Wednesday, 16 December 2015

Yaman kuatkuasa gencatan senjata tujuh hari

16 DISEMBER 2015


Yaman menguatkuasakan gencatan senjata di negara itu bermula semalam hingga 21 Disember depan.

SANAA - YAMAN. Satu gencatan senjata selama tujuh hari berkuatkuasa di Yaman, semalam, bertepatan dengan usaha rundingan damai yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland.
Media tempatan melaporkan, gencatan senjata yang dijadualkan bermula tengah malam, kelmarin terpaksa ditangguhkan selama 12 jam tanpa diketahui punca sebenar.
Difahamkan, gencatan senjata itu dikuatkuasakan selepas beberapa anggota keselamatan termasuk seorang komander tentera Arab Saudi terbunuh akibat bedilan peluru berpandu dilancarkan pemberontak Houthi di wilayah Taiz.
Sementara itu, jurucakap delegasi kerajaan memberitahu wakil pemberontak Houthi mengesahkan kehadiran mereka dalam rundingan damai tersebut.
Menurut laporan PBB, sekurang-kurangnya 5,878 orang terkorban selepas gabungan Arab melancarkan kempen serangan udara menyasarkan kedudukan Houthi, Mac lalu.  - AP
Yaman menguatkuasakan gencatan senjata di negara itu bermula semalam hingga 21 Disember depan.

No comments:

Post a Comment