Geneva: Wakil kumpulan bertentangan dalam perang di Yaman semalam mengadakan pertemuan hari terakhir rundingan damai yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101448#sthash.tW9ESrZx.dpuf
Rundingan yang diadakan selama hampir seminggu tidak banyak membuahkan hasil dan dicemari dengan pencabulan gencatan senjata secara berleluasa.
Wakil khas PBB Ould Cheikh Ahmed akan mengadakan sidang akhbar pagi ini dan dijangka mengumumkan rundingan baru, mungkin pada pertengahan Januari depan, menurut sumber yang rapat dengan perwakilan pemberontak Houthi.
Perunding berusaha untuk menamatkan sengketa bersenjata di Yaman yang meragut lebih 5,000 nyawa sejak ia meletus Mac lalu.
Pihak yang terbabit dalam perbincangan di pinggir Bern itu kelmarin bersetuju mewujudkan ‘jawatankuasa berkecuali tentera’ bagi mengawasi gencatan senjata dan sebuah lagi untuk memantau pengagihan bantuan kemanusiaan.
Gencatan senjata itu secara teorinya berkuat kuasa serentak dengan permulaan rundingan di Switzerland enam hari lalu.
Bagaimanapun, ia berulang kali dicabul kedua-dua pihak.
“Rundingan berkenaan pada asasnya gagal,” kata satu sumber yang rapat dengan wakil pemberontak.
Konflik Yaman bermula September tahun lalu apabila Houthi mara dari kubu kuat mereka di utara untuk menawan Sanaa.
Ia memuncak secara dramatik apabila pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan untuk mempertahankan kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi pada Mac lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 5:08 AM
No comments:
Post a Comment