Sanaa: Seorang jurugambar warga Amerika Syarikat yang ditahan militan al-Qaeda di Yaman terbunuh selepas usaha menyelamatnya gagal.
Adik mangsa, Lucy Somers memberitahu Associated Press, dia dimaklumkan mengenai kematian abangnya, Luke Somers, 33, oleh ejen FBI.
Setakat ini, tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Washington atau pegawai keselamatan di Sanaa, ibu negara Yaman, mengenai nasib Somers.
Cabang al-Qaeda di Yaman yang dikenal sebagai Al-Qaeda di Semenanjung Arab kelmarin memuat naik video menunjukkan Somers.
Mereka mengancam membunuhnya dalam masa tiga hari jika Amerika Syarikat tidak memenuhi tuntuan kumpulan itu.
Somers diculik di Sanaa pada September 2013.
Kumpulan itu bagaimanapun tidak menjelaskan tuntutan mereka.
Berita mengenai kegagalan operasi menyelamat itu timbul selepas serangan drone Amerika Syarikat menyebabkan sembilan militan al-Qaeda terbunuh.
Serangan
itu dilancarkan awal pagi di wilayah Shabwa, selatan Yaman dengan menyasarkan tempat persembunyian militan berkenaan.
Somers diculik pada September 2013 ketika meninggalkan sebuah pasar raya di Sanaa, kata Fakhri al-Arashi, ketua pengarang akhbar National Yemen, tempat Somers bekerja sebagai jurugambar bebas ketika kebangkitan Yaman pada 2011.
Amerika Syarikat menganggap cabang al-Qaeda di Yaman sebagai kumpulan bersenjata paling berbahaya kerana ia juga dikaitkan dengan beberapa cubaan untuk melancarkan serangan di negara itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:03 A
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14374#sthash.GvgdZbqC.dpuf
No comments:
Post a Comment