera Arab terbunuh dan tujuh pengawal sempadan cedera akibat serangan Yaman hari ini, kata agensi berita Arab, SPA.
Serangan berlaku di Dhahran Aljanoub, daerah Saudi di rantau sempadan Aseer, kata SPA memetik jurucakap keselamatan di kementerian dalam negeri.
Kenyataan itu tidak menyatakan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan, tetapi pemberontak Houthi dan pasukan yang setia kepada bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh pernah melakukan serangan yang sama sebelum ini.
Agensi berita Saba, yang dikendalikan Houthi berkata awal semalam bahawa mereka melancarkan roket di beberapa kawasan sempadan Arab, termasuk Aseer.
SPA berkata tentera darat memberi maklum balas kepada serangan itu dan memusnahkan pelancar peluru berpandu.
Pasukan Arab dan Houthi mula berbalas tembakan merentasi sempadan sejak perikatan Arab mula beroperasi. - REUTERS
PEJUANG yang setia kepada Presiden dalam buangan, Abedrabbo Mansour Hadi, berjalan di pinggir bandar Dar Saad di utara bandar Yaman, kelmarin. - Foto AFP