Menurut sumber tentera, insiden itu berlaku semalam ketika kebanyakan orang awam pulang ke rumah termasuk di wilayah Huta.
Pemberontak yang disokong oleh Iran itu berundur selepas tentera Yemen yang setia kepada Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi merampas kembali sebahagian besar selatan negara ini daripada kawalan Houthi selepas pertempuran sengit beberapa hari lepas.
Penawanan semula Pangkalan Udara al-Anad itu merupakan perkembangan baharu buat penyokong Abdrabbuh selepas berjaya mengusir Houthi daripada bandar Aden pada bulan lalu.
Sementara itu, sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan nasional telah mendarat di Aden dari Djibouti dengan membawa 180 warga Yemen pulang ke kampung halaman masing-masing.
Menurut Pengarah Lapangan Terbang, Tareq Abdu, selain itu, sebuah pesawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang tiba kelmarin turut membawa peralatan navigasi untuk memulihkan lapangan terbang yang sebahagiannya musnah dalam pertempuran.  AFP