Tuesday, 9 December 2014

Kerah penyokong mengemis di Arab Saudi

Riyadh: Kumpulan Syiah Houthi di Yaman merancang mengerah sejumlah besar pengemis ke Arab Saudi untuk mengumpulkan wang bagi pihak mereka.
Akhbar Al-Hayat memetik beberapa sumber sebagai berkata, pengikut kumpulan berkenaan merancang memasuki Arab Saudi secara haram menerusi sempadan di wilayah selatan yang berhampiran dengan kubu kuat mereka di Yaman.
Mereka kemudian akan bertebaran di semua wilayah dan bandar raya negara itu.
Pengemis itu akan membawa laporan perubatan dan surat palsu, mendakwa mereka menghidap pelbagai penyakit dan memerlukan bantuan untuk menjalani rawatan.
Sasaran utama ialah masjid dan tempat awam yang strategik.
Wang yang diperoleh kemudian akan dihantar ke Yaman menerusi cara yang sukar untuk dikesan.
Pihak berkuasa Arab Saudi baru-baru ini menyenaraikan pergerakan Houthi sebagai kumpulan pengganas, sama seperti Al-Qaeda, Negara Islam (IS), Barisan Al-Nusra dan Hizbullah.
Sementara itu, kajian yang dijalankan Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi berkata, rakyat Yaman paling ramai mengemis di negara itu, diikuti oleh Mesir.
Ramai ditangkap berusia antara 16 dan 45 tahun, tidak berpelajaran, menganggur dan mempunyai keluarga untuk disara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 7:43 AM


GAMBAR fail menunjukkan seorang wanita mengemis di Jeddah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14822#sthash.p8CSJSRy.dpuf

No comments:

Post a Comment