![]() |
Saudi bidas dakwaan PBB Kepulan asap tebal jelas kelihatan selepas sebuah hospital di utara Yaman dibedil dalam kejadian Isnin lalu. Gambar kecil: Al-Mouallimi
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Arab Saudi membidas kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menuduh pakatan Arab sebagai dalang serangan sebuah hospital di Yaman.
Ban didakwa membuat kenyataan itu sebelum siasatan penuh dijalankan bagi menyiasat insiden terbabit.
Duta Saudi ke PBB, Abdallah al-Mouallimi membidas kenyataan dibuat Ban dan menegaskan serangan pada Isnin lalu itu bukan didalangi pakatan Arab.
Difahamkan, hospital yang dikendalikan pasukan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) itu terletak di Saada iaitu wilayah yang dikuasai pemberontak Houti.
Tiada nyawa dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.
"Kami kecewa dengan kenyataan dikeluarkan Ban. Beliau membuat kenyataan melulu.
"Sepatutnya beliau mengambil langkah bijak iaitu menunggu sehingga siasatan selesai," katanya.
Al-Moallimi turut menegaskan bahawa pakatan Arab sedar sepenuhnya lokasi hospital tersebut kerana mereka telah diberikan koordinat sistem kedudukan global (GPS) pusat perubatan berkenaan sebelum melancarkan sebarang serangan di wilayah tersebut, lapor Arab News.
No comments:
Post a Comment