Wednesday, 31 August 2016

16 ahli keluarga imam masjid terbunuh di Yaman

DUNIA RABU, 31 OGOS 2016 @ 10:24 PM


 ASAP berkepul ke udara selepas serangan udara di Sanaa, Yaman, hari ini. - Foto Reuters


SANAA: Sekurang-kurangnya 16 ahli keluarga imam sebuah masjid terbunuh dalam serangan udara di utara Yaman, kata seorang pegawai perubatan. Serangan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi itu memusnahkan kediaman keluarga imam itu yang dikenali sebagai Saleh Abu Zainah. Saksi terbabit berkata, Imam serta seluruh keluarganya terbunuh dalam rumah mereka ketika serangan itu. "Serangan udara pada waktu pagi itu memusnahkan rumah yang keseluruhannya diperbuat daripada tanah liat. Mayat hanya dapat dikeluarkan waktu tengah hari selepas penduduk bertungkus-lumus menggali runtuhan tanah," kata Nayef salah seorang penduduk. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188608

Tuesday, 30 August 2016

60 terbunuh di Aden



PENDUDUK Aden melihat kemusnahan akibat serangan bom kereta di sebuah pusat pengambilan rekrut di bandar itu, semalam. - AFP


Agensi
Aden: Satu serangan bom kereta di sebuah pusat pengambilan rekrut di tengah bandar raya ini menyebabkan sekurang-kurangnyya 60 orang terbunuh.

Kumpulan pengganas Daish mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu beberapa jam kemudian.

Aden ialah pangkalan sementara kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan terbabit dalam peperangan dengan pemberontak Houthi selain Daish dan al-Qaeda di negara itu sejak lebih setahun lalu.

Pegawai keselamatan berkata, penyerang memandu kenderaan yang membawa bahan letupan ketika rekrut tentera berkumpul di sebuah sekolah di utara Aden, awal pagi semalam (waktu tempatan).

Meskipun sekolah itu berkunci ketika rekrut mendaftarkan diri, penyerang terbabit memecut kenderaannya masuk ke kawasan itu apabila pintu pagar dibuka untuk membolehkan sebuah trak membawa makanan masuk.

Saksi berkata, sebahagian mangsa tertimbus apabila bumbung bangunan menghempap mereka selepas letupan itu.

Keganasan itu meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa sementara 29 lagi cedera, menurut sumber tiga hospital tempat mangsa dihantar.

Mereka bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada yang terbunuh itu semua rekrut.

Aden menyaksikan beberapa siri pengeboman dan tembakan yang menyasarkan pegawai dan pasukan keselamatan.

Al-Qaeda dan Daish yang mengambil kesempatan dengan kekacauan di Yaman untuk mengembangkan penguasaan mereka di selatan dan tenggara negara itu sering mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Aden.

Menurut laporan lain, rekrut dalam serangan semalam dalam proses mendaftarkan diri untuk dihantar ke Arab Saudi bagi menjalani latihan memerangi pemberontak Houthi yang menguasai utara Yaman dan ibu negara, Sanaa.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 10:51 AM

Rekrut Tentera Antara 60 Terkorban Serangan Bom Di Aden


Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 1:00 PM


ADEN: Sebuah pusat pengambilan rekrut tentera di tengah bandaraya ini bergegar akibat serangan bom kereta, sekali gus mengorbankan sekurang-kurangnya 60 terkorban.

Penyerang terbabit memecut kenderaannya masuk ke kawasan itu apabila pintu pagar dibuka untuk membolehkan sebuah trak membawa makanan masuk.

Ketika penyerang memandu kenderaan yang membawa bahan letupan itu, rekrut tentera sedang berkumpul untuk tujuan pendaftaran.

Selepas beberapa jam, kumpulan pengganas Daesh tampil mengakui bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Aden ialah pangkalan sementara kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan terbabit dalam peperangan dengan pemberontak Houthi selain Daish dan al-Qaeda di negara itu sejak lebih setahun lalu.

Saksi berkata, sebahagian mangsa tertimbus apabila bumbung bangunan menghempap mereka selepas letupan itu.

Keganasan itu meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa sementara 29 lagi cedera.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada yang terbunuh itu semua rekrut.

Aden menyaksikan beberapa siri pengeboman dan tembakan yang menyasarkan pegawai dan pasukan keselamatan.

Al-Qaeda dan Daesh yang mengambil kesempatan dengan kekacauan di Yaman untuk mengembangkan penguasaan mereka di selatan dan tenggara negara itu sering mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Aden.

60 terbunuh di Aden




PENDUDUK Aden melihat kemusnahan akibat serangan bom kereta di sebuah pusat pengambilan rekrut di bandar itu, semalam. - AFP

Agensi
Aden: Satu serangan bom kereta di sebuah pusat pengambilan rekrut di tengah bandar raya ini menyebabkan sekurang-kurangnyya 60 orang terbunuh.

Kumpulan pengganas Daish mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu beberapa jam kemudian.

Aden ialah pangkalan sementara kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan terbabit dalam peperangan dengan pemberontak Houthi selain Daish dan al-Qaeda di negara itu sejak lebih setahun lalu.

Pegawai keselamatan berkata, penyerang memandu kenderaan yang membawa bahan letupan ketika rekrut tentera berkumpul di sebuah sekolah di utara Aden, awal pagi semalam (waktu tempatan).

Meskipun sekolah itu berkunci ketika rekrut mendaftarkan diri, penyerang terbabit memecut kenderaannya masuk ke kawasan itu apabila pintu pagar dibuka untuk membolehkan sebuah trak membawa makanan masuk.

Saksi berkata, sebahagian mangsa tertimbus apabila bumbung bangunan menghempap mereka selepas letupan itu.

Keganasan itu meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa sementara 29 lagi cedera, menurut sumber tiga hospital tempat mangsa dihantar.

Mereka bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada yang terbunuh itu semua rekrut.

Aden menyaksikan beberapa siri pengeboman dan tembakan yang menyasarkan pegawai dan pasukan keselamatan.

Al-Qaeda dan Daish yang mengambil kesempatan dengan kekacauan di Yaman untuk mengembangkan penguasaan mereka di selatan dan tenggara negara itu sering mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Aden.

Menurut laporan lain, rekrut dalam serangan semalam dalam proses mendaftarkan diri untuk dihantar ke Arab Saudi bagi menjalani latihan memerangi pemberontak Houthi yang menguasai utara Yaman dan ibu negara, Sanaa.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 10:51 AM

Letupan bom kereta ragut 60 nyawa di Yemen






REUTERS - orang ramai dan askar melihat lokasi letupan bom kereta di kem latihan tentera di bandar Aden, Yemen semalam.

ADEN, Yemen – Satu serangan berani mati menggunakan bom kereta di sebuah kem latihan tentera di bandar kedua terbesar di Yemen, Aden, meng­akibatkan sekurang-kurang­nya 60 orang maut semalam, kata sumber perubatan.

Seorang anggota keselamatan memberitahu agensi berita AFP bahawa penyerang memandu kenderaannya lalu me- rempuh perhimpunan rekrut baharu di kem tersebut di utara Aden.

Letupan itu mengorbankan 60 orang, manakala 29 lagi cedera, menurut sumber perubatan tiga buah hospital yang menerima mangsa-mangsa serangan.

Terdahulu, pasukan keselamatan berkata, angka kematian awal ialah 11 orang.

Bandar Aden menyaksikan banyak serangan bom dan tembakan yang disasarkan terhadap pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Bandar pelabuhan itu menjadi pusat pentadbiran sementara kerajaan Yemen yang disokong negara-negara Teluk.

Serangan di Aden kerap didalangi kumpulan militan sama ada Al-Qaeda atau Daesh yang mengambil kesempatan ke atas keadaan huru-hara di Yemen untuk menawan sebahagian kawasan di selatan dan tenggara negara itu.

Namun, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan semalam.

Pihak berkuasa Yemen telah melatih ratusan askar di Aden sejak dua bulan lalu sebagai persiapan untuk menawan semula wilayah yang dikuasai kumpulan militan.

Pada awal bulan ini, kerajaan Yemen yang disokong pakatan tentera diketuai Arab Saudi memasuki ibu negeri wilayah Abyan, Zinjibar.

Tentera Yemen turut menawan kembali bandar-bandar di serata Abyan tetapi me­nerima tentangan hebat di kubu kuat Al-Qaeda, Al-Mahfid, kata sumber keselamatan.

Lebih daripada 6,600 orang, kebanyakannya penduduk awam, terbunuh di Yemen sejak Mac 2015 dengan lebih 80 peratus penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz4ImmKWSbB
Hakcipta terpelihara 

Monday, 29 August 2016

71 rekrut korban bom kereta






Pasukan keselamatan memeriksa kawasan serangan bom kereta di Aden, Yaman, hari ini. - Foto AFP



Agensi
Aden, Yaman: Serangan bom kereta di sebuah pusat pengambilan rekrut tentera di tengah bandar raya ini menyebabkan 71 terbunuh.

Pegawai keselamatan berkata, penyerang memandu kenderaan yang membawa bahan letupan ketika rekrut tentera berkumpul di sebuah sekolah di utara Aden, pagi ini (waktu tempatan).

Sebaik pintu pagar dibuka untuk membolehkan sebuah trak membawa makanan masuk, penyerang memecut kenderaannya masuk ke dalam kawasan itu dan meletupkannya di kawasan rekrut mendaftarkan diri.

Saksi berkata, sebahagian mangsa tertimbus apabila bumbung bangunan menghempap mereka akibat letupan.

Aden ialah pangkalan sementara kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan tentera Yaman yang disokong Arab Saudi serta sekutu, melatih rekrut muda untuk memerangi pemberontak Syiah Huthi serta kumpulan militan Negara Islam (IS).

Selain 71 yang maut, seramai 98 lagi cedera akibat serangan bom itu yang didakwa Daish dilakukannya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 11:29 PM

11 maut serangan bom di kem tentera Yaman

ISNIN, 29 OGOS 2016 @ 2:45 PM

ADEN: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam serangan bom kereta bunuh diri di sebuah kem latihan tentera di bandar kedua Yaman, Aden hari ini, kata seorang pegawai keselamatan. Menurut pegawai itu, penyerang memandu kenderaannya ke arah perhimpunan rekrut baru di kem berkenaan di utara Aden, sebelum meletupkannya. Pihak berkuasa menjangkakan jumlah kematian akibat pengeboman mungkin meningkat. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187776

71 rekrut korban bom kereta




Pasukan keselamatan memeriksa kawasan serangan bom kereta di Aden, Yaman, hari ini. - Foto AFP

Agensi
Aden, Yaman: Serangan bom kereta di sebuah pusat pengambilan rekrut tentera di tengah bandar raya ini menyebabkan 71 terbunuh.

Pegawai keselamatan berkata, penyerang memandu kenderaan yang membawa bahan letupan ketika rekrut tentera berkumpul di sebuah sekolah di utara Aden, awal pagi semalam (waktu tempatan).

Sebaik pintu pagar dibuka untuk membolehkan sebuah trak membawa makanan masuk, penyerang memecut kenderaannya masuk ke dalam kawasan itu dan meletupkannya di kawasan rekrut mendaftarkan diri.

Saksi berkata, sebahagian mangsa tertimbus apabila bumbung bangunan menghempap mereka akibat letupan.

Aden ialah pangkalan sementara kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan tentera Yaman yang disokong Arab Saudi serta sekutu, melatih rekrut muda untuk memerangi pemberontak Syiah Huthi serta kumpulan militan Negara Islam (IS).

Selain 71 yang maut, seramai 98 lagi cedera akibat serangan bom itu yang didakwa Daish dilakukannya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 11:29 PM

Thursday, 11 August 2016

Arab Saudi pintas 2 peluru berpandu balistik

RABU, 10 OGOS 2016 @ 5:11 PM


FOTO hiasan.
DUBAI: Arab Saudi memintas dua peluru berpandu balistik yang ditembak ke arah negara itu oleh pemberontak Houthi di Yaman hari ini, menurut laporan Al Arabiya TV.
Serangan itu kemudiannya disusuli serangan udara oleh pasukan antarabangsa diketuai Arab Saudi ke atas Sanaa yang dikuasai Houthi.
Seramai 13 penduduk awam terbunuh apabila bom terkena kilang makanan ringan.
Pemberontak Houthi tidak mendakwa bertanggungjawab di atas serangan peluru berpandu itu.
Pada masa lalu, mereka mendakwa melancarkan 12 peluru berpandu Scud ke selatan Arab Saudi dalam peperangan lebih setahun itu.
Pegawai kanan Houthi berkata, beliau meletakkan tanggungjawab itu ke atas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana meningkatkan serangan, yang menyusul kegagalan rundingan damai anjuran badan dunia itu hujung minggu lalu.
"Sikap berdiam diri PBB mengenai peningkatan dan pembunuhan rakyat Yaman, menjadikan ia bersubahat dengan serangan," kata ketua majlis politik Houthi, Saleh al-Samad, kepada agensi berita Saba.
Arab Saudi dan pakatan kebanyakannya sekutu Teluk Arab melancarkan ribuan serangan udara terhadap Houthi dan sekutunya di Yaman sejak campur tangan dalam perang saudara di negara itu bagi pihak kerajaan buangan. - REUTERS

Wednesday, 10 August 2016

Saudi sambung serang Sanaa




ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di sebuah kilang makanan di Sanaa yang terbakar selepas terkena serangan udara Arab Saudi.


Reuters
Aden: Tentera pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan terhadap ibu negara Yaman, Sanaa, semalam, kali pertama dalam tempoh lima bulan, kata penduduk.

Serangan itu dilakukan selepas rundingan damai yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (pbb) untuk menamatkan konflik bersenjata berakhir dengan kegagalan hujung minggu lalu.

Pasukan perubatan berkata, 14 orang awam terbunuh apabila sebuah kilang makanan di daerah Nahda di ibu negara itu turut dibom.

Pakatan yang diketuai Saudi itu menyokong tentera yang setia kepada kerajaan dalam buangan pimpinan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang berusaha mengusir pemberontak Houthi dari Sanaa.

Pakatan itu juga memaksa penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa selama 72 jam sejak lewat kelmarin, kata pegawai dan sumber agensi bantuan.

Serangan udara semalam menyasarkan pekarangan istana presiden dan pangkalan tentera di Sanaa serta markas Pengawal Republikan di kawasan Arhab, tidak jauh dari lapangan terbang.

Tentera prokerajaan pula berusaha mara memasuki Sanaa dari timur dan utara.

Dalam perkembangan lain, penduduk di Azzan di wilayah Shabwa, selatan Yaman berkata, militan Al-Qaeda berundur dari bandar itu berikutan serangan udara Saudi yang menyasarkan kedudukan mereka.

Kumpulan militan terbabit mengambil kesempatan terhadap peperangan di negara itu untuk menguasai sebahagian besar selatan Yaman.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 8:08 AM

Sunday, 7 August 2016

Arab Saudi langgar hak asasi manusia

Arab Saudi langgar hak asasi manusia

6 OGOS 2016

 Beberapa lelaki melihat kesan kemusnahan berikutan serangan udara Saudi di ibu negara, Sanaa. - Foto AFP
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, mendakwa Arab Saudi telah beberapa kali melanggar hak asasi manusia dengan membedil sasaran awam secara sengaja dan membunuh kanak-kanak semasa kempen ketenteraan di Yaman.
Laporan sulit pakar badan dunia itu menyebut, serangan udara jet pejuang Saudi di perkampungan selatan wilayah Lahj, 25 Mei lalu, jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Rumah awam adalah sasaran bedilan pesawat perang. Saudi dan sekutunya gagal mengambil langkah berjaga-jaga dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa semasa melancarkan serangan udara di seluruh negara itu," menurut laporan tersebut.
Difahamkan, laporan berkenaan diterbitkan ketika pakar masih menjalankan siasatan terperinci terhadap tiga lagi serangan udara Saudi di pelbagai tempat awam di seluruh Yaman.
Khamis lalu, Jurucakap Kumpulan Bersama Penilai Insiden di sempadan Saudi-Yaman, Mansour Ahmed Mansour mempertahankan sebahagian besar siri serangan udara di kawasan awam seperti klinik, majlis perkahwinan dan pasar. - Press TV

Friday, 5 August 2016

Tentera Pakatan, Houthi cabul peraturan di Yaman - PBB

JUMAAT, 5 OGOS 2016 @ 11:14 AM

PANEL mendokumenkan pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang dilakukan tentera Houthi. - Foto Reuters


NEW YORK: Laporan sulit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merumuskan pakatan antarabangsa diketuai Arab Saudi di Yaman sengaja mengebom rumah yang mengorbankan empat kanak-kanak manakala pemberontak Houthi menggunakan penduduk awam sebagai perisai manusia untuk mengelakkan serangan. Tindakan itu adalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menurut laporan oleh panel pakar yang diperoleh AFP.

 "Panel mendokumenkan pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang dilakukan tentera Houthi, tentera diketuai Arab Saudi dan tentera yang setia kepada kerajaan sah Yaman," menurut laporan yang dibentangkan kepada Majlis Keselamatan PBB. Pakar melakukan siasatan terperinci mengenai empat serangan udara yang dilakukan tentera pakatan, tiga daripadanya masih berterusan.

Dalam kes keempat, enam maut termasuk empat kanak-kanak apabila tentera pakatan mengebom sebuah rumah kampung di wilayah Lahj, pada 25 Mei lalu dengan senjata kawalan tepat. "Hampir pasti rumah awam itu menjadi sasaran bom berkuasa tinggi itu," menurut laporan. Panel merumuskan tentera pakatan itu gagal mengambil langkah berjaga-jaga dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ia memulakan kempen udara pada Mac 2015 untuk menewaskan pemberontak Houthi apabila ia menawan Sanaa dan beberapa bahagian Yaman. Tentera pakatan berulang kali menafikan mereka sengaja menyasarkan penduduk awam dalam perang yang sudah meragut lebih 6,400 nyawa. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180123

Monday, 1 August 2016

Pemberontak Yaman tolak pelan damai PBB

ISNIN, 1 OGOS 2016 @ 7:53 AM


KUWAIT: Pemberontak Yaman semalam menolak pelan damai yang dicadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sebelum ini diterima oleh kerajaan negara itu.

Penolakan itu atas alasan sebarang pelan usaha ke arah perdamaian mesti diselesaikan terlebih dahulu oleh kerajaan perpaduan yang dibentuk.

"Apa yang dibentangkan oleh Wakil Khas PBB tidak lebih sekadar idea mengenai aspek keselamatan dan ia bergantung kepada perbahasan seperti cadangan lain," kata delegasi mewakili pemberontak dalam satu kenyataan di Kuwait, hari ini.

Kenyataan yang dipetik agensi berita tempatan mendakwa, kerajaan Yaman yang mengumumkan deraf penyelesaian berkenaan tidak lebih daripada publisiti media untuk menggagalkan rundingan berkenaan.


Kumpulan pemberontak yang disokong Iran menegaskan isu yang masih berpanjangan iaitu tuntutan pembentukan kuasa eksekutif yang baharu termasuk presiden dan kerajaan baharu mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Tuntutan itu termasuk syarat yang dikenakan pemberontak iaitu menyingkirkan presiden yang diterima antarabangsa, Abedrabbo Mansour Hadi.

Bagaimanapun, delegasi pemberontak Yaman masih mengalu-alukan pelan cadangan yang dibawa Wakil Khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed untuk menangguhkan rundingan kepada minggu depan.

Sebelum itu, kerajaan Yaman pimpinan Hadi menerima cadangan PBB agar pemberontak Huthi mesti berundur dari ibu negara, Sanaa dan dua bandar raya besar lain selepas menguasainya sejak September 2014. - AFP