17 maut dalam serangan berani mati di Abha
07 Ogos 2015 1:09 AM
RIYADH 6 Ogos - Sekurang-kurangnya 17 orang maut apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di dalam sebuah masjid yang terletak di dalam ibu pejabat unit antikeganasan di bandar Abha, barat daya Arab Saudi hari ini.
Agensi berita tempatan yang memetik jurucakap Kementerian Dalam Negeri melaporkan, letupan berlaku di dalam masjid yang sering digunakan oleh Pasukan Kecemasan Khas Arab Saudi, sebuah unit antikeganasan.
Serangan turut mengakibatkan sembilan yang lain cedera.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri itu berkata, sebanyak 10 daripada mangsa yang maut merupakan anggota pasukan berkenaan.
“Letupan berlaku ketika mangsa menunaikan solat,” jelasnya.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, namun berkemungkinan besar didalangi kumpulan militan Negara Islam (IS).
Mei lalu, IS mengaku melancarkan dua serangan bom nekad di masjid Syiah berasingan di Arab Saudi dengan insiden pertama di Qatif, timur negara ini mengorbankan 21 orang, sementara empat yang lain terbunuh dalam serangan kedua seminggu kemudian di Dammam.
Pihak berkuasa Arab Saudi pada Julai lalu mengumumkan penahanan lebih 400 orang suspek antikeganasan dalam operasi besar-besaran, sekali gus menggagalkan komplot serangan di negara ini termasuk yang menyasarkan sebuah masjid utama, misi-misi diplomatik, dan agensi pasukan keselamatan.
Arab Saudi turut mengetuai pakatan memerangi pemberontak Houthi di Yemen yang terletak tidak jauh dari Abha.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masjid-saudi-dibom-1.121439#sthash.jsXMEZuu.dpuf

No comments:
Post a Comment