Sanaa: Kumpulan militia yang setia kepada kerajaan dalam buangan Yaman mara lebih jauh di Taiz, bandar raya ketiga terbesar negara itu, semalam.
Pejuang kabilah yang mengetuai tentangan terhadap pemberontak Houthi dan unit tentera Yaman yang bersekutu dengannya berjaya menawan kubu atas puncak sebuah gunung dan markas perisikan dalam pertempuran semalam.
Pertempuran yang turut membabitkan kereta kebal dan serangan udara yang dilancarkan pakatan Arab terhadap Taiz berlarutan sejak April lalu, menyebabkan sebahagian besar bandar raya itu musnah.
Sementara itu, penduduk di Sanaa melaporkan, bandar itu semalam diserang buat kali pertama selepas serangan terhenti sejak sebulan lalu.
Serangan yang dilancarkan pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi itu menyasarkan sebuah pangkalan tentera dan depoh senjata yang dikuasai pemberontak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 1:05 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70967#sthash.pWaQBocD.dpuf
No comments:
Post a Comment