Thursday, 11 August 2016

Arab Saudi pintas 2 peluru berpandu balistik

RABU, 10 OGOS 2016 @ 5:11 PM


FOTO hiasan.
DUBAI: Arab Saudi memintas dua peluru berpandu balistik yang ditembak ke arah negara itu oleh pemberontak Houthi di Yaman hari ini, menurut laporan Al Arabiya TV.
Serangan itu kemudiannya disusuli serangan udara oleh pasukan antarabangsa diketuai Arab Saudi ke atas Sanaa yang dikuasai Houthi.
Seramai 13 penduduk awam terbunuh apabila bom terkena kilang makanan ringan.
Pemberontak Houthi tidak mendakwa bertanggungjawab di atas serangan peluru berpandu itu.
Pada masa lalu, mereka mendakwa melancarkan 12 peluru berpandu Scud ke selatan Arab Saudi dalam peperangan lebih setahun itu.
Pegawai kanan Houthi berkata, beliau meletakkan tanggungjawab itu ke atas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana meningkatkan serangan, yang menyusul kegagalan rundingan damai anjuran badan dunia itu hujung minggu lalu.
"Sikap berdiam diri PBB mengenai peningkatan dan pembunuhan rakyat Yaman, menjadikan ia bersubahat dengan serangan," kata ketua majlis politik Houthi, Saleh al-Samad, kepada agensi berita Saba.
Arab Saudi dan pakatan kebanyakannya sekutu Teluk Arab melancarkan ribuan serangan udara terhadap Houthi dan sekutunya di Yaman sejak campur tangan dalam perang saudara di negara itu bagi pihak kerajaan buangan. - REUTERS

No comments:

Post a Comment