WARTAWAN SINAR HARIAN
![]() |
Pakatan Arab dituduh lakukan jenayah perang Lelaki ini mendukung seorang kanak-kanak yang cedera dalam bedilan roket di sebuah pasar di bandar Taez, bulan lalu. - Foto AFP
LONDON - BRITAIN.Pertubuhan Hak Asasi Manusia, Amnesty International, menuduh serangan udara pakatan Arab di Yaman adalah menyalahi undang-undang dan merupakan jenayah perang.
Menurut kumpulan yang berpangkalan di Britain itu, pihaknya menggesa penggantungan pemindahan senjata tertentu kepada anggota pakatan yang melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Houthi pada Mac lalu.
Amnesty dalam satu laporan menyebut, ia telah meneliti 13 serangan udara maut oleh pakatan yang membunuh kira-kira 100 orang awam termasuk 59 kanak-kanak.
"Laporan ini mendedahkan bukti serangan yang menyalahi undang-undang oleh pakatan Arab, di mana ada yang boleh dikatakan sebagai jenayah perang.
Ia menunjukkan secara terperinci bagaimana pentingnya untuk menghentikan penggunaan senjata yang digunakan untuk melakukan kesalahan besar seperti ini," menurut ketua misi ke Yaman, Donatella Rovera.
Katanya lagi, Amerika Syarikat dan negara pengeksport senjata kepada negara konflik Yaman bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pemindahan senjata mereka tidak digunakan untuk melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, lapor al- Jazeera.
No comments:
Post a Comment