Friday, 30 October 2015

10 pekerja kilang terbunuh


Kaherah: Serangan udara terbaru pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi didakwa mengebom sebuah bas membawa pekerja kilang di Taiz, bandar di selatan Yaman, menyebabkan 10 orang terbunuh.

Serangan berlaku ketika pertempuran untuk menguasai bandar ketiga terbesar Yaman itu.


Serangan itu adalah sebahagian usaha pakatan Arab membantu militan yang menentang pemberontak Houthi.

Jurucakap pakatan itu enggan mengulas dakwaan berkenaan.

Arab Saudi dan negara Teluk Arab lain mengebom Houthi sejak hujung Mac lalu untuk mengembalikan kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi dan menyekat pengaruh Iran di rantau itu.

Sekurang-kurangnya 5,600 orang terbunuh dalam serangan udara dan pertempuran sejak konflik bermula.

Kumpulan hak asasi menyelar pakatan Arab kerana menjadikan tempat awam sasaran, termasuk sebuah hospital di utara Yaman Selasa lalu.

Pakatan itu bagaimanapun menafikan dakwaan ia menyasarkan kawasan awam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 6:39 AM

KANAK-KANAK melaungkan slogan mengecam serangan udara pakatan Arab ketika menunjuk perasaan di depan kedutaan Russia di Sanaa, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89316#sthash.xZdBvPgG.dpuf

No comments:

Post a Comment