Dubai: Arab Saudi semalam memulakan siasatan selepas satu kumpulan bantuan mendakwa serangan pakatan yang diketuai negara itu yang menyasarkan kumpulan pemberontak Houthi di Yaman terkena sebuah kliniknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97938#sthash.3moWEqlk.dpuf
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mendakwa, serangan itu terkena kliniknya di bandar Taiz, selatan Yaman, menyebabkan sembilan orang cedera.
Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Saudi, pakatan itu berkata, ia sudah memulakan siasatan untuk mengesahkan dakwaan kumpulan bantuan berkenaan.
“Kami akan menerbitkan hasil siasatan selepas siasatan secara telus dan jujur dilakukan,” katanya.
Kenyataan itu juga menyebut, kumpulan bantuan sepatutnya menyelaraskan kedudukannya dengan tentera dan beroperasi jauh dari kawasan yang dikuasai Houthi.
MSF berkata, ia membekalkan maklumat mengenai kedudukannya beberapa kali kepada pihak terbabit, tetapi masih terkena serangan.
Ini kali kedua klinik MSF terkena serangan yang diketuai Saudi.
Dalam kejadian 26 Oktober lalu, sebuah hospital kecil yang diuruskannya di Saada, wilayah di utara Yaman, musnah. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2015 @ 5:02 AM
No comments:
Post a Comment