Sunday, 3 April 2016

Saudi rancang jual aset minyak


3 APRIL 2016

Mohammad bin Salman

 Mohammad bin Salman Mohammad
RIYADH - ARAB SAUDI . Arab Saudi merancang untuk menjana dana kekayaan AS$2 trilion (RM7.8 trilion) dengan menjual aset minyak milik mereka di tengah-tengah krisis harga rendah minyak global.

Kelmarin, agensi berita The Guardian melaporkan rancangan itu didedahkan Timbalan Putera Mahkota, Mohammad bin Salman.

Menurutnya, hasil jualan tersebut akan dipindahkan kepada dana pelaburan awam negara (PIF) yang kemudiannya akan digunakan untuk membeli aset kewangan dan perindustrian strategik di luar negara.

"Apa yang tinggal kini adalah untuk mempelbagaikan pelaburan. Saudi mahu menjadi  negara yang tidak bergantung sepenuhnya dengan minyak dalam tempoh 20 tahun akan datang," katanya.

Disember lalu, Menteri Ekonomi, Adel Fakeih mengumumkan perbelanjaan negara itu pada 2015 meningkat sebanyak 13 peratus kepada AS$260 bilion (RM1 trilion) dan hampir AS$5.3 bilion (RM21 bilion) dibelanjakan untuk langkah ketenteraan yang dikaitkan dengan operasi ke atas Yaman. - Press TV

No comments:

Post a Comment