Friday, 5 December 2014

Al-Qaeda Yaman ancam untuk bunuh tebusan Amerika

DUBAI: Al-Qaeda di Yaman mengancam untuk membunuh seorang tebusan dari Amerika Syarikat yang meminta bantuan dalam video yang dikeluarkan oleh kumpulan jihad itu, lapor perisik SITE hari ini.
Tebusan terbabit berkata dia berusia 33 tahun dan diculik lebih setahun lalu di Sanaa dalam video bertarikh Disember 2014 itu.
Dalam video berkenaan, tebusan itu berkata dia ingin meminta pertolongan dan nyawanya kini dalam bahaya.
Agensi pemantau yang berpusat di Amerika Syarikat itu berkata wartawan foto terbabit diculik di ibu negara Yaman ini pada September 2013.
Video itu memaparkan mesej oleh Nasser bin Ali Al-Ansi, daripada al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), yang mengancam untuk membunuhnya tiga hari selepas kenyataan itu dikeluarkan sekiranya Washington gagal memenuhi tuntutan kumpulan terbabit.
"Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi, tebusan Amerika yang ditahan oleh kami akan menemui nasib mereka," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai tuntutan itu.
AQAP dianggap oleh Washington sebagai kumpulan berkaitan al-Qaeda yang paling bahaya. - AFP

No comments:

Post a Comment