Friday, 5 December 2014

Al-Qaeda ugut bunuh tebusan AS



AFP - GAMBAR daripada rakaman video yang disiarkan media al-Qaeda, al-Malahem pada 4 Disember 2014 menunjukkan tebusan warga AS, Like Somers.


SANAA – Kumpulan al-Qaeda di Yemen mengancam untuk membunuh seorang tebusan warga Amerika Syarikat (AS), Luke Somers yang dirakam meminta pertolongan dalam satu klip video militan berkenaan, lapor agensi perisikan SITE semalam.
Tebusan itu berkata, dia berusia 33 tahun dan diculik lebih setahun lalu di ibu kota Yemen, di sini. Klip video tersebut bertarikh Disember 2014.
Dalam rakaman berkenaan, Somers memberitahu, dia mahu meminta pertolongan dan nyawanya sedang terancam.
Menurut SITE yang berpangkalan di AS, wartawan itu diculik pada September 2013.
Klip video sama turut memaparkan amaran seorang anggota kumpulan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), Nasser Ali-Ansi yang mengugut mahu membunuh tebusan tersebut ‘selepas kenyataan ini disiarkan’ sekiranya Washington gagal memenuhi tuntutan AQAP.
“Jika tuntutan kami gagal dipenuhi, tebusan AS yang berada dalam tangan kami akan mati,” kata Nasser tanpa mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut.
Washington sebelum ini me­nganggap AQAP sebagai cabang Al-Qaeda yang paling berbahaya.
Yemen pula yang merupakan sekutu utama AS dalam me­merangi Al-Qaeda membenarkan Washington melakukan serangan dron ke atas kumpulan militan itu di wilayahnya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3KyO2iqVS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment