Sunday, 30 October 2016

17 warga Yaman maut dalam serangan udara Saudi

SABTU, 29 OKTOBER 2016 @ 11:33 PM

Seorang lelaki berjalan di runtuhan rumah yang musnah teruk akibat serangan udara Arab Saudi di Yaman. - Foto REUTERS 


SANAA: Sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh di wilayah barat daya Yaman di Taiz hari ini dalam serangan udara diketuai Arab Saudi yang mengenai sebuah rumah, kata pihak berkuasa tempatan dan penduduk. Serangan itu menyasarkan sebuah rumah di daerah al-Salw, kata sumber, kawasan di Taiz di mana pemberontak Houthi dan kerajaan disokong pakatan berjuang untuk mengambil alih kawalan.

 Taiz adalah bandar ketiga terbesar di Yaman dengan jumlah penduduk sebelum perang seramai 300,000 orang. Tentera pakatan diketuai Arab Saudi berperang menentang pemberontak Houthi dan tentera setia dengan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh, yang mengawal kebanyakan utara Yaman termasuk ibu kota ini sejak Mac 2015 untuk cuba memulihkan kuasa Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang diiktiraf antarabangsa. -Reuters
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207370

No comments:

Post a Comment