
Seorang anggota pemberontak Houthi memeriksa dokumen seorang pemandu di sebuah pusat pemeriksaan di sebatang jalan di Sanaa pada 27 November lalu. – REUTERS
SANAA 6 Dis. – Kumpulan pemberontak Houthi dilaporkan berjaya menawan sebuah akademi tentera, di sini semalam, menandakan langkah kumpulan itu untuk mengukuhkan kedudukannya di ibu negara Yemen ini.
“Lelaki bersenjata Houthi memasuki akademi dan menempatkan kawalan mereka di dalam bangunan itu tanpa mendapat tentangan daripada pengawal.
“Kumpulan pemberontak Syiah itu kini menguasai pintu masuk akademi itu,’’ kata seorang kadet akadmei itu yang tidak mahu dikenali.
Jurucakap kumpulan itu dan kerajaan enggan mengulas berhubung laporan tersebut,
September lalu, kumpulan bersenjata itu menguasai sebahagian institusi kerajaan di sini.
Malah beberapa hari lalu, Menteri Pertahanan Yemen, Mahmoud al-Subeihi dipetik sebagai berkata, pemberontak Houthi mungkin dibenarkan untuk menyertai tentera Yemen, langkah yang dilihat bertujuan mengawal pemberontak.
Dalam pada itu, seorang penganalisis politik bebas, Mohammed al-Husini berkata, rampasan ke atas akademi tentera Yemen menunjukkan berlaku perselisihan antara pemberontak dan pihak tentera.
“Sudahkah ada perjanjian antara menteri pertahanan dan pergerakan itu dalam isu tersebut, Mereka tidak sepatutnya menyerbu premis berkenaan,’’ kata Mohammed. – DPA
No comments:
Post a Comment