Thursday, 18 December 2014

26 maut bom meletup di Yaman


Penunjuk perasaan Yaman memegang sepanduk ketika perhimpunan membantah pemberontak Houthi. Foto: AFP
Penunjuk perasaan Yaman memegang sepanduk ketika perhimpunan membantah pemberontak Houthi. Foto: AFP
SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya 26 orang awam termasuk 16 pelajar sekolah perempuan maut apabila dua bom kereta meletup di bandar Radaa, di wilayah Al-Bayda, Yaman, semalam.

Letupan pertama berlaku berhampiran pusat pemeriksaan dikendalikan pemberontak Houthi ketika sebuah bas sedang melalui jalan itu dan menyebabkan 16 orang terbunuh.

Manakala, letupan kedua meletup beberapa minit kemudian berhampiran rumah seorang pemimpin Houthi tempatan, mengakibatkan 10 lagi maut.

Menurut Reuters, seorang penduduk tempatan memberitahu, pemberontak Houthi menyekat semua jalan di bandar dan penduduk terpaksa duduk di rumah kerana bimbang jika terdapat serangan lain.

Sementara itu, jurucakap Houthi Ali al-Quhum berkata, terdapat juga kematian di kalangan penyokong kumpulan pemberontak berkenaan, tetapi tidak menyatakan jumlah sebenar.

Radaa adalah kubu kuat al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), dan difahamkan  Houthi berpindah ke kawasan itu Oktober lalu dalam usahanya untuk mengusir militan Islam.

Saturday, 13 December 2014

Al-Qaidah Tewaskan 6 Milisi Syiah Houthi di Kota Strategis Yaman

Houthi-AnsarullahSETIDAKNYA enam milisi gerakan Syiah Houthi dari kelompok Ansharullah tewas di pusat kota Yaman, sumber suku di negara itu mengatakan.
Menurut sumber, sekelompok orang bersenjata tak dikenal membunuh milisi Syiah di sebuah pos pemeriksaan gerakan Houthi di provinsi pusat Yaman Al-Bayda hari Jumat kemarin (12/12/2014).
Al-Qaidah di Semenanjung Arab (AQAP) pada hari yang sama menyatakan bahwa mereka telah membunuh sebanyak 70 milisi Syiah Houthi dalam beberapa serangan di kota strategis Rada yang ada di al-Bayda.
Namun kelompok Syiah Houthi belum mengomentari klaim dari AQAP tersebut.
Milisi Ansharullah dari Syiah Houthi pada bulan November lalu dilaporkan telah mengontrol penuh kota strategis di Yaman.
Kota itu sebelumnya berada di bawah kendali pejuang Al-Qaidah sejak awal 2012.[fq/islampos/prtv]

Tuesday, 9 December 2014

Enam terbunuh dalam letupan bom kereta di Yaman

SELASA, 9 DISEMBER 2014 @ 3:15 PM

 
ADEN: Letupan dua bom kereta mengakibatkan sekurang-kurangnya enam askar terbunuh dalam serangan di ibu pejabat tentera di tenggara Yaman.

Menurut sumber tentera, kenderaan yang sarat dengan bahan letupan itu diletupkan di pintu masuk pangkalan berkenaan di pekan Seiyun di wilayah Hadramaut. - AFP

Kerah penyokong mengemis di Arab Saudi

Riyadh: Kumpulan Syiah Houthi di Yaman merancang mengerah sejumlah besar pengemis ke Arab Saudi untuk mengumpulkan wang bagi pihak mereka.
Akhbar Al-Hayat memetik beberapa sumber sebagai berkata, pengikut kumpulan berkenaan merancang memasuki Arab Saudi secara haram menerusi sempadan di wilayah selatan yang berhampiran dengan kubu kuat mereka di Yaman.
Mereka kemudian akan bertebaran di semua wilayah dan bandar raya negara itu.
Pengemis itu akan membawa laporan perubatan dan surat palsu, mendakwa mereka menghidap pelbagai penyakit dan memerlukan bantuan untuk menjalani rawatan.
Sasaran utama ialah masjid dan tempat awam yang strategik.
Wang yang diperoleh kemudian akan dihantar ke Yaman menerusi cara yang sukar untuk dikesan.
Pihak berkuasa Arab Saudi baru-baru ini menyenaraikan pergerakan Houthi sebagai kumpulan pengganas, sama seperti Al-Qaeda, Negara Islam (IS), Barisan Al-Nusra dan Hizbullah.
Sementara itu, kajian yang dijalankan Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi berkata, rakyat Yaman paling ramai mengemis di negara itu, diikuti oleh Mesir.
Ramai ditangkap berusia antara 16 dan 45 tahun, tidak berpelajaran, menganggur dan mempunyai keluarga untuk disara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 7:43 AM


GAMBAR fail menunjukkan seorang wanita mengemis di Jeddah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14822#sthash.p8CSJSRy.dpuf

Operasi selamatkan tebusan oleh AS gagal

LukE SOMERS
LUKE SOMERS
SANAA/ADEN 8 Dis. – Operasi menyelamat dua tebusan warga Barat daripada militan al-Qaeda yang diketuai tentera khas Amerika Syarikat (AS) kelmarin, gagal selepas 13 orang termasuk seorang pemimpin tempatan militan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dalam serbuan yang dilakukan, kelmarin.
Serbuan di sebuah kampung di Dafaar di wilayah Shabwa yang merupakan kubu kuat pengganas itu di selatan Yemen sejurus tengah malam Sabtu lalu, turut mengorbankan beberapa anggota militan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).
Tebusan iaitu wartawan AS, Luke Somers, 33, dan guru Afrika Selatan, Pierre Korkie, 57, ditembak mati di tangan penculik semasa serbuan yang bertujuan membebaskan mereka, kata pegawai Amerika.
Selain wanita dan kanak-kanak itu, laporan di media sosial melaporkan, komander AQAP yang dikenali sebagai Jamal Mubarak al-Hard al-Daghari al-Awlaki serta dua lagi ahli kumpulan tersebut turut maut dalam serbuan tersebut.
Mangsa lain yang maut adalah dari keluarga Awlaki dan Daghari, kabilah penting di wilayah Shabwa dengan kerajaan Yemen memaklumkan tebusan ditahan di sebuah rumah milik Saeed al-Daghari.
Ketika pasukan khas menggempur militan al-Qaeda di rumah tersebut, penculik di bangunan lain menembak dua tebusan itu.
Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata, operasi itu yang kedua bagi menyelamatkan Somers dalam tempoh 10 hari hanya diluluskan selepas maklumat yang diperoleh menyatakan nyawa warga Amerika tersebut dalam bahaya yang serius.
Afrika Selatan sementara itu tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian Korkie. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/operasi-selamatkan-tebusan-oleh-as-gagal-1.34240#sthash.k2GjAt0K.dpuf

Monday, 8 December 2014

Komando AS gagal selamat dua tebusan di Yemen


SANAA – Dua tebusan warga Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan yang ditawan oleh militan al-Qaeda di satu lokasi di Yemen terbunuh selepas satu operasi khas oleh pasukan elit tentera AS bagi menyelamatkan mereka gagal, kata beberapa pegawai.
Seorang pegawai AS berkata, wartawan AS, Luke Somers, 33, dan seorang guru dari Afrika Selatan, Pierre Korkie, 57, cedera parah selepas ditembak oleh militan al-Qaeda pada awal pagi kelmarin.
Kedua-duanya meninggal dunia ketika dibawa keluar oleh pasukan anggota komando tentera AS ke sebuah lokasi selamat.
“Seorang tebusan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke kapal perang AS, USS Makin Island manakala seorang lagi mati semasa menerima rawatan di kapal berkenaan,” katanya.
Ujar pegawai itu, seramai 40 komando AS diturunkan daripada helikopter pada waktu malam, kira-kira 10 kilometer dari lokasi kedua-dua tebusan itu ditawan di wilayah Shabwa, tenggara Yemen.
“Mereka berjalan kaki ke lokasi sasaran tetapi kehadiran mereka disedari musuh kira-kira 100 meter sebelum sampai ke lokasi itu.
“Mereka bertempur dengan militan al-Qaeda selama 10 minit dan berjaya membunuh sekurang-kurangnya lima anggotanya,” kata pegawai itu.
“Tiada anggota komando AS yang terbunuh dalam serangan ini tetapi dua tebusan itu mati ketika dibawa ke lokasi selamat,” tambahnya.
Anggota komando Navy SEALs pada bulan lalu pernah melancarkan satu operasi untuk menyelamatkan kedua-dua tebusan tersebut yang diculik pada tahun 2013 tetapi gagal.
Bagaimanapun, dalam operasi kali ini, para pegawai Pentagon tidak mendedahkan pasukan elit mana yang terlibat dalam operasi menyelamatkan berkenaan.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3LFrQ94Vo 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, 7 December 2014

Mangsa Culik Al-Qaeda Yaman Maut Ditembak


Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 12:11 PM
Luke Somers antara mangsa culik yang terkorban.

ADEN: Dua tebusan, masing-masing warga Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan ditembak mati oleh kumpulan militan Al-Qaeda Yaman selepas berlaku pertempuran dengan pasukan khas AS dalam operasi menyelamat mangsa.
Dalam pertempuran antara pasukan khas AS dengan anggota militan pada subuh itu, kedua-dua tebusan iaitu wartawan AS, Luke Somers dan Guru dari Afrika Selatan, Pierre Korkie sempat melarikan diri sebelum ditembak.
Kedua-dua mereka kemudian cuba diselamatkan oleh pasukan khas AS, bagaimanapun gagal apabila mengalami kecederaan serius.
Operasi menggempur kumpulan militan berkenaan dibuat selepas mendapat arahan daripada Presiden AS, Barack Obama berikutan rayuan mangsa menerusi satu rakaman.
Dalam rakaman itu, kumpulan penculik turut membuat permintaan terhadap Washington yang tidak didedahkan kepada umum.
Sementara itu, Naib Presiden AS Joe Biden memberitahu, serangan itu dilakukan secara terancang untuk menyelamatkan mangsa.
"Seramai lima anggota kumpulan militan dipercayai terkorban dalam usaha menyelamat mangsa culik itu," jelasnya. 

Tebusan AS maut di Yaman


Sanaa: Seorang jurugambar warga Amerika Syarikat yang ditahan militan al-Qaeda di Yaman terbunuh selepas usaha menyelamatnya gagal.
Adik mangsa, Lucy Somers memberitahu Associated Press, dia dimaklumkan mengenai kematian abangnya, Luke Somers, 33, oleh ejen FBI.
Setakat ini, tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Washington atau pegawai keselamatan di Sanaa, ibu negara Yaman, mengenai nasib Somers.
Cabang al-Qaeda di Yaman yang dikenal sebagai Al-Qaeda di Semenanjung Arab kelmarin memuat naik video menunjukkan Somers.
Mereka mengancam membunuhnya dalam masa tiga hari jika Amerika Syarikat tidak memenuhi tuntuan kumpulan itu.
Somers diculik di Sanaa pada September 2013.
Kumpulan itu bagaimanapun tidak menjelaskan tuntutan mereka.
Berita mengenai kegagalan operasi menyelamat itu timbul selepas serangan drone Amerika Syarikat menyebabkan sembilan militan al-Qaeda terbunuh.
Serangan 
itu dilancarkan awal pagi di wilayah Shabwa, selatan Yaman dengan menyasarkan tempat persembunyian militan berkenaan.
Somers diculik pada September 2013 ketika meninggalkan sebuah pasar raya di Sanaa, kata Fakhri al-Arashi, ketua pengarang akhbar National Yemen, tempat Somers bekerja sebagai jurugambar bebas ketika kebangkitan Yaman pada 2011.
Amerika Syarikat menganggap cabang al-Qaeda di Yaman sebagai kumpulan bersenjata paling berbahaya kerana ia juga dikaitkan dengan beberapa cubaan untuk melancarkan serangan di negara itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:03 A
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14374#sthash.GvgdZbqC.dpuf

Houthi tawan akademi tentera Yemen

seorang anggota pemberontak Houthi memeriksa dokumen seorang pemandu
Seorang anggota pemberontak Houthi memeriksa dokumen seorang pemandu di sebuah pusat pemeriksaan di sebatang jalan di Sanaa pada 27 November lalu. – REUTERS
SANAA 6 Dis. – Kumpulan pemberontak Houthi dilaporkan berjaya menawan sebuah akademi tentera, di sini semalam, menandakan langkah kumpulan itu untuk mengukuhkan kedudukannya di ibu negara Yemen ini.
“Lelaki bersenjata Houthi memasuki akademi dan menempatkan kawalan mereka di dalam bangunan itu tanpa mendapat tentangan daripada pengawal.
“Kumpulan pemberontak Syiah itu kini menguasai pintu masuk akademi itu,’’ kata seorang kadet akadmei itu yang tidak mahu dikenali.
Jurucakap kumpulan itu dan kerajaan enggan mengulas berhubung laporan tersebut,
September lalu, kumpulan bersenjata itu menguasai sebahagian institusi kerajaan di sini.
Malah beberapa hari lalu, Menteri Pertahanan Yemen, Mahmoud al-Subeihi dipetik sebagai berkata, pemberontak Houthi mungkin dibenarkan untuk menyertai tentera Yemen, langkah yang dilihat bertujuan mengawal pemberontak.
Dalam pada itu, seorang penganalisis politik bebas, Mohammed al-Husini berkata, rampasan ke atas akademi tentera Yemen menunjukkan berlaku perselisihan antara pemberontak dan pihak tentera.
“Sudahkah ada perjanjian antara menteri pertahanan dan pergerakan itu dalam isu tersebut, Mereka tidak sepatutnya menyerbu premis berkenaan,’’ kata Mohammed. – DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/houthi-tawan-akademi-tentera-yemen-1.33384#sthash.uL08Jpi4.dpuf

Friday, 5 December 2014

Al-Qaeda Yaman ancam untuk bunuh tebusan Amerika

DUBAI: Al-Qaeda di Yaman mengancam untuk membunuh seorang tebusan dari Amerika Syarikat yang meminta bantuan dalam video yang dikeluarkan oleh kumpulan jihad itu, lapor perisik SITE hari ini.
Tebusan terbabit berkata dia berusia 33 tahun dan diculik lebih setahun lalu di Sanaa dalam video bertarikh Disember 2014 itu.
Dalam video berkenaan, tebusan itu berkata dia ingin meminta pertolongan dan nyawanya kini dalam bahaya.
Agensi pemantau yang berpusat di Amerika Syarikat itu berkata wartawan foto terbabit diculik di ibu negara Yaman ini pada September 2013.
Video itu memaparkan mesej oleh Nasser bin Ali Al-Ansi, daripada al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), yang mengancam untuk membunuhnya tiga hari selepas kenyataan itu dikeluarkan sekiranya Washington gagal memenuhi tuntutan kumpulan terbabit.
"Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi, tebusan Amerika yang ditahan oleh kami akan menemui nasib mereka," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai tuntutan itu.
AQAP dianggap oleh Washington sebagai kumpulan berkaitan al-Qaeda yang paling bahaya. - AFP

Al-Qaeda ugut bunuh tebusan AS



AFP - GAMBAR daripada rakaman video yang disiarkan media al-Qaeda, al-Malahem pada 4 Disember 2014 menunjukkan tebusan warga AS, Like Somers.


SANAA – Kumpulan al-Qaeda di Yemen mengancam untuk membunuh seorang tebusan warga Amerika Syarikat (AS), Luke Somers yang dirakam meminta pertolongan dalam satu klip video militan berkenaan, lapor agensi perisikan SITE semalam.
Tebusan itu berkata, dia berusia 33 tahun dan diculik lebih setahun lalu di ibu kota Yemen, di sini. Klip video tersebut bertarikh Disember 2014.
Dalam rakaman berkenaan, Somers memberitahu, dia mahu meminta pertolongan dan nyawanya sedang terancam.
Menurut SITE yang berpangkalan di AS, wartawan itu diculik pada September 2013.
Klip video sama turut memaparkan amaran seorang anggota kumpulan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), Nasser Ali-Ansi yang mengugut mahu membunuh tebusan tersebut ‘selepas kenyataan ini disiarkan’ sekiranya Washington gagal memenuhi tuntutan AQAP.
“Jika tuntutan kami gagal dipenuhi, tebusan AS yang berada dalam tangan kami akan mati,” kata Nasser tanpa mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut.
Washington sebelum ini me­nganggap AQAP sebagai cabang Al-Qaeda yang paling berbahaya.
Yemen pula yang merupakan sekutu utama AS dalam me­merangi Al-Qaeda membenarkan Washington melakukan serangan dron ke atas kumpulan militan itu di wilayahnya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3KyO2iqVS 
Hakcipta terpelihara