Thursday, 22 October 2015

22 orang awam korban serangan roket

KHAMIS, 22 OKTOBER 2015 @ 12:07 AM
KEADAAN bangunan di bandar Taez yang musnah selepas diserang roket. - Foto AFP

 SANAA: Sekurang-kurangnya 22 orang awam dan beberapa lain cedera ketika roket didakwa dilepaskan pemberontak mengenai bandar Taez di Yaman, Rabu, kata medik dan pihak berkuasa tentera.
Seorang pegawai tentera berkata, roket Katyusha mengenai kawasan di bandar yang dikelilingi pemberontak Houthi Syiah dan tentera sekutu setia dengan presiden disingkir Ali Abdullah Saleh.
"Hospital Al-Mutahideen menerima 22 mayat orang awam," kata sumber perubatan.
Pegawai tentera berkata roket itu dilepaskan "pemberontak Houthi dan tentera Saleh."
Bandar di tengah Yaman kekal di tangan tentera sekutu Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.
Kira-kira 4,500 orang awam terbunuh dalam konflik sejak Mac lalu apabila tentera gabungan diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara menyasarkan pemberontak. -AFP

No comments:

Post a Comment