SELASA, 13 OKTOBER 2015 @ 12:53 AMADEN: Beratus-ratus penunjuk perasaan di Mukalla mendesak pejuang al-Qaeda keluar daripada wilayah pantai tenggara Yaman yang dikuasainya sebulan lalu, kata saksi.
Saksi berkata, penunjuk perasaan berarak sambil melaungkan 'tinggalkan bandar kami' melalui pusat ibu kota wilayah Hadramawt menjelang perhimpunan di Dataran al-Hureiya.
Militan al-Qaeda masuk ke kawasan bandar dan membina pusat pemeriksaan tetapi tidak campur tangan untuk berdepan dengan penunjuk perasaan.
"Al-Qaeda mengawal hampir semuanya dan menyebabkan kehidupan kami bagai dalam negara," kata penganjur perhimpunan, Sabri Makhashin.
Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) menawan kebanyakan kawasan wilayah Hadramawt dan menguatkuasakan undang-undang syariah yang ketat.
Kumpulan terbabit melaksanakan hukuman bunuh atau sebat kepada pesalah jenayah termasuk homoseksual dan sihir. Malah mereka yang didapati bersalah kerana mencuri dihukum potong tangan.
Amerika Syarikat (AS) menganggap AQAP adalah anggota paling berbahaya dalam rangkaian pejuang jihad.
Mereka aktif di seluruh kawasan di Yaman, selepas mengambil kesempatan diatas kejatuhan kerajaan pusat ketika pemberontakan pada tahun 2011 yang menggulingkan Presiden Ali Abdullah Saleh. - AFP
No comments:
Post a Comment