Wednesday, 23 December 2015

Saudi ancam bedil Houthi

Saudi ancam bedil Houthi

23 DISEMBER 2015

 RIYADH - ARAB SAUDI . Tentera pakatan Arab diketuai Arab Saudi di Yaman mengancam untuk menyerang balas pemberontak Houthi di negara itu, selepas mereka melepaskan tembakan peluru berpandu balistik keempat ke wilayahnya.
Media rasmi Saudi melaporkan, sebuah roket yang dilancarkan ke arah bandar sempadan Jazan lewat petang kelmarin berjaya dipintas dan dimusnahkan menggunakan peluru berpandu Patriot.
Sebelum itu, Pertahanan Udara Saudi menembak jatuh satu lagi peluru berpandu yang dilancarkan ke arah Jazan pada sebelah pagi.
Serangan tersebut dilancarkan walaupun perjanjian gencatan senjata dilanjutkan selama seminggu telah dipersetujui antara pihak bertelagah di Switzerland, Ahad lalu.
"Rundingan di Switzerland dengan jelas menyatakan pakatan Arab bersedia mematuhi gencatan senjata tersebut.
"Jika pemberontak Houti melanggar gencatan senjata itu, tentera gabungan akan mengambil tindakan keras untuk menghalangnya," kata Menteri Luar Saudi, Abdel Malak al-Mekhlafi. - AF
P

No comments:

Post a Comment