Penawanan semula Pangkalan Udara al-Anad itu merupakan perkembangan baharu buat penyokong Abdrabbuh selepas berjaya mengusir Houthi daripada bandar Aden pada bulan lalu.
Tindakan tersebut juga bakal membuka laluan ke bandar Taez, lokasi pertempuran sering berlaku antara pemberontak Houthi dengan penduduk tempatan yang menyokong Presiden.
Penguasaan semula pangkalan tentera itu disahkan oleh komander operasi, Brigedier Jeneral Fadel Hassan.
“Berpuluh-puluh anggota pemberontak turut terbunuh, malah ada antaranya ditangkap.
“Kami juga telah memeriksa seluruh pangkalan bagi memastikan tiada saki baki anggota pemberontak berlindung,” katanya.
Tiada sebarang ulasan dibuat oleh pihak Houthi berhubung perkara tersebut. – REUTERS