Sunday, 7 August 2016

Arab Saudi langgar hak asasi manusia

Arab Saudi langgar hak asasi manusia

6 OGOS 2016

 Beberapa lelaki melihat kesan kemusnahan berikutan serangan udara Saudi di ibu negara, Sanaa. - Foto AFP
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, mendakwa Arab Saudi telah beberapa kali melanggar hak asasi manusia dengan membedil sasaran awam secara sengaja dan membunuh kanak-kanak semasa kempen ketenteraan di Yaman.
Laporan sulit pakar badan dunia itu menyebut, serangan udara jet pejuang Saudi di perkampungan selatan wilayah Lahj, 25 Mei lalu, jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Rumah awam adalah sasaran bedilan pesawat perang. Saudi dan sekutunya gagal mengambil langkah berjaga-jaga dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa semasa melancarkan serangan udara di seluruh negara itu," menurut laporan tersebut.
Difahamkan, laporan berkenaan diterbitkan ketika pakar masih menjalankan siasatan terperinci terhadap tiga lagi serangan udara Saudi di pelbagai tempat awam di seluruh Yaman.
Khamis lalu, Jurucakap Kumpulan Bersama Penilai Insiden di sempadan Saudi-Yaman, Mansour Ahmed Mansour mempertahankan sebahagian besar siri serangan udara di kawasan awam seperti klinik, majlis perkahwinan dan pasar. - Press TV

No comments:

Post a Comment