![]() |
NEW YORK 21 April - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa rundingan damai bagi menamatkan konflik di Yemen akan bermula hari ini di Kuwait selepas kumpulan pemberontak Syiah Houthi bersetuju menyertai perbincangan itu.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, rundingan tersebut sepatutnya berlangsung pada Isnin lalu tetapi kumpulan pemberontak gagal menghadirkan diri.
“Kini rundingan itu akan bermula esok (hari ini) di Kuwait di bawah pemantauan PBB,” katanya. – AFP
No comments:
Post a Comment